Rabu, 4 Mei 2011

Selamat Tinggal USM


Akan ku kenang dalam hidupku
Desasiswa Jaya



KAMPUS KEJURUTERAAN
2007~2011

"Kau sentiasa di hatiku"



(maaf tuan punya gambar, aku cilok jap)

Cerita Tentang Kita


Mood tengah sedih nak tinggalkan kawan2 dan student life :(

Ahad, 1 Mei 2011

Sudah tiba masanya...4 tahun

Kepada rakan, sahabat, teman, kawan dan member...

Setiap yang datang, pasti akan berlalu. Begitu jugaklah setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kalau diimbas kembali tarikh keramat 30 Jun 2007, kali pertamanya kaki menjejak langkah di Kampus Kejuruteraan USM Transkrian, bukan  dengan sekadar langkah kosong tapi langkah yang membawa seribu harapan menggunung. Masih segar diingatan kenangan family datang bersama, dengan beg seduyun panjat tingkat 3 nak masuk desa buat kali pertama.

Bermulanya pertemuan yang tak disangka, yang datang dari pelbagai background. Ada dari kampung, ada dari pekan, ada dari bandar, malah dari seberang laut. Bermula dengan minggu orientasi, persahabatan mula terjalin walaupon disaat itu wujudnya shy shy cat dan agak blur dengan transformasi dari kehidupan biasa ke 'university student life'.Walaupon penat berjalan tiap2 hari ke dewan tapi tetap digagahi juga sebab takut  kena marah dengan abg2 akak2 faci.

Bagi pelajar jurusan Mekanikal, orientasi diteruskan untuk school bertempat di Teluk Bahang Pulau Pinang. Dari situ, semakin rapatlah talian persahabatan sesama masing-masing. Tidur sekhemah, mandi sesungai dan setandas, makan semenu, buat aktiviti sekali dan banyak lagi la kenangan bersama masa camp tersebut. Selepas itu, makin akrab la persahabatan masing-masing, dan sifat atau perangai sebenar mula muncul dalam diri masing-masing dari tahun ke tahun.
Kenangan Teluk Bahang Camp 2007
Itu semua 4 tahun yang lepas, sekarang sudah tiba masanya kita membawa haluan masing-masing. Kalau korang tak sambung master, makan disinilah titik nokhtah dunia pelajar yang penuh warna warni bermula dari tadika sampai la sekarang. Tapi tak bermaksud dari terus berhenti belajar dan belajar kan dalam kehidupan?Tipulah kalau aku cakap yang kegembiraan tamat menjadi pelajar mampu menghilangkan atau mengatasi rasa kesedihan berpisah dengan kehidupan ini. Kalau tak rasa apa2 mungkin keras jugak hati korang kan. Pengalaman hidup susah senang bersama kawan-kawan memang indah. Tak ternilai harganya. Kalau nak diimbas satu persatu mungkin korang akan tutup page ni sebelum sempat habis baca sebab banyak sangat nak diimbas. Kalau kenangan tersebut dapat dirakam atau dicompile menjadi satu file, rasanya hard disc 1 tera pon belum tentu cukup. Semoga kenangan kita semua sentiasa segar dalam diri masing-masing selepas ini.

Lepas ni tiada lagi masa untuk rilex2 sekiranya dah bekerja. Bak kata En Lan mungkin lepas ni, masing-masing dah ada kerjaya tersendiri:Engineer, HR, mahupon businessman atau cikgu. Dan tak lupa mungkin juga akan bergelar pensyarah. Tiada lagi kehidupan pelajar yang penuh dengan masa rilex walupon kekadang buat kepala otak bergegar dengan stress belajar. Mana boleh dapat bangun pagi pukul 9.55 sedangkan kelas pukul 10, mana boleh dapat pengalaman siapkan asignment pukul 4.50 sedangkan masa kena hantar pukul 5, mana boleh tengok movie atau main game secara ramai tiap-tiap hari sampai 2 3 pagi, mana dapat sharer2 yang tak jemu berkongsi bahan-bahan berguna untuk hiburan bagi menghilangkan bosan dan stress belajar, mana ada tempat dpt connect interenet free 24/7  kecuali kena block, mana lagi boleh tidur lewat lewat 2 3 pagi, mana lagi boleh dapat keluar makan beramai-ramai dari warung kecik pekena cendol tepi longkang hinggalah ke hotel berbintang tepi laut..dan banyak lagi laa...tu semua hanya boleh dilakukan bila dah lalui student life.

Kalau dulu 1 July 2007 adalah minggu pertama di USM, tapi hari ni 1 May 2011 adalah minggu last di USM. Hanya menghitung hari untuk meninggalkan jejak langkah buat kali terkahir, hari perpisahan bagi semua. Semoga selepas ini talian persahabatan kita tetap kukuh walaupon nanti pasti busy dengan life masing2. Rasanya tak cukup nak gambarkan perasaan di USM selama 4 tahun dengan hanya buat entry ni yang tak sampai 5 minit baca tapi sekurang-kurangnya ingatlah yang kita semua pernah bersama-sama menempuh kehidupan yang cukup bermakna selama bergelar pelajar universiti.

Sebagai penutup, maaf kalau entry terlalu panjang atau agak feeling2 or tacing2. That is the human being. Kesempatan ini nak minta maaf ada salah dan silap, semoga jasa, pengorbanan, penat lelah masing-masing diredhai dan diberkati Allah. Juga jangan dilupakan individu2 yang banyak berjasa especially lecturers yang tak jemu mendidik kita, dan semua guru2 kita dari dulu sampai sekarang. Semoga Allah shj mampu membalas jasa mereka. Dan diharapkan semoga semua rakan2 aku especially dari school mechanical akan succes dalam setiap apa yang dilakukan lepas ni. Last from me, I love u all!!

~ikhlas dari Apis Mech~


Agak-agak korang sayu tak bila kenangkan semua ni?

Dan selamat bergembira setelah bergelar graduan USM :)