Memaparkan catatan dengan label babyworld. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label babyworld. Papar semua catatan

Rabu, 23 Disember 2015

Ulang tahun 1

Duhai anak,

Setahun berlalu, pengalaman hari pertama mu didunia masih segar dalam ingatan. Sekitar pukul 3 pagi ibu call ayah untuk maklumkan ibu dah berada dalam  labour room hospital.
Dengan perasaan mengigil dan seram sejuk (sebab hujan time tu) ayah bergegas kte hospital. Tak sampai 5 minit dah sampai, nenek setia menunggu ibu ditempat duduk berhadapan bilik bersalin.
Ayah tak sempat nak cari sweater, jaket kerja ayah jadi peneman mengurangkan rasa sejuk gementar ketika itu. Dengan segera nurse suruh masuk temankan ibu. Ayah tak dapatkan gambarkan perasaan ketika itu melihat ibumu terbaring menahan kesakitan sekali sakala. Makin lama makan kerap. U will know it when u have give a chance to be a dad in one day!
Pukul 7.12 am, akhirnya muncullah buat kali pertama melihat dunia. syabas anak! syabas ibu! syukur ya Allah!

Setahun,ayah belajar menjadi ayah. Ayah belajar banyak perkara dari kamu wahai anak. Kalau ada masa free nanti ayah cuba senaraikan untuk entry yg lain..haha. Kamu dah bole berjalan,mulut mu x berhenti bersuara membuatkan hidup ayah ibu x pernah sunyi.

Happy birthday my son! Keep growth in healthy and be a good son! 21 December 2014
Thanks sebab ibu belanja kek..izz x bole makan,ayah tolong habiskan..haha

Sabtu, 18 Oktober 2014

3D/4D Scan untuk ibu mengandung

Assalamualaikum.

Genap si isteri 28 minggu. Pada awalnya planning bukan lah hari ini, tapi memandangkan minggu ni en suami off dari tugas, terus secara spontan malam tadi buat keputusan untuk lakukan scan.
First step, pasangan muda zaman moden semestinya mendapatkan bantuan Mr Google untuk mencari lokasi yang berdekatan dan sesuai. Bagi area pulau pinang/ seberang prai terdapat beberapa lokasi seperti:
1. Poliklinik Dr Marina Seberang Jaya berdekatan masjid Taman Semilang
2. KPJ Perda
3. Bagan Specialist
4. Klinik Keluarga Taman Koskam Kepala Batas.

Menurut maklumat yang diperolehi, KPJ Perda & Bagan Specialist menawarkan doctor lelaki manakala yang lain doctor wanita. So my choice is Dr Marina, sebab dekat dan yang paling penting wanita. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Baik orangnya. Menawarkan scan 3D & 4D dengan kadar yang berpatutan, RM 65 (promosi sehingga Dec 2014) beserta CD dan 2 keping 3D photo. Dalam CD dr akan save beberapa video yang boleh tengok dan juga photo. Kalau ikutkan harga tempat lain, range harga sekitar 100-150 or maybe more than that.

Alhamdulillah, Subhanallah. kali pertama melihat imej baby membuatkan hati hanya mampu bersyukur dengan pemberian Allah dan diharapakan semua berjalan lancar di hari yang dinanti. Amin.

We will wait for you my dear.
My dear, ayah have no comment, speechless when the first time seeing your face. More on ibu or ayah, I have no worries as long as you are in healthy and normal condition. love you :)

Isnin, 25 Ogos 2014

First present to her/him

Before this, you will never care what it is about. Once married and father to be, baru la mula mengoogle apa itu ini. 
My first present to her/him @ my baby sulong Insyaallah adalah baby carries carseat SCR 7. Mungkin terlalu awal disebabkan due date my wife end of this year tapi disebabkan harga yang berpatutan aku terus sambar dalam jualan online. haha

Original price: RM 249
Promo price: RM 190
Purchased price: RM 156.51..not bad kan

Where to buy: Lazada Malaysia , buy on Monday + promo master card.


Next target: baby kits and tools..hahaha