Memaparkan catatan dengan label Indahnya alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Indahnya alam. Papar semua catatan

Khamis, 24 Januari 2013

Utusan dunia.


People said no body perfect on this world.
But I hope they not forget for the past 1434 Hijrah ago,
the special one, perfect in everything was born as a messenger to the world.

Salam maulidur rasul.

Selawat dan salam junjungan keatas baginda Rasulullah, Muhammad S.A.W dan keluarganya.

Hanya satu doa, moga ku temuimu ya Rasulullah yang dikasihi di sana kelak.amin.


hafiz.

Khamis, 17 Mac 2011

Kertas dinding semulajadi

Aku dah tak tau nak post apa daa...So aku nak kongsikan kertas dinding (wallpaper) semulajadi yg boleh dijadikan sebagai dekstop background korang. Bila tengok pon rasa cool and calm kan. Gambar ni 100% original tanpa sebarang edited yang diambil masa kat Sedim dulu. Kalau nak klik pada image.


Indah bumi ciptaanNya
Inilah rupa aku punya latest dekstop 













Rabu, 22 Disember 2010

Fenomena Solstice 21 Disember




 Fenomena Solstice Disember berlaku apabila matahari mencapai pesongan sebanyak -23.5 degree dari Kutub Utara. Dengan kata lain, Kutub Utara berada pada kedudukan 23.5 degree menjauhi dari matahari. Mengikut calendar Gregorian, fenomena ini berlaku secara tahunan antara 20 dan 23 Disember. Pada tarikh ini semua tempat pada kedudukan atas latitude 66.5 degree ke utara berada dalam keadaan gelap(musim sejuk) manakala kedudukan bawah latitude tersebut iaitu bahagian selatan menerima cahaya matahari selama 24 jam(musim panas).
  


 Tetapi pada 21 Disember 2010, fenomena ini berlaku serentak dengan gerhana bulan. Kali terakhir fenomena solstis berlaku serentak dengan gerhana bulan tidak dicatat kerana terlalu lama iaitu 1638 Sebelum Masehi. Ada juga pakar yang mendakwa ia berlaku lebih awal iaitu 1544 Sebelum Masehi. Ia akan berulang lagi pada 21 Disember 2094.


SubhanAllah..Kuasa Maha Pencipta....

Ahad, 12 Disember 2010

Hujan: Auta dan Fakta

Auta
Sesapa yang tinggal di kawasan utara mesti sedar sekarang ini ialah musim hujan yang tak menentu. Tetapi tahukan korang terdapat papatah orang tua yang aku dengar berkaitan dengan hujan.

1. Kalau hujan bermula hari Jumaat selalunya ia akan berlarutan sehingga 2 atau 3 4 hari untuk berhenti.
2. Kalau hujan panas menandakan ada orang meninggal di kawasan setempat.
3. Kalau di hari kenduri tetiba hujan, orang cakap baling ja kain buruk atas khemah kenduri nanti hujan akan stop.

Bagi aku, itu semua hanyalah sekadar kata2 orang lama dan mungkin ia berlaku secara kebetulan. Yang penting hujan itu rahmat dan semua itu berlaku atas kehendakNya..


Fakta
So tadi kita bercakap yang auta mengenai hujan tetapi sekarang yang terang lagi bersuluh mengenai hujan ialah:

1. Kalau main hujan Insyaallah possibility nak dapat demam & selsema adalah tinggi.
2. Kalau dekat kampung aku dulu, hujan yang berlarutan 4 atau 5 jam banjir mesti berlaku.
3. Air hujan adalah satu daripada 7 jenis air yang di bolehkan untuk bersuci dalam Islam.
4. Bila hujan keadaan jadi sejuk. bila sejuk mata pon jadi kuyu. bila kuyu tidur adalah perkara yang paling ideal/best  ketika hujan. setuju?? hehe

Dan banyak lagi fakta mengenai hujan. Nak tahu lebih lanjut gunalah khidmat Uncle G a.k.a google..hehe

Rumah jiran aku yg dinaiki air.
Jalan masuk kekampung aku. Kalau perhati betul2 air yg kelihatan adalah sama paras dgn sungai yg sudah tak kelihatan. sorry gambar tak clear