Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah
Namun kini, keadaan umat
Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak
berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh
kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai
kesalahan. Antaranya:-
1. Berpuasa tetapi tidak
solat
sanggup berlapar dahaga tapi
tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi
dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa,
tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang
semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang
utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas
agama
aurat; lelaki memakai seluar
pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan
menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari
duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala
berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan
di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka
puasa
Mengikut hawa nafsu ketika
menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat
fitrah
8. Membiarkan atau
menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan
tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat
Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan
anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan
minum sahaja
Tidak menjaga anggota
pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;
Rasulullah SAW bersabda;
"Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak
mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental
dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
sepatutnya berbekal dengan
ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
"Maka bertanyalah kepada
orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda;
"Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan
agamanya." (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, tarawih ala
kadar
solat secara 'ekspress'; dan
juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga
menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca
ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil.
Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan
ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda
kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu
solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap
bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih.
Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga
Saf solat Tarawih tidak
dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Qur'an hanya
di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur
"Sahurlah kamu kerana dalam
sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata,
sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah
kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan
pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak
lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan
berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?” Jawab
Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".
Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".
Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan