Salam Aidilfitri,
Salam Syawal,
Salam Lebaran,
Salam mohon kemaafan..
2014, tahun yang paling diingati sepanjang hidup. Feeling raya dah berbeza berbanding raya-raya yang lepas. Bertambah ceria dan bermakna disamping insan tersayang. Baju sedondon, jalan seiring, makan bersama. Tahun ni menyambut raya di Kedah setelah persetujuan dicapai hasil rundingan yang bijaksana..hehe. Insyaallah raya haji akan datang dan raya puasa 2015 akan menyambut di KB.
Raya pertama dan kedua diisi dengan menziarahi jiran dan sanak saudara dikampung. Raya ketiga dah kena lapor diri ke pejabat tapi half day. Sebelah petang bergerak ke Perak beraya bersama sanak saudara disertai majlis Tahlil untuk arwah-arwah atok dan nenek. Al fatihah.
Raya ke 4, seawal pagi pukul 5 dah keluar rumah untuk menghantar cik puan ke airport. Kesian cik puan sorang-sorang kat rumah, so izinkan dia pulang ke KB untuk seminggu. Minggu depan Insyaallah aku pula akan menjemput cik puan di KB setelah urusan keja dah kurang sikit.
Akhir kata, raya tahun ni berdua, raya tahun depan bertiga! Insyaallah :)
tema matching dengan rambutan..haha |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan