Sabtu, 18 Oktober 2014

3D/4D Scan untuk ibu mengandung

Assalamualaikum.

Genap si isteri 28 minggu. Pada awalnya planning bukan lah hari ini, tapi memandangkan minggu ni en suami off dari tugas, terus secara spontan malam tadi buat keputusan untuk lakukan scan.
First step, pasangan muda zaman moden semestinya mendapatkan bantuan Mr Google untuk mencari lokasi yang berdekatan dan sesuai. Bagi area pulau pinang/ seberang prai terdapat beberapa lokasi seperti:
1. Poliklinik Dr Marina Seberang Jaya berdekatan masjid Taman Semilang
2. KPJ Perda
3. Bagan Specialist
4. Klinik Keluarga Taman Koskam Kepala Batas.

Menurut maklumat yang diperolehi, KPJ Perda & Bagan Specialist menawarkan doctor lelaki manakala yang lain doctor wanita. So my choice is Dr Marina, sebab dekat dan yang paling penting wanita. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Baik orangnya. Menawarkan scan 3D & 4D dengan kadar yang berpatutan, RM 65 (promosi sehingga Dec 2014) beserta CD dan 2 keping 3D photo. Dalam CD dr akan save beberapa video yang boleh tengok dan juga photo. Kalau ikutkan harga tempat lain, range harga sekitar 100-150 or maybe more than that.

Alhamdulillah, Subhanallah. kali pertama melihat imej baby membuatkan hati hanya mampu bersyukur dengan pemberian Allah dan diharapakan semua berjalan lancar di hari yang dinanti. Amin.

We will wait for you my dear.
My dear, ayah have no comment, speechless when the first time seeing your face. More on ibu or ayah, I have no worries as long as you are in healthy and normal condition. love you :)