Sabtu, 19 Mei 2012

Masakan bujang

Bila mood tengah baik disamping tahap boring mula menaik pada hari
tak kerja mulalah tangan ni rasa nak pegang kuali dengan senduk.
Maka dengan desakan itu terhasillah sebuah karya seni masakan yang dinamakan
ayam masak kicap bujang :-p

2 ketul; 1 lunch 1 lagi dinner..hahaha

Rabu, 16 Mei 2012

Kenangan

Bila tgk drama kat astro warna Cikgu Timah Tukar Sekolah teringat lak zaman sekolah. Especially bila tgk scene bab utus-mengutus surat. Siap ada posmen karat lagi.. Teringat zaman cinta monyet dulu..kehkeh update via android

Rabu, 9 Mei 2012

Congratulation to her.


Peluang yang aku ada sebagai pemilik mutlak blog ini, aku nak ucapkan tahniah pada seseorang sempena kejayaan beliau menggengam segulung ijazah pada majlis konvokesyen UPSI yang ke 14 kemarin.

Kemungkinan besar dia tak akan baca ucapan ini tapi itu tak penting, cuma sekadar ingin berkongsikan kegembiraan dengan kejayaan beliau. I'm proud with her :)

Siapakah beliau?? Itu pon tak penting, biarkan kenangan manis lalu disimpan rapi. Dari jauh aku doakan semoga dia berjaya dalam apa yang diceburi especially master yang sedang di tuntut dan bahagia disamping insan-insan tersayang.


Tahniah awak :)