Assalamualaikum.
Salam Ramadhan. Salam lebaran. Entry kali ini untuk
berkongsi sedikit sebanyak info mengenai service kereta aku, Proton Persona
Elegance auto. Last entry pada 2013. So ini adalah sambungan entry yang sebelum
ini.
Sabtu lepas, selesai service ~50k km tapi dilakukan di
workshop luar bukan di sc proton. Reason, warranty dah habis dan murah sikit,
dapat la save untuk raya.haha..
Sila rujuk rekod service aku dibawah sebagai rujukan. Baru
siap compiled since first service.
Kalau dilihat, ada item yang belum pernah diservice tapi
tersenarai. Tujuan utama adalah untuk kemudahan sendiri sebagai check in future
berdasarkan survey dalam internet dan buku panduan.
Sebelum itu, diharap korang jangan terikut bulat-bulat
dengan style service pada kereta aku sebab kadang-kadang aku pon tak follow
100% scheduled as recommended. Kereta sendiri, so boleh la nak plan sesuka hati
dan teratur tapi kena make sure la kereta still in good condition and no
problem. Reason tak follow, kekangan masa, kereta masih lagi ok dan nak bajet.
Ok, antara perkara yang nak diutamakan pada service Sabtu lepas
ialah minyak power stering dan brek selain daripada atf. Berdasarkan research,
minyak power stering perlu ditukar sekitar 40k tapi aku pada 50k. Korang boleh
check condition minyak terutama sekali dari segi colour. Kalau dah bertukar
gelap, better flush minyak baru. Kalau masih lagi ok, mungkin boleh topup
(dapatkan pandangan pomen masing-masing terlebih dahulu). Kalau service di sc
proton, minyak power stering digunakan adalah jenis yang sama untuk minyak ATF
atau minyak auto (SP3 atau XP3 yang paling latest dari Petronas). Tapi kalau
pergi bengkel luar, diorang akan guna minyak lain dan untuk kes aku, minyak
Honda digunakan. Menurut pomen, kalau guna minyak ATF,stereng kereta sedikit
berat. Tak pasti la betul ke tak tapi aku masih lagi dalam mood test untuk
melihat perbezaan. Bengkel akan flushing minyak lama dengan baru, memerlukan 3
liter (3 botol) dan total kos RM100.00 include labor charge. Tak sampai 15
minit dah siap. Tak pasti harga yang aku kena ini berpatutan atau tak.
Point no 2 untuk share ialah brake. Aku mengaku selama pakai
kereta ada ralat sikit dari segi pengetahuan dan penjagaan brake. Komponen
brake yang penting dijaga adalah brake disc dan brake pad. Bila first time
tukar brake pad(walaupon dalam hati rasa brake boleh guna lagi), barulah dapat
info sedikit sebanyak mengenainya. Kesan yang aku terima, brake disc dah dapat
kesan tak sekata atau perkataan lain permukaan disc dah tak rata disebabkan
brake pad yang dah keras (2 tahun 7 bulan, original brake pad BOSCH). So cara
untuk mengatasinya terpaksalah ‘skim’ atau bahasa mudah grind balik permukaan
tadi sehalus yang boleh. Kos RM 70 untuk kiri dan kanan.
Kesimpulan, total kos service pada ~50 k km adalah RM625.
Minyak digunakan Shell Helix HX7 10W/40 (RM119), ATF x 5 botol (RM154), air
filter (RM24, kat proton lagi murah RM16), oil filter (RM12), Fuel filter (RM38),brake
pad (RM78), trim disc brake (RM70), labor cost (RM30), tukar power stering
(RM100) total RM625.
Untuk brake pad , seperti diberitahu oleh pomen tersebut original
brake pad BOSCH adalah mahal sekali sekitar 300++, jenama Bandic sekitar 200++
dan paling murah RM78 macam aku guna sekarang. Setiap brand ada pro and contra,
BOSCH lembut, berbunyi dan berhabuk tapi lifespan ok. Bandic pon lebih kurang
sama, level pertengahan. Tapi yang paling murah ni tak berbunyi sangat tapi
makan disc dan lifespan tak lama. So aku kena extra concern la lepas ni, paling
kurang 6 bulan sekali kena check. Kalau kena tukar pon 78 ringgit je. Tujuan adalah
untuk meminimumkan disc cepat rosak.
Jadi, nasihat untuk korang setiap kali pergi service better suruh bengkel check
condition brake macam mana. Lagi satu
tip, selalunya brake belakang ditukar setiap 3 kali brake disc ditukar. Dan
penukaran brake ni adalah subjektif, bergantung pada pemanduan masing-masing.
Sesiapa yang selalu lenjan area bukit confirm la cepat haus berbanding yang
lenjan area highway. Auto dan manual pon ada kesan jugak.
Jadi, itu sedikit sebanyak perkara yang boleh dikongsi. Kos
penyelenggaran kereta memang melibatkan kos tapi satu perkara kena ingat,
keselamatan pemandu dan penumpang lebih diutamakan. Amalkan amalan preventive
maintenance.
Post terdahuku disini Proton Persona
Post terdahuku disini Proton Persona
Last but not least, pray for MH17 and Gaza. Allahuakbar!!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.