Khamis, 24 Januari 2013

Utusan dunia.


People said no body perfect on this world.
But I hope they not forget for the past 1434 Hijrah ago,
the special one, perfect in everything was born as a messenger to the world.

Salam maulidur rasul.

Selawat dan salam junjungan keatas baginda Rasulullah, Muhammad S.A.W dan keluarganya.

Hanya satu doa, moga ku temuimu ya Rasulullah yang dikasihi di sana kelak.amin.


hafiz.

Selasa, 22 Januari 2013

Happy birthday

21 January 2013 - Secara rasminya umur mencapai 25 tahun.Ok, muda lagi.

Terima kasih kepada semua yang wish dan doakan yang terbaik untuk diri ini.
Hanya Allah yang mampu membalasnya dan aku kirimkan doa untuk kalian.
Tak perlu berkarang panjang, cukuplah entry-entry yang lepas sempena  Birthday di imbas. :)

Moga di beri petunjuk dalam meneruskan kehidupan yang akan datang.
Moga tidak lalai dalam mengejar hal keduniaan.
Moga cepat di pertemukan jodoh.
Moga dapat meneruskan bakti kepada keluarga, agama dan bangsa pada sekadar yang mampu.
Moga dikurniakan rezeki yang di berkati dan menjadi insan yang bersyukur.

Dan yang penting moga hidup ini di berkati oleh Nya hingga ke akhir hayat.
Syukur Alhamdulillah pada Ilahi kerana mengurniakan hingga ke saat ini bernafas di muka bumi.



Khamis, 17 Januari 2013

Sepetang

Today my first annual leave for the year 2013 even only half day leave. Macam awal sangat ambil cuti walaupun baru awal bulan, tapi disebabkan oleh my bos telah mengeluarkan arahan terbaru dimana engineer under him mesti clear leave at least 3 hari dalam tempoh 3 bulan,jumlahnya setahun 12hari tak termasuk cuti yang tahun lepas dibawa ke tahun ini sebanyak 5 hari.

Dan sekiranya arahan ini tak dipatuhi, performance appraisal akan terjejas atas alasan poor management..cisss.. Aku tahu tujuan utama bos untuk mengelakkan kami clear leave hujung tahun sampai berebut hari. Sampai dia sendiri tahun lepas terpaksa postpone cuti sebab ada orang lain kebas hari dia..haha

So sebagai langkah pertama,aku apply half day today dan tengoklah next month kalau ada hari yang sesuai untuk next planning cuti.

So,tak ada apa2 perkara nak buat balik rumah rehat-rehat. Dan semestinya tido dulu,tengok tv, basuh pinggan, lipat baju. Macam boring ja kan...hahaha. Untung kalau ada orang rumah ;)

Dan peluanag yang aku tak akan lepaskan kalau lepak petang dirumah, kegemaran sepanjang hayat...

Khamis, 10 Januari 2013

Adam & Hawa

Tak terdetik bagi aku nak layan drama bersiri yang mencecah 80 episod. Dan malam ni tamatlah episod akhir. Pada awal tayangan,aku buat tak pandang je drama ni walaupon melibatkan hero malaya.
Pernah cuba nak layan tapi jalan cerita yang slow dan melerek-leret. Tapi entah macam mana tersangkut plak bila dah nak habes..haha
Siapa kaki novel rasanya mesti dah tahu ending macam mana kan. Sweet. Bercinta lepas perkahwinan memang indah *berdasarkan apa yang ditayangkan*.
Jauh disudut hati moga Allah kurniakan saat yang sebegitu sweet dalam hidup aku nanti.aminn..

p/s: contohilah kebaikan,hindari keburukan.