Rabu, 23 Disember 2015

Ulang tahun 1

Duhai anak,

Setahun berlalu, pengalaman hari pertama mu didunia masih segar dalam ingatan. Sekitar pukul 3 pagi ibu call ayah untuk maklumkan ibu dah berada dalam  labour room hospital.
Dengan perasaan mengigil dan seram sejuk (sebab hujan time tu) ayah bergegas kte hospital. Tak sampai 5 minit dah sampai, nenek setia menunggu ibu ditempat duduk berhadapan bilik bersalin.
Ayah tak sempat nak cari sweater, jaket kerja ayah jadi peneman mengurangkan rasa sejuk gementar ketika itu. Dengan segera nurse suruh masuk temankan ibu. Ayah tak dapatkan gambarkan perasaan ketika itu melihat ibumu terbaring menahan kesakitan sekali sakala. Makin lama makan kerap. U will know it when u have give a chance to be a dad in one day!
Pukul 7.12 am, akhirnya muncullah buat kali pertama melihat dunia. syabas anak! syabas ibu! syukur ya Allah!

Setahun,ayah belajar menjadi ayah. Ayah belajar banyak perkara dari kamu wahai anak. Kalau ada masa free nanti ayah cuba senaraikan untuk entry yg lain..haha. Kamu dah bole berjalan,mulut mu x berhenti bersuara membuatkan hidup ayah ibu x pernah sunyi.

Happy birthday my son! Keep growth in healthy and be a good son! 21 December 2014
Thanks sebab ibu belanja kek..izz x bole makan,ayah tolong habiskan..haha

Sabtu, 19 Disember 2015

Parking charges Penang Airport

Punya la susah search nak cari rate parking kat airport Penang dulu, nah sekarang aku tampal free kat sini. Caj ni aku snap bulan Nov lepas.

Harap bermanfaat pada semua.


Sabtu, 26 September 2015

4 Tahun yang lalu

Assalamualaikum..

Baru lepas layan Dawn of the Planet of the Apes dihujung minggu,izz plak sedap je layan tido, ibu lak keja. Habis layan, mcm biasa la online fb.

Tiba2 keluar notification "3 years ago today" event, mungkin sebab update latest version fb awal pagi tadi kot. Surprisingly me, 24 Septemeber 2011 was my convocation day and its 4 years ago!

Yes,the day for engineering student from batch 2007-2011 USM to enjoy their historical moments. Aaaa...so fast time flies,dah 4 tahun berlalu. Aku doakan semua rakan2 seperjuangan dulu akan lebih succes dan keep move on dengan life masing2. Jauh disudut hati aku rindu moment2 student life. hahaha

#throwback


Jumaat, 28 Ogos 2015

Proton Persona Schedule Service-updated 2015

Last week sempat ke sc Butterworth dgn Izz sbb power window sebelah driver problem. Lebur jgk 2ratus lebih, warranty pon dh void sbb dah skip service kt sc (nk jimat punya pasal).

Ok,sempat snap proton persona (a) schedule service sebagai rujukan mengikut kos terbaru.


Khamis, 1 Januari 2015

Perjalanan yang jauh KB-Penang

Banjir yang melanda pantai timur Malaysia di penghujung tahun 2014 merupakan pengalaman yang akan dikenang dalam hidup. Kebetulan, aku berada di Kelantan, spesifiknya Kota Bharu kira-kira 3 hari sebelum banjir besar melanda. Isteri selamat melahirkan putera sulong pada 21 Disember (insyaallah entry khas untuk pengalaman meneman isteri dalam labour room) dan ketika itu air Sungai Kelantan dah mula naik. Syukur Alhamdulillah, perancangan Allah adalah yang terbaik iaitu semuanya selesai urusan kelahiran sebelum banjir melanda.

Family mertua terpaksa berpindah ke rumah opah pada malam Khamis yang berdekatan dengan Wisma Persekutuan KB memandangkan kawasan rumah tersebut sedikit tinggi. Pada hari yang sama iaitu siang hari, beberapa urusan seperti bil2 hospital, pendaftaran baby dan mencari sedikit barang keperluan disekitar kb telah disempurnakan.

Menjelang pagi 25hb, dilaporkan hampir kesemua bandar kb sudah dinaiki air. Alhamdulillah lagi sekali, sebab kemarin sempat settle semua urusan walaupon dalam keadaan sedikit letih berjaga malam sebab baby crying..hahaha.

Dipendekkan cerita, ini semua pengalaman baru dalam suasana banjir. Ya, dulu kecik2 banjir dah sinonim dalam hidup sebab kampung di Kedah juga pernah banjir dan pernah bermalam di pusat pemindahan. Tapi banjir di Kelantan memberi suasana yang baru; dengan tiada bekalan air bersih, jalan2 utama ditutup, boleh tengok kereta parking ditengah2 jalan berhari2, stesen minyak kehabisan bekalan, barang2 runcit pon dah kurang.

Dan yang paling tak dapat dilupa, macam mana nak balik ke Penang memandangkan cuti pon dah nak habis. Usha tiket flight, dah habis dan mahal sampai 5++, jalan Grik pula tanah runtuh, jalan utama KL-KL naik air. Akhirnya, dengan niat tawakal aku dan bapa saudara n family sebelah wife buat decision balik pada Sabtu 27hb.

Bertolak 2petang sabtu, sampai Penang 11malam Ahad...siap tido dalam keta lagi..fuhhh. Bawah adalah route yang aku lalu.