Sabtu, 13 April 2013

Bawal 7.0

Sudah menjadi tradisi setiap yang datang akan pergi, tak akan kekal. Di tempat kerja, simboliknya jika ada engineer lama yang nak resign pasti akan ada majlis makan-makan yang ditanggug masing-masing kosnya dan official farewell yang (selalunya di sponsor oleh bos).

Tiada tujuan lain, sekadar meraikan dan mengenang jasa yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Ann Joo walaupon yang nak resign dah tawar hati untuk meneruskan khidmatnya.
Bawal 7.0, makan tengah hari ramai-ramai dengan kos sendiri dan kebanyakkannya adalah drpd eng batch awal untuk projek Blast Furnace. Tujuh point kosong, bererti  7 edisi telah dijalankan dan bermakna 7++ engineer yang resign dah diraikan (kalau ikutkan lebih dari tujuh sebab ada yang tak sempat buat). Nama bawal diambil sempena menu restoren di Restoren Nelayan dan menu kegemaran adalah bawal goreng. Idea untuk meletakkan versi 1.0, 2.0 dan sebagainya berpunca daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur kerana ketika itu hangat dibincangkan dipelusok alam. Ini semua salah Ambiga!

Yang baju opis boy adalah ex Bawal 6.0, sekarang di Continental dan yang Barca tu keja night shift masih lagi setia dengan Annjoo.
  Untuk Bawal 7.0, aku doakan beliau akan succces dengan perjalanan kerjaya yang baru. Thank a lot for guidances, jumpa lagi next time.

Persoalannya sekarang bila dan siapakah Bawal 8.0??Tunggu..

Tiada ulasan: