Khamis, 1 Januari 2015

Perjalanan yang jauh KB-Penang

Banjir yang melanda pantai timur Malaysia di penghujung tahun 2014 merupakan pengalaman yang akan dikenang dalam hidup. Kebetulan, aku berada di Kelantan, spesifiknya Kota Bharu kira-kira 3 hari sebelum banjir besar melanda. Isteri selamat melahirkan putera sulong pada 21 Disember (insyaallah entry khas untuk pengalaman meneman isteri dalam labour room) dan ketika itu air Sungai Kelantan dah mula naik. Syukur Alhamdulillah, perancangan Allah adalah yang terbaik iaitu semuanya selesai urusan kelahiran sebelum banjir melanda.

Family mertua terpaksa berpindah ke rumah opah pada malam Khamis yang berdekatan dengan Wisma Persekutuan KB memandangkan kawasan rumah tersebut sedikit tinggi. Pada hari yang sama iaitu siang hari, beberapa urusan seperti bil2 hospital, pendaftaran baby dan mencari sedikit barang keperluan disekitar kb telah disempurnakan.

Menjelang pagi 25hb, dilaporkan hampir kesemua bandar kb sudah dinaiki air. Alhamdulillah lagi sekali, sebab kemarin sempat settle semua urusan walaupon dalam keadaan sedikit letih berjaga malam sebab baby crying..hahaha.

Dipendekkan cerita, ini semua pengalaman baru dalam suasana banjir. Ya, dulu kecik2 banjir dah sinonim dalam hidup sebab kampung di Kedah juga pernah banjir dan pernah bermalam di pusat pemindahan. Tapi banjir di Kelantan memberi suasana yang baru; dengan tiada bekalan air bersih, jalan2 utama ditutup, boleh tengok kereta parking ditengah2 jalan berhari2, stesen minyak kehabisan bekalan, barang2 runcit pon dah kurang.

Dan yang paling tak dapat dilupa, macam mana nak balik ke Penang memandangkan cuti pon dah nak habis. Usha tiket flight, dah habis dan mahal sampai 5++, jalan Grik pula tanah runtuh, jalan utama KL-KL naik air. Akhirnya, dengan niat tawakal aku dan bapa saudara n family sebelah wife buat decision balik pada Sabtu 27hb.

Bertolak 2petang sabtu, sampai Penang 11malam Ahad...siap tido dalam keta lagi..fuhhh. Bawah adalah route yang aku lalu.