Isnin, 18 April 2011

FYP(5)

Maka hari ini, 18 April 2011 saya akui sebagai pelajar sekolah Mekanik USM 
tahun 4 secara rasminya telah menghantar thesis Final Year Project tepat pada 
pukul 11.40 pagi bertempat di Pejabat Am Sekolah Mekanik. Setelah berhempas pulas,
berpenat lelah, bersengkang mata, bermuram durja dan ber ber lagi selama hampir 5 bulan,
akhirnya siap juga thesis ini. Dengan itu, tiada lagi hari-hari saya menghadap Word, tetapi perlu bertukar ke Power Point pulak untuk siapkan slide presentation bagi sesi viva la vida akan datang.

Sekian, Assalamualaikum....


Oh ya, hari ni juga diisytiharkan secara rasmi bahawa Minggu Peperiksaan Semester Akhir sudah bermula!! Aku dah lepas 1 paper, then jumaat ni pulak..rizab kepala otak jap petang ni..
Kalau layan movie sambil pekena pisang goreng dgn teh ais pon cantek ni..perghhh!!

Ahad, 17 April 2011

Selamat Berjuang


Final exam terakhir bagi aku setelah 7 semester aku lalui di alam universiti, 2 semester di alam matrikulasi.
Semoga yang penghabisan ini aku dan rakan-rakan yang lain memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang dari exam yang sebelum ini. Semoga berjaya!!!


Pesanan: 
-Pastikan tido cukup (jgn jadi kelawar lak musim exam ni)
-slip exam dah print (jangan buat2 lupa bila dah masuk dewan)
-alat tulis semua cukup (jangan hari exam mula gelabah cari kawan nak pinjam pen)
-sebelum masuk exam jgn lupa breakfast (pastikan jangan silap makan, kang tak pasal-pasal exam dalam toilet).
-tahu bila,masa dan tempat nak exam (kalau silap nanti spoil mood exam).
-yang terakhir, mintalah pada si Dia Yang Berkuasa semoga dipermudahkan ketika menjawab :)

ikhlas dari apis 2011

Jumaat, 15 April 2011

UEFA Champions League 2010/2011

Who is the best??Who will be the winner??



The 2010/11 UEFA Champions League Final will be played on Saturday 28 May 2011 at the Wembley Stadium in London, starting at 20:45 CET(MAS 3.45am).

-always united-GGMU-

Khamis, 14 April 2011

Teka-Teki


1. Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

2. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

3. Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

4. Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

5. Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?

6. Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?

7. Kereta dengan motor, mana lebih tua?

8. Dalam banyak- banyak pokok, pokok apa yg baik hati?

9. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?

10. Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

11. Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati…’?



Jawapan.
1. Tukang gali kubur.
2. kene la tebang, tak kan nak cabut lak kan..hehe
3. kutu rambut
4. sebab lelaki ni kan ‘buaya’
5. air terjun sebab dia berani terjun.
6. Subgai Besi
7. jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat
8. Pokok pisang sebab keluarkan jantungnya.
9. Meter bas.
10. Pintu yang ade tulis ‘TARIK’
11. Usus

Sekadar gurauan, kurangkan stress study anda :)