Family mertua terpaksa berpindah ke rumah opah pada malam Khamis yang berdekatan dengan Wisma Persekutuan KB memandangkan kawasan rumah tersebut sedikit tinggi. Pada hari yang sama iaitu siang hari, beberapa urusan seperti bil2 hospital, pendaftaran baby dan mencari sedikit barang keperluan disekitar kb telah disempurnakan.
Menjelang pagi 25hb, dilaporkan hampir kesemua bandar kb sudah dinaiki air. Alhamdulillah lagi sekali, sebab kemarin sempat settle semua urusan walaupon dalam keadaan sedikit letih berjaga malam sebab baby crying..hahaha.
Dipendekkan cerita, ini semua pengalaman baru dalam suasana banjir. Ya, dulu kecik2 banjir dah sinonim dalam hidup sebab kampung di Kedah juga pernah banjir dan pernah bermalam di pusat pemindahan. Tapi banjir di Kelantan memberi suasana yang baru; dengan tiada bekalan air bersih, jalan2 utama ditutup, boleh tengok kereta parking ditengah2 jalan berhari2, stesen minyak kehabisan bekalan, barang2 runcit pon dah kurang.
Dan yang paling tak dapat dilupa, macam mana nak balik ke Penang memandangkan cuti pon dah nak habis. Usha tiket flight, dah habis dan mahal sampai 5++, jalan Grik pula tanah runtuh, jalan utama KL-KL naik air. Akhirnya, dengan niat tawakal aku dan bapa saudara n family sebelah wife buat decision balik pada Sabtu 27hb.
Bertolak 2petang sabtu, sampai Penang 11malam Ahad...siap tido dalam keta lagi..fuhhh. Bawah adalah route yang aku lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan