5.25am dikejutkan dengan panggilan misteri, no yang tiada dalam list phone. Bila angkat diam plak dia. Ishh,sapa la ni pagi2 buta call org. Ini menyebabkan tidur aku terganggu dan sukar lelap semula walaupon baru 3 jam aku beradu.
Pusing kiri, pusing kanan,golek kiri,golek kanan. Pelbagai teknik dilakukan kuak dada, meniarap,mengiring masih tidak berhasil. Cuba tido gak tapi tak menjadi. Dan menjadi tabiat aku susah nak tdo balik klu di kejutkan oleh sesuatu perkara. Fikiran dah terganggu dengan panggilan unknown tadi.
Keputusan di ambil untuk bangun sementara menunggu azan Subuh di laungkan. Merenung jauh ke luar tingkap, alunan merdu tadarus Al-Quran senang lunak di pasang dari masjid yang berdekatan. Subhanallah, dalam hati terlintas perasaan tenang di tambah suasana pagi yang sunyi lagi dingin di sertakan pemandangan gelap hanya di terangi lampu2 jalan.Hanya tinggal beberapa bulan dari skrg pemandangan sebegini sudah tidak dapat aku hayati lagi.
Selalunya hati kita sentiasa resah dengan perkara duniawi termasuk lah diri aku. Apa yang hendak di sampaikan di sini ialah untuk mencari ketenangan jiwa yang terbaik ialah dengan mendekati kalam Allah yakni Al-Quran. Memang meruntun jiwa dan perasaan aku apabila mendengar alunan merdu bacaan nya.
Baiklah,dah subuh ni. Tak baik melengahkan solat. Pesanan dari aku kepada pembaca semua, rajin2 kan diri membaca Al-Quran k walaupon paling malas sehari seayat. Lagi banyak lagi bagus. Tak rugi sebenarnya sebab ini adalah pelaburan kita untuk ke alam akhirat nanti. Berpesan2 lah sesama kita dengan kebenaran. Thanks for reading :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan