Mungkin ini adalah cf yang terakhir bagi aku. Kalau tak silap aku mula berjinak2 dengan cf dgn position sebagai ahli lembaga pelawat bermula dari tahun 2. Time tu jalan2 kat booth pameran pon just suka2, tengok2 orang, kutip template dan cenderahati company. Erti kata lain dalam mood rilex n cool. Selain tu dapat melihat ragam orang mencari pekerjaan dengan pakaian yg smart ala2 kerja clerk kat opis. Masuk 3rd year, entah macam mana dapat tugasan plak oleh lecturer untuk buat laporan ringkas mengenai company yang terlibat dalam cf untuk tahun tersebut. Aku syak ni mesti nak kasi geng2 aku alert sikit pasal kerja.Dah tak boleh nak relax dah..Mau tak mau kena lagi skali jadi ahli lembaga pelawat.
Dan untuk edisi yang terkini, aku dah tak boleh rilex n cool lagi walaupon tak perlu buat laporan macam tahun lepas. Kali ni kena serius sket sebab ni semua melibatkan masa depan. 2 hari aku berkampung dekat dewan, dengan berpakaian clerk opis
Tak cukup dengan resume, mencuba plak dengan interview. Sempat juga 3 company mahu berkenalan dengan lebih rapat iaitu Panasonic, MMC dan IOI walaupon banyak lagi peluang untuk berkenalan dgn company lain. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Maka dengan hati yang gabra + persedian yang kurang mantap aku redah ja sesi 'berkenalan' tersebut. Harapan tidak lah terlalu tinggi tapi sekadar mahu memperoleh pengalaman yg jarang2 diperolehi. Sekurang-kurangnya i try..Rezeki semua Allah yang ditentukan.
So aku nak ucapkan terima kasih kepada team Career Fair. Smoga kecemerlangan dapat diteruskan untuk tahun2 yang berikutnya. Excellent!! Kepada mereka yang dah dapat kerja tahniah aku ucapkan. Kepada yang belum termasuk lah diri aku, lain kali boleh cuba. Nanti banyakkan lagi kenangan kita bersama company yang ada ok. Mana la tau kan, dalam banyak2 kenangan mungkin ada 1 company yang tersangkut dengan kenangan yang dicipta. Rezeki ada dimana2..
Hasil mencari kerja |
1 ulasan:
walk-in interview adalah sangat berguna.. memang target to get that job but still, it is useful to collect and gain the experience. takot kot kena interview.. But, as always.. practice make it perfect.. Ini salah satu caranya..Walk-in interview^^
Catat Ulasan