Selasa, 20 Disember 2011

kahwin!!!

Malam ni mood nak menulis yang suam2 kuku datang balik. Ini di dorong oleh keja malam tapi operation shut down, so apa lagi aku boleh buat. Dah tak larat nak layan fb, apatah lagi nak layan awek sebab awek pon tak ada. Malam ni feel pon macam mula2 masuk keja dulu dan bila waktu malam boring tahap gaban tak tahu nak buat apa. Tu semua dulu, sekarang dah lain.

Aku nak kongsikan sesuatu dengan korang semua tentang satu perkara yang entah macam mana sejak dua menjak ni sering bermain2 di kepala otak. Pasal kawen. Aku syak ada beberapa faktor yang menyebabkan otak aku terlintas pasal kahwin ni antaranya.

1. Kerap terserempak dengan pasangan muda yang dah kawen kat apartment aku. Majoriti penghuni area kawasan tu adalah golongan muda-mudi yang bekerjaya. Bila tengok, terdetik perasaan wahh bahagianya tengok diorang ni. Dah la sama padan. Sweet2 je..hahaha

2. Ramai kanak2 kecik yang comel. Time petang je riuh rendah kawasan apartment dengan kelibat mereka. Tengok pon tenang je. Kalau dah budak comel, datangnya dari mana? Takkan pungut tepi jalan kot. Mesti la hasil perkahwinan parent diorang kan.

3. Mungkin faktor kehidupan aku kini yang dah berubah sedikit. Maksud aku kalau korang dah ada keja, keta, rumah untuk berlindung walaupon masih sewa dan sumber kewangan yang boleh dikatakan stabil walaupon tak semewah mana. Apa lagi yang kurang??yaa..pasangan hidup. Bagi yang kapel ok la, ada gak teman tapi yang single macam aku pe cer. Tapi kapel pon blom tentu akan menjamin korang akan mendirikan rumah tangga. Bagi aku kalau la boleh nak je terus cari calon isteri, bukan lagi cari awek. Semoga Allah membuka jalan akt aku..aminnn.

4. Yang keempat ni sampai aku sendiri pon tak terjawab. First time mak aku tanya dah ada calon ke belom dua bulan lepas kot. Tak penah2 lagi tanya kat anak teruna dia ni. Setakat tanya tak pe la tapi siap bagi suggestion lagi ada la bakal cikgu sorang tinggal dikampung sebelah. Nak boleh je mak tolong rekemenkan. Speechless aku time tu then terus berlalu dengan senyum2 kambing. Sampai ke hari ni mak aku tak tya dah. Ada plak technician tempat keja nak perkenalkan anak saudara dia, pensyarah lak tu. Lagi skali speechless aku. Apa2 pon semua tu bukanlah pertanyaan serius, sekadar suka2 dan bergurau tapi kalau di ambil serius mungkin menjadi realiti. Pertanyaan sebegitu sedikit sebanyak member kesan kat aku gak.
Sekarang 2011, next year 2012. Jauh sudut hati aku kalau boleh 2013 biarlah ia menjawab segala galanya persoalan ni.

*agak2 la kana apa la bakal isteri aku tengah buat sekarang ye*

5 ulasan:

me suya berkata...

menantu pilihan ni gamaknya pis :)

Tanpa Nama berkata...

cuba dalam solat doakan jodoh cepat.insyaAllah Dia bagi

Adib berkata...

aku pun pikir pasal kawen jugak skg ni, tp kena kumpul duit dulu, walau pun kau xde awek lg, bagus kau mula menyimpan utk kawen skg..

story of mine berkata...

jap..nak gelak kaw2..hahaha

dah wajib kawen ni. hahaha

-apis- berkata...

hehehe...