Isnin, 23 April 2012

Isu PTPTN

Sekarang ni isu hangat yang sedang dipermainkan menjelang pilihan raya ialah pemansuhan atau hapuskan ptptn dengan erti kata sesapa yang dah 'terlanjur' berhutang dengan ptptn automatiknya terlepas dari membayar. Macam menarik kan kalau ia menjadi kenyataan. Ia mungkin salah satu agenda sesetengah pihak bagi memancing undi menjelang pilihan raya nanti.

Ok, aku bukan nak membangkang ataupon mengiyakan hal ini sebab aku antara puluhan ribu peminjam ptptn yang masih belum berbayar. Cuma disini aku nak berkongsikan pendapat aku yang berkaitan dengan ptptn. Pertama hal memansuhkan ptptn. Ada pro dan kontranya. Yang pro ialah ramai yang menarik nafas lega kerana tak perlu bayar hutang dan bebas dari cengkaman ptptn dalam hidup. Aku pon akan tumpang gembira, duit yang sepatutnya untuk ptptn dah boleh guna untuk bayar bil2 yang berkaitan. Yang kontranya 'kemungkinan' kerajaan akan menarik kos pemansuhan ptptn kepada kos yang lain, seperti menaikkan cukai bagi menampung hutang peminjam ptptn. Dan dari segi peluang pendidikan especially budak melayu kita nak sambung pelajaran ke ipta mungkin terbantut dek kekangan mencari duit untuk membayar yuran nanti. Lain la kalau mak pak kita jutawan ataupon kerajaan Malaysia sangat berbaik hati dengan sanggup berikan biasiswa kpd semua yang layak ke ipta. Kalau dah anak melayu kita tak berpeluang mendapatkan pelajaran ke tahap lebih tinggi, apa nak jadi dengan masa depan kita?nak merempit kat jalan?

Yang kedua, pasal karenah birokrasi ptptn yang membuatkan aku terkilan. Aku tamat belajar bulan Mei 2011 dan sampai sekarang masih belum mendapat sebarang surat yang menyatakan dengan lengkap bila, bagaimana dan berapa jumlah yang sepatutnya perlu dilangsaikan dalam tempoh berapa tahun. Tapi haram sepucuk surat pon tak sampai. Bila semak secara online ptptn dah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak rm65 sebulan. Dah hampir 10 bulan, tak kan tu pon tak mampu nak buat untuk sediakan detail pinjaman aku dulu. Mungkin diorang boleh bagi alasan, adek tak tak tahu ke ptptn caj perkhidamatan sudah sudah termaktub dalam surat perjanjian yang telah dipersetujui bersama dan akan dikenakan selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman tetapi ingatkah diorang bahawa tu 4 tahun yang lepas bukan 4 bulan yang lepas. Mana la nak ingat semua tu, yang tau cukup sem dapat duit then cucuk atm. Then habis belajar kena bayar balik. Tu je...

Cadangan, tolonglah kemaskini kan surat pembayaran balik peminjam jangan la duduk diam je then kenakan caj perkhidmatan. Aku bukan nak marah dengan caj tu <walaupon agak tinggi> tapi sekurang-kurangnya informlah dulu supaya aku dapat planning pembayaran dengan teratur. Bukan masalah liat nak bayar, tapi kadang2 sebab macam ni lah ramai ex-student berasa ralat dengan ptptn. Siapa yang patut dipersalahkan? Akhir kata, memansuhkan ptptn bukanlah satu idea yang bernas lagi bijak tetapi sekiranya caj perkhidmatan dihapuskan itu adalah yang terbaik dan wajar. Lagi satu hukum membayar hutang adalah wajib, so renung2 kan lah....

sekian dari peminjam ptptn untuk 1 malaysia...

3 ulasan:

Aieda Adnan berkata...

tepat skali pit..kite ni seia sekata r..haha

-apis- berkata...

seiring dan sejalan

hahahaa

me suya berkata...

betul2,even suya tak amik loan ng ptptn tp the truth is true.. dah sign kontrak berhutang, so wajib bayar