Tiada tujuan lain, sekadar meraikan dan mengenang jasa yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Ann Joo walaupon yang nak resign dah tawar hati untuk meneruskan khidmatnya.
Bawal 7.0, makan tengah hari ramai-ramai dengan kos sendiri dan kebanyakkannya adalah drpd eng batch awal untuk projek Blast Furnace. Tujuh point kosong, bererti 7 edisi telah dijalankan dan bermakna 7++ engineer yang resign dah diraikan (kalau ikutkan lebih dari tujuh sebab ada yang tak sempat buat). Nama bawal diambil sempena menu restoren di Restoren Nelayan dan menu kegemaran adalah bawal goreng. Idea untuk meletakkan versi 1.0, 2.0 dan sebagainya berpunca daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur kerana ketika itu hangat dibincangkan dipelusok alam. Ini semua salah Ambiga!
Yang baju opis boy adalah ex Bawal 6.0, sekarang di Continental dan yang Barca tu keja night shift masih lagi setia dengan Annjoo. |
Persoalannya sekarang bila dan siapakah Bawal 8.0??Tunggu..