Sabtu, 15 Januari 2011

Cemburu dengan mereka

Pepagi buta lagi, roommate aku dah bangun. Terdengar suara riang gelak ketawanya. Ishh, pesal pelik semacam ja budak ni aku berfikir. Kena rasuk ke. Rupa-rupanya perkara yg sudah lama di tunggu telah telah datang. Biasiswa JPA dah masuk kata dia kpd aku. Patut la heppy semacam je.Memang di akui sejak 3 minggu pertama dalam semester ini, terdapat beberapa student berada dalam kesempitan menyebabkan hilang fokus terhadap pelajaran alasan semata2 cakap malas kn senang. hehe..

Dan timbullah suara ketidakpuasan, jpa lambat la, tak concern student la, salah kerajaan la dan bla bla bla...Bagi aku sesiapa yg mendapat jpa ataupon scholarship yang lain beruntung. Lepas study, tak perlu runsing2 nak fikirkan duit untuk bayar balik seperti bebudak pt macam aku. Yeah, mungkin silap aku jugak yang tak memohon dulu disebabkan ketinggalan maklumat mengenai tawaran jpa.

Cemburu dengan mereka. Duit dapat, lepas study tak perlu bayar. Banyak plak tu compare dengan pt. Dak pt lak kena bayar lepas study. Bila masa nak kumpul duit nak kawen. Tetapi persoalan yang selalu bermain di kepala otak aku, mengapa masih ada segelintir budak jpa yang keputusan akademiknya masih lagi dalam tahap sederhana. Sebelum itu, maaf kepada rakan2 jika apa yang aku cakap ini membuatkan terguris perasaan. Sekadar memperingati sesama kita. Adakah masih belum cukup duit jpa?

Kadang2 bila kita memperoleh sesuatu, kita lupa apa yang kita dapat, erti kata lain kita alpa. Jikalau dulu kita mempunyai akademik background yang membanggakan sehingga memperoleh jpa, mengapa ia tidak berterusan sehingga ke hari ini. "Dulu lain, sekarang lain..." bak kata Tan Sri Dato SM Salim dalam sebuah lirik lagu. Boleh terima alasan tu??

Terdapat beberapa rakan bertanya aku bagaimana aku boleh dapat result yang agak baik walaupon bukan lah cemerlang sgt sedangkan budak pt je pon Aku pon tak dapat nak bagi jawapan yang specific. Bukan aku sorang saja yang pandai, sebenarnya kita semua pandai2 belaka kalau tak macam mana boleh masuk USM. Dan rasanya diorang lebih pandai dari aku sebab kebanyakkan semuanya dulu sekolah premier, aku plak sekolah harian ja. So who is better?

Point kat sini, ia bergantung kepada individu masing2. Kalau mahukan kejayaan, berusahalah. Heppy n enjoy gak tapi biarlah berpada-pada. Walaupon usaha yang sedikit tapi berterusan dan istiqamah, Insyallah pasti ia akan berbalas dengan hasil yang baik. Ingatlah ibu bapa kita kat rumah, mungkin sedang bersusah payah mencari rezeki untuk kita. Dan janganlah kita menghampakan harapan mereka kpd kita. Bagi mereka yang dtg dari keluarga susah dan sederhana, mesti lebih faham keadaan sebegini.
 

Baiklah, rasanya ini entry terpanjang pernah aku hasilkan. Pesanan aku kpd rakan jpa, manfaatkan wang itu ke arah yang kebaikan. Bersyukur apa yang dapat. Berkat hidup di didunia dan akhirat. :)

8 ulasan:

Unknown berkata...

jgn cemburu piz...hargai pe yang kita ada...tu wat kite hapi n hargai pe yg kite ada....:)

-apis- berkata...

hanya sekadar tajuk..hehe
yupp, hargai apa yg kita ada :)

iPai berkata...

betul tuh.. usaha penting .. n rezeki masing2 ...

yang kita usaha, dengan izin tuhan, ada laa rezekinya... lambat ngan cepat je beza dia .

zetty berkata...

susah2 dulu, senang2 kemudian :))

Tanpa Nama berkata...

xpe pis xdpt jpa pun, kt pau je bdak2 jpa, kalo pt orng xleh nk pau sbb diri sendri pun x brape nk cukup..ha3

-apis- berkata...

ipai-stuju2 :)
zetty-insyaallah,smoga satu hari nnt semua pengorbanan akan terbalas
anonymous-mcm kenal ja..hahaha
tgh tggu dak jpa open table..hehe

me suya berkata...

erm setuju.. tp mmg kena bersyukur dgn ape yg ade.. Ada pt pun ok la kan.. daripada org yg tak dpt ape-ape.. huhuhu tumpang sumbangan parents bila gaji aje^^

-apis- berkata...

sumbanga dari parents=scholarship FA&MA..hehehe
betul2,bersyukur apa yg dpt..mungkin dliuar sana ada yg lebih susah dari kita..thnks :)