Jumaat, 3 Februari 2012

Parit Haji Amin

Batu 4, Parit Haji Amin, Kuala Kurau. Kampung kedua selepas Kedah. Tempat dimana mak aku dilahir dan dibesarkan. Banyak kenangan dan memori sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Parit atau tali air seperti gambar dibawah merupakan tempat yang paling digemari. Mandi manda dan tangkap belut aktiviti wajib. Yang menarik kat kg ni penduduk masih menggunakan tali air sebagai port untuk mandi ketika itu sebab boleh berendam. Air pon boleh tahan sejuk. Lagi satu kadang2 orang berkemban pon aku terserempak..haha. Tapi itu dulu, sekarang pondok-pondok mandi pon dah makin berkurang. Dulu boleh dikatakan 60% setiap rumah ada pondok mandi kat tepi parit. Selain itu bahasa parit yang pelik tapi unik didengar. Mak aku pandai bercakap bahasa parit tapi malangnya aku tak menuntut ilmu tu plak.

Bawah adalah gambar latest keadaan persekitaran Parit haji Amin. Lawatan ini sebab menziarahi tok yang sedang sakit 2 3 hari lepas. Hanya dia seorang yang tinggal dan berumur sekitar 80 lebih. Masa study kat USM engineering campus kerap juga aku melawat tapi sejak kebelakangan ini kesihatan dia agak terganggu. Aku doakan semoga tok cepat sembuh....aminnnn


Keadaan aprit yang kering.



ENTRY DI EDIT PADA 28 JANUARI 2012

(tak sempat post)
********************************************************

Tepat pukul 10.30 malam 30 Jan. sedang aku enak makan mee goreng basah dekat kantin tempat kerja, tetiba dikejutkan dengan deringan Katty Perry. Dekat screen dah tertera panggilan mak. Seperti yang diduga, itu adalah panggilan untuk memaklumkan bahawa tok aku sudah meninggal dunia. Innalillah...

Masih teriang-iang kat telinga aku masa aku melawat minggu lepas. "Kalau tok dah sembuh nanti tok ikutlah hangpa balik kedah". Sebelum pulang, kami sekeluarga bawa tok pergi rumah mak sedara yang terdekat sebab ada orang yang boleh tengokkan nanti. Kalau dia tinggal sendirian kat rumah di parit nanti tak ada sapa boleh tengokkan. Tak sangka itu adalah kali terakhir tok keluar dari rumah sendiri dengan kudrat yang masih ada tetapi pulang dengan jasad yang terbujur kaku dengan diiringi van jenazah. Dan bermakna aku sudah tiada lagi grandma and grandpa dimuka bumi ini.


Sentiasa roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan yang beriman. Kami semua amat terasa atas kehilanganmu.


AL-FATIHAH



cucumu.....


1 ulasan:

Miss Mala Norfiqz berkata...

Nak tanya kat kampung tu ada istana puteri kan...Betul ka orang tu pandai berubat?