Bermula dengan solat Jumaat yakni khutbah yang dibacakan bertajuk 'Padang Masyar'. Walaupon agak kepenatan setelah baru pulang kekampung, mata yang kuat digoda iblis untuk pejam aku gagahi juga untuk mendengar isi2 khutbah pada waktu tersebut. Dalam hati berkata "Ya Allah, bagaimanakah keadaan aku nanti semasa di sana"..................
Pukul 12 tgh malam,tetiba rasa teringin nak cicah roti Gardenier dgn milo panas. Tanpa berfikir panjang terus kedapur untuk mendapatkan apa yang dihajati. Sambil minum, layan tv jap. Kebetulan tv9 sedang menyiarkan rancangan ulangan Tanyalah Ustzaz bertajuk 'Mengumpat'. Aku dah lupa nama ustaz ni tapi dia pensyarah UIAM. Entah macam mana boleh layan plak apa yang dia ulas. Kena ingat,org yang mendengar org mengumpat turut serta mendapat dosa sebab org tak akan mengumpat kalau tak ada org yang akan mendengar.
Hari sabtu, tergerak hati nak berjemaah kt masjid. Kebetulan malam tu ada majlis ilmu dgn membaca kitab fekah oleh ustaz yg dikenali sbg Ustaz Zul. Dulu time2 cuti sempat gak aku datang dengar. Kebanyakan yg hadir adalah dari qariah yg lain termasuklah jugak bekas guru2 aku zaman sekolah dlu. Agak popular jugak ustaz ni. Apa yg aku tertarik ialah apabila beliau menyentuh sedikit mengenai masalah isu2 semasa seperti rasuah,zina,buang anak dan sebagainya
"Jangan fikir kita tok imam,tok siak,bilal,kaki masjid ataupon dok mai dengaq baca kitab hari2 kita
boleh pikiaq dah lepas bahagian kita. Masalah yg lain biaq pi nak jadi apa. Kalau ada kes kat Kolompo (KL) adakah kita kt sini boleh lepas tangan?Sekurangnya angkatlah tangan memohon doa kpd Allah. Bala dari Allah tidak mengenal sama ada org beriman atau tak. Jadi pakat2 beringatlah pada anak bini,jiran tetangga sbb kita diikat oleh satu tali persaudaraan sesama Muslim".
Lepas tu plak, slot cerekarama tv3 menyiarkan drama berunsurkan kerohanian yang bertajuk 'Iqra'. Mesej yg cukup jelas iaitu mengajak kita jgn sesekali memandang ringan Kalam Allah. Walaupon dikurniakan harta melimpah ruah,anak isteri dan pangkat, tapi kalau langgar perintahNya tiada apa perlu dibangga. Beringatlah sebelum terlambat dan marilah ramai2 kita ruangkan sedikit masa kita untuk membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran.
Dan yang terakhir mengenai kisah 'percutian rohani' ialah sebelum berangkat pulang ke USM, sempat aku menziarah kubur tok wan (meninggal bulan 10 thn lps), bapa saudara (time std kat matrik) dan juga bapa angkat aku (bulan 7 thn lps). Ini pon sebab anak kpd ayah angkat aku ajak ikut bersama, so dengan hati yg ikhlas apa salahnya kan. Pesanan disini, beringat2 lah sebelum ajal menemui kita :)
Renung2 kan dan selamat beramal.
Sekian, wassalam dan terima kasih kerana sudi membaca......
6 ulasan:
alhamdulillah..
Suya pun ade tengok cerita iqra tu masa balik rumah last weekend.. ade mesej tersendiri kan^^
macamana interview? Pergi ke?
yupp,tol tu..drama yg mcm tu lah patut dibanyakkakn di tv,ni kdg2 entah mcm2 drama sampai naik meluat tgk..huhu
interview ok2 ja, just try =)
smggu ni aku pon wat percutian rohani gak la..
smggu yg lepas or smggu yg akan dtg..klu smggu yg lepas rasa mcm x je,klu akan dtg insyaallah..
apis.. kelas titas tadi satu lagi pengisian rohani yang sempoi but sgt mendalam kan..mudah jek sampai ke minda^^
eh,suya amek titas gk ka sem ni??
aah,walaupon lect tu kdg2 joke tp msj tetap ada sbg peringatan :)
Catat Ulasan