Jumaat, 7 Januari 2011

Review: Unstoppable

Dah tengok??belum??Kalau dah tengok tak payah la baca k...

Sebenarnya movie ni dah lama keluar,November 2010. Baru semalam aku tengok.
Mengisahkan seorang engineer kereta api berpengalaman selama 28 tahun bernama Frank Barnes lakonan Denzel Washington bersama co-worker nya iaitu Will Colson (Chris Pine). Will memulakan tugasnya buat pertama kali bersama dengan Frank tetapi perkara yang tak di duga telah terjadi.

Disebabkan oleh human errors and lucks (based on dialogue said), sebuah kereta api (dipanggil 777) telah bergerak dengan sendiri tanpa pemandu. Ni semua angkara budak gemuk yang kononya pro dan berlagak pandai. Frank dan Will mengemudi kereta api (dipanggil 1206) yang lain tetapi berlawanan arah perjalanan dengan 777.

777 dan 1206 hampir berlanggar head to head tetapi 1206 sempat ke landasan yang dipanggil 'siding' atau lencongan landasan. 777 terus bergerak dengan laju hampir 70mph. Nak di jadikan cerita Frank dan Will ambil keputusan untuk menyelamatkan 777 sebab muatannya terdiri daripada bahan kimia dan mudah explosive. Erti kata lain,diaorang terpaksa kejar balik 777 dan cuba slowdown speed dengan lock ekor 777. Kat sini aku belajar satu ilmu,rupanya kepala kereta api dapat bergerak berlawanan arah tanpa perlu pusingkan kepala.

So berlaku lah aksi2 yang mencemaskan. Walaupon kita dah boleh agak di mana ending mesti 777 dapat di selamatkan tetapi yang menjadi persoalan apa yang berlaku semasa diaorang kejar 777. Agak menarik movie ni tapi  hasil diskusi bersama penganalisis filem melayu dan antarabangsa Anak Pak Muin , ujarnya ending kurang menarik. Mungkin sebab beliau dah berpengalaman dalam dunia perfileman ni kot.

Apa2 je la,asalkan aku enjoy dengan movie ni. Maaf la ek kpd pembaca sebab ni first time membuat komen pasal filem, mungkin cara dan gaya penulisan kurang menarik,berterabur. Sebelum ini tak pernah lagi, cuma banyak membaca daripada menulis sendiri. :)




-Selamat berhujung minggu-

3 ulasan:

Aieda Adnan berkata...

aku pulak..haha..nice one

Anisa berkata...

tak tgok lagi :|

-apis- berkata...

baik anisa tgk, x membosankan sgt..hehe

tq en lan..haha