Ahad, 16 Januari 2011

Get That Job!

Pada minggu lepas, aku telah attend dua program yang melibatkan penulisan resume dan interview. Ini bersempena dengan Career Fair yang akan di anjurkan tidak lama lagi dan juga sebagai persedian bagi final year student yang akan memulakan misi mencari kerja setelah habis study nanti.


Program pertama ialah career talk bersama Sime Darby. Penyertaan agak memberansangkan,mungkin di sebabkan ia dianjur bersama oleh sebuah syarikat yang bereputasi tinggi. Dan ini adalah kali kedua aku mengahdiri program yang dianjurkan oleh Sime Darby, yang pertama tahun lepas iaitu lawatan industri ke Inokom Kulim (salah sebuah anak syarikat S.D). Daripada program tersebut, kita dapat tahu maklumat terus dari pihak industri apa kriteria yang sebenar diperlukan dan dikehendaki oleh mereka.

Program kedua ialah Get That Job anjuran HEPP USM kkj. Sambutan agak dingin,mungkin sebab kurangnya kesedaran mereka terhadap program ini. Fasilitator atau penceramah yang di jemput ialah Encik Mohd Rizal Hassan. Sebenarnya ni first time join program kendalian beliau. Memang best sebab banyak perkara yang dipelajari especially cara2 penulisan resume sehinggalah pergi untuk interview dengan cara yang betul bagi memikat hati company. Dan cara penyampaian beliau juga menarik dan tidak membosankan. Mula2 planning nak hadir pada sebelah sesi petang ja, tapi disebabkan oleh cara penyampaian yang berkesan menyebabkan sesi malam pon hadir lagi walaupon terpaksa berpakaian formal.

Ok lah,mungkin sesetengah orang fikir aktiviti sebegini kurang penting. Alaaa,nk tulis resume dan belajar cara2 interview dalam internet pon banyak kan. Yupp, memang betul banyak maklumat dalam internet tetapi kadang2 terdapat perkara yang tak pernah kita terfikir, sebenarnya penting juga apabila memulakan misi mencari kerja nanti.

So,pesanan aku kepada yang membaca ini dan berpeluang menghadiri program yang berkaitan pada masa hadapan ringan2 kan lah kaki untuk menghadiri.

Gambar kenangan program Get That Job!sorry gambar tak clear

Bak kata En. Rizal

"Stop membangau-ing!"

Untuk mengenali lebih lanjut siapa Mohd Rizal Hassan ialah melalui fb beliau (nickname nama asal).
website: www.take-charge.com.my
email: mrizalh@gmail.com

4 ulasan:

iPai berkata...

memang sangat best ceramah dia ..

-apis- berkata...

betul2...

me suya berkata...

nak pergi ceramah ni. unfortunately we all budak sumber 4 ade kelas on weekend^^

-apis- berkata...

ooo..ada kelas ke..yg 2nd program x sampai pon hal dewan..klu ramai lg bes..hehe