Jikalau di bandingkan 23 tahun yang lalu pada tarikh yang sama iaitu 21 Januari, lahirlah seorang bayi dimuka bumi ini dgn izin Allah disebuah hospital yang terletak di bandar utara Semenanjung. Suara tangisan kedengaran ketika itu, membuatkan nurse2 berasa lega sebab sempurna sifat bayi tersebut. So dapatlah mereka lunch dengan tenang dan sempurna. Ye la, time tu kan time lunch sekitar 12.40 tengah hari. Perasaan gembira dan bersyukur pasti di rasai kedua ibu bapa bayi tersebut.
Itu cerita 23 tahun yang lepas yang dah berlalu, yakni tahun 1988. Sekarang usianya mencecah 23 tahun. Boleh dikatakan usia yang agak matang. Dari seorang budak kecil yang nakal suatu ketika dulu, dengan basikal ala2 racing hingga parut penuh di kaki accident, kaki mandi sungai + banjir, panjat pokok, main guli,ligan2 dan sebagainya tanpa kenal erti penat, dan banyak lagi perkara lain yang dilakukan. Itulah kehidupan kampung yang membentuk diri beliau. Memang indah kalau diimbas kembali.
Seterusnya usia semakin meningkat. Dari alam persekolahan tak kira rendah atau menengah kehidupan budak nakal semakin berubah sedikit demi sikit kealam remaja yang penuh dugaan. Disitu mula mengenal diri sendiri dan mula mencorak arah tujuan hidup. Disebabkan rezeki yang dikurniakan Allah, dapat melanjut pelajaran ke tahap yang lebih baik sehinggalah ke usia sekarang, 23 tahun. Syukur Alhamdulillah...
Bayi, budak nakal, remaja, beliau = aku
Sepanjang 23 tahun, aku bertanya dalam diri apakah perkara yang telah aku lakukan selama ini?Adakah ini semua sudah cukup?Cukupkah ibadat yang aku lakukan?Adakah semua orang gembira dengan kehadiran diri ni dalam kehidupan mereka?Berapa banyak dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan?Adakah ibu bapa dan family gembira dengan diri aku sekarang ni?Adakah aku bahagia sekarang? Ya Allah,sesungguhnya masih banyak lagi kelemahan pada diri ini..
Bersyukur kpd Allah sebab masih panjangkan umur sampai sekarang. Walaupon banyak perkara sudah dilalui dan dirasai seperti susah senang, pahit manis, tawa tangis, perit untuk ditelan tapi itulah asam garam kehidupan. Semoga ia menjadikan diri ni lebih matang dan bersedia untuk menghadapi hari2 yang mendatang, Insyaallah. Apabila usia meningkat, bermakna kematian juga semakin hampir. Belum cukup amalan untuk dibawa. Smoga diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan amal kebaikan didunia ini. Entah sempat atau tidak untuk menanti tarikh 21 Januari pada tahun2 yang akan datang, jika panjang umur Alhamdulillah. Smoga kehidupan kita semua diberkati oleh Allah.
Oh, kebetulan..post yg ke 21 pada 21 hari selepas tahun baru :) So tomorrow mahu berangkat pulang kedesa tercinta. Jadi dalam sehari dua ni tak ada la update n sorry klu any komen kat blog or fb tak reply.
15 ulasan:
selamat ulangtahun..semoga bahagia selalu dengan limpahan rezeki n nikmat dri ilahi
oh apis, kamu sebaya adikku.. hoho~
btw hepi bufday..
semoga pnjg umo n sentiasa berada dibwh rahmatNya..~
hidup baik2 okeh? =)
iwan-terima kasih,smoga doa anda dimakbulkan :)
natsu-oh,ye ke..thanks for wish..insyaallah smoga semua baik2 blaka =)
ehehe.. pakcek da tue..
=)
tua umur ja..org still muda..hahaha
just joking =)
wah .. selamat menyambut hari kelahiran .. moga murah rezeki dan panjang umur ...
meanarik betul kata2 dia ats tuh ..
tima kasih ipai :)
hihihi..mukadimah dia.. pnjg berjela..but nice untuk dibace.pandai olah cete :-)
cik cammy-hehehe...special entry sket, sbb tu pnjg berjela..tq sbb sudi baca walaupon x seberapa =)
epy besday, semoga semua impian anda terlaksana n dimakbulkan...amin....usia da meningakat, jgn nakal2 ye...he
selamat hari lahir
selmAT ulang tahun buat awak..
semoga pnjg umur dan dimurahkan rezeki..
amin :)
greenailin- dah tak nakal dah skrg..hehe
ms teddy-tq for wish :)
dayana-aminnn..thanks :)
sama2 .. hee
Catat Ulasan