assalamualaikum readers..
Dah lama benar jari jemari ni tak mengupdate blog yg mana penah satu ketika dulu merupakan tempat aku berkongsi apa yang bermain di kotak fikiran. Entah masih ada followers pon aku tak sure, tapi yg pasti aku akan tetap pertahankan blog slagi hayat dikandung badan. Cuma pengisiannya tak la sekerap dulu.
Bila lama tak update,mesti la banyak menda nak share kan sampai aku sendiri pon tak tahu nak start yg mana dulu. Ok la,memandangkan sekarang dah bulan Disember,sedar tak sedar kita dah menghampiri tahun 2011. Wishlist korang macam mana, dah tercapai ke blom?Kalau dah tercapai tahniah aku ucapkan,kalau belom masih ada 15 hari yg tinggal mungkin masih sempat. Kalau masih tak tercapai jugak, senang cite korang cary forward je wishlist tu utk 2012 habis cite..
Untuk aku 2011 adalah tahun yang cukup bermakna. Kalau dibuat rangkuman sepanjang tahun banyak perkara penting yang berlaku. Antaranya tamatlah sudah zaman belajar yg penuh warna warni. When u already left student life, u will know how much u miss it. Korang tak kan selamanya jadi student life, suka atau tak ready atau belom u must face reality life after that, alam kerjaya. Alhamdulillah, rezeki dari Allah aku dipermudahkan mendapat pekerjaan. Cukup sebulan habis std, dapat keja kt kilang besi Ann Joo Integrated Steel pd 6/6/2011. My first job as an engineer :) I still remembered how I look on 1st day..hehe
Then pd Sept 24 menjadi impian setiap orang setelah berjuang berhabisan std iaitu konvokesyen day. Tahniah aku ucapkan pd semua rakan seperjuangan. Ok 3 wishlist dah tercapai;tamat std dgn jayanya, keja, konvo. Selain tu ada wishlist yg tak bape nk wish sgt tp Alhamdulillah tercapai gak. Have my own new car and also just now bought a new android. First time beb pkai touchscreen, kdg2 rasa noob pon ada..haha
Tahun 2012 bakal menyusul tak lama lg. Sampai hari ni kasih belom ada wishlist yang nak diletakkan sbg tagetnextz year. Tapi secara umumnya, just nk kukuhkan ekonomi diri. Dulu masa jd student tak byk sgt nk pikir duit nak habis kemana, yang tau utk makan, enjoy sket2, beli buku or bayar yuran. Tak cukup tak perlu risau, mum and daddy always have..haha. Tapi skrg byk komitmen,dpt gaji bkn sesenang leh enjoy. Yang penting perlu diutamakan mcm fmly,duit keta,std loan,rumah sewa,kad kredit,saving bla bla....Harap2 next year be more manageable in my financial.
Ok la, korang pon dah bosan kan dgr coleteh aku ni. Diharapkan wish2 2011 korang dpt dicapai. Tak salah kalau kita nak letakkan sesuatu sebagai matlamat, tapi biarlah ia disertakan dgn usaha yg bersungguh-sungguh dan ingatlah setiap apa yg kita capai semua tu anugerah dari Nya. syukur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan