Jumaat, 22 Mac 2013

Langkah



Ini dinamakan tidak yakin dengan ketentuan takdir dari Nya.
Sampai bila perlu takut? Kalau takut alamatnya single sampai akhir hayat la korang :)

Sabtu, 16 Mac 2013

I'm back USM :)

Just received an email.


Insha Allah kalau tak ada hal urgent, jumpa disana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ann Joo..haha

Selasa, 12 Mac 2013

Sepupu

Kisah benar terjadi pada member aku yang tugasnya menididik anak bangsa..
Dan hasilnya amatlah mendukacitakan.....hahahaha

Sepupu dan tinggi galah. Boleh tahan jugak budak ni troll cikgu.


p/s: bukan salah cikgu yang mengajar.

Sabtu, 9 Mac 2013

Peta.

Ahad yang lepas, sempat hadir kenduri perkahwinan atas jemputan technician tempat kerja. Tahniah diucapkan, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Tapi bukan pasal dia yang aku nak kongsikan, kali ini kisah mengenai macam mana perjalanan nak mencari rumah kenduri.
Mungkin mudah bagi sesetengah orang kalau dah cukup familiar dengan kawasan yang hendak dituju tapi mungkin sukar bagi orang yang tak pernah sampai lagi kawasan baru, diibaratkan rusa masuk kampung (betul ke tak pepatah aku ni??).

Berbekalkan peta pada kad kenduri, pada mulanya nampak mudah nak ke destinasi yang dituju. Bila sampai first 'check point' berpandukan peta, ok senang. Masuk second check point, dah mula rasa ragu-ragu. Tak apa, teruskan mencari mungkin ada petunjuk lain. Jalan punya jalan, confirm aku kena patah balik ni. Silap jalan. Kena ikut jalan alternatif seperti disyorkan peta.

Cari dan terus mencari, buntu seketika. Gunakan talian hayat yang ada dengan mencontact rakan. Ok, cari lagi. Tak jumpa jugak, gunakan talian hayat lagi dengan bertanyakan abang jual sayur tepi jalan. Dah dapat pencerahan sikit. Bila dah masuk kampung pengantin, masih buntu sebab dalam peta jalan lurus tapi depan mata jalan bengkang bengkok dan bersimpang. Talian hayat telefon digunakan buat kali kedua dan akhirnya selamat tiba didestinasi. Tanpa cakap banyak, pekena nasi minyak dulu sebab dah penat pulas stereng, hampir 30 minit tersasar dari waktu yang dirancang.haha...

Moral of story, tolong bagi maklumat yang lengkap pada peta kenduri korang dan jangan terlalu ringkas. Dalam kad tunjuk satu jalan lurus, tapi bila tiba ada pulak dua simpang tak ke pening nanti. Dalam peta tunjuk jarak rumah dengan jalan macam 10 m tapi realiti 10km. Memang la tak boleh bagi tepat dalam peta tapi 'penskalaan' juga penting, atau letak banyak sikit 'check point'. Senang nak cari.

p/s. untuk ke rumah aku nanti (not confirmed yet when) korang jangan bimbang, senang nak cari dan keberangkalian nak sesat adalah tipis..mungkin koordinat GPS akan disertakan jika perlu..hahaha