Khamis, 30 Disember 2010

Aku pon nak cerita gak...

Hampir separuh blog update list aku semua cerita pasal Malaysia menang semalam. Dan yang paling hot cerita GK Khairul Fahmi. Especially ladies semua dah mula cari2 maklumat pasal dia. Ni yang aku jeles ni..hahaha

Apa2 pon tahniah kpd harimau Malaya sebab berjaya satukan persaudaraan antara musuh2 bola. Korang faham x? Ye la, mana kan tidak fan fanatik chelsea, arsenal, man u dan loser aka liverpool boleh duduk semeja sokong Msia. Ni satu keajaiban. Kalau sebelum ni masing2 dok perlekeh team lawan, sekarang dah bergabung bagi pendapat team Msia.

Tetapi tu semua hanya lah sementara ja atau perkataan yg lebih tepat hanyalah lakonan semata2. Sebab epl ada half season lagi dan man u masih lagi kat top league dan sememangnya akan kekal smpai abes season. Lepas ni pertengkaran akan sambung balik..hahaha

Sebenarnya aku tak ada kelas so dapat la update blog hari ni. Esok PM umum cuti tapi tak ada makna pon bagi member2 aku sebab kami tak kelas dah sememangnya cuti!adeiii...boleh tak ganti cuti esok ke hari isnin??

Soalan trivia-Harimau Malaya dah mula berangan2 nak layak ke piala Asia dan world cup ke lepas ni???
Semoga angan2 ni semua menjadi kenyataan. Tak mustahil kan....Malaysia Boleh!!

Selasa, 28 Disember 2010

Status up to date

Memandangkan hari ni merupakan cuti yg official bg aku sbb kelas tak ada menyebabkan aku rajin mengupdate blog ni. Lagipon report fyp aku pon dah settle so boleh la membebel kt sini. Kalau agak bosan jgn korang baca k. Ada aku kisah..hoho


Sejak Malaysia mng dgn Indo tempoh hari, macam2 status keluar. Menang laser la, si markus botak la, dan yg paling latest dalam berita harian siap ada laporan kononnya Malaysia pakai dukun plak. Apa ke menda la diorang ni. Dah kalah sudah la, terima realiti. Ok, full stop about AFF cup, just wait tomorrow night.

Nak cita sket keadaan suasana terkini kt campus menyebabkan aku ada sket idea nk blog. First sebab duit jpa n pt belum masuk. So antara status fb or ym yang di luahkan oleh insan yang x puas hati & hampir mencetuskan reformasi kecil kecilan kt laman web sosial adalah:

"duit tak masuk lagi...so makan langsir je la rebus buat sup"
"kalau makan separuh simpan kt paru2, sok bru turunkn kt perut"
"jpa x masuk lg, selamat berdiet untuk semua"
"jpa bulan 2 masuk?gila!tiap2 ari makan meggi la cam ni"
"Akaun bank ada Rm 13 ja..jpa 3 mnggu lg..mampoih mcm ni..ada sapa2 kenal Ahlong x?"


Second, hari ni campus aku di isytiharkan bekalan air tak ada. 7am to 7pm. Dan status yg sempat ak view:

"morning semua..awai bgn hari ni p toilet..haha"
"air x da, toilet dh penuh pkol 6"
"sy dah mandi..anda ble lg..xkn nk tunggu air habis kot..haahaha" forward by nyon tekek pg2 buta
"yeahh...aku mandi awal..hahaha" mungkin 1st time dia mnd awal kot
"sesapa yg x sempat mnd cari la perfume cpt2"di tujukan bdk tegar bgn awal kot

Sorry pinjam sat status korang,malas plak aku nk bg link korang..hehe

Eh,lupa lak..team dubuk liar (pinjam kata sokernet) aka celsea di ayamkan oleh meriam..good news..haha


UPDATE 1.55pm,28/12/2010..........................


Hujan turun tgh hari ni. So tak payah risau kalau air tak ada. Pegi ja bawa sabun n syampo kat tgh hujan mandi.. lagi satu kesian tengok adik2 junior jalan g kelas meredah hujan..time2 mcm ni mmg enak klu stay kt bilik bersama bantal dan tilam. Apa2 pon semangat dan kerajinan mereka harus di puji awal2 sem mmg la semangat..aku pon rajin gk cuma tak ada kelas je pon..hahaha..

Isnin, 27 Disember 2010

10 unusual buildings in the world Part II


1. Bahá'í House of Worship (Lotus Temple) - Delhi, India 

2. Basque Health Department - Bilbao, Spain  
Serves as a government health headquarters. 

3. Beijing National Stadium - Beijing, China
Venue for Olympic Beijing
4. Chapel of the Holy Cross - Arizona, USA 
The building was completed in 1956!One year before our independence day.
5. Kubuswoningen (Cube Houses) - Rotterdam, The Netherlands
Amazing building. How can they stabilizes the structure to a crazy 45 degree. Consists of 38 cubes in all
 6. 30 St Mary Axe (The 'Gherkin') - London, United Kingdom 
It is a skyscraper set in the financial district of the city of London. I think who was study there must be familiar with this building.

 7. Solar Ark - Gifu Prefecture, Japan 
This isn't a building, but a solar power generation facility and one of the biggest in the world. Generate 630kW

 8. Ray and Maria Stata Center - Massachusetts, USA  

It's an academic complex and now a fully functioning academic center and college facility. 
 9. Walt Disney Concert Hall - California, USA 
Officially opened in 2004.
 10. Zénith Europe - Strasbourg, France
It is a large-scale entertainment venue for music.

Ahad, 26 Disember 2010

Selamat masuk ke sekolah murid2

Korang jgn salah tafsir plak sekolah di atas tu. Sekolah di sini bermaksud pusat pengajian aku..hehe. Dalam bahasa asing di panggil " School of ......." 

Esok member2 yg study di usm akan memulakan sem II untuk sidang akademik 2010/2011.
Bagi aku dan kawan2, ini adalah sem terakhir kami. Cepat masa berlalu,pejam celik tido dah sampai last sem.

Sem ni jugak geng final year especially school mechanical eng memang rilex sakan sebab kelas hanya hari isnin dengan khamis. Total 5 jam seminggu. Best x? Waktu2 yang lain boleh la buat final year projek di samping aktiviti tambahan yg lain main game, tido, tengok movie,jalan2,blogging

So pesanan aku kpd kawan2 janganlah malas ke kelas untuk terakhir kali ini. Lain la kalau teringin lagi nak ke kelas tahun depan, selalu lah ponteng kelas sem ni ok sebab kena repeat lg nanti.

Kepada kawan2 yg still kelas mcm hari bekerja, sampai celik2 mata pon tak ada benda lain nak fikir selain mandi g kelas jgn lah jeles plak k. Set la alarm betul2 jgn smpai geng kelas dua kali seminggu tergangu tido diorang. Takut nanti terjejas tido yang lena..

Ok la, tulis panjang2 pon nnt korang malas baca pulak. Malam ni rasanya tak dapat nk blogwalking sebab kena ballwalking plak. First sokong Malaysia kat Bukit Jalil lepas tu kena fly g Old Trafford lak sebab Ferguson n da geng dah tunggu..


" Welcome Back To the School "

Apa ada dengan Sungai Lui??

Sebenarnya Sg Lui adalah tajuk lagu. Mungkin ramai yg penah dengar.
Walaupun dah lama kat radio tapi aku suka lagu ni.
Entah la mcm mn dapat ilham Sg Lui dalam lagu ni.
Melodi yang calm n rilex mcm air sungai kot..Nice song by Aizat


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Korang tahu Sungai Lui kat mana? Dengan bantuan Uncle G & Auntie Wiki Sg Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor. Dato Yusuf Haslam ada mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d'Haslam. 


Dengar kata ada air terjun kt sana. Kalau la betul gambar ni kat sana, buat terjun batu anjal or freestyle pon best ni..teringat aktiviti time kanak2 riang dulu...haha

Sabtu, 25 Disember 2010

10 unusual buildings in the world

"Dancing" building? Twisted-shaped house? Hotels that look like UFOs from afar? As impossible as it may sound, these buildings actually exist! Let's we discover it around the world without any fly tickets =)

1. Wozoco Apartments (Amsterdam, Holland) 
It was built more than 55 years ago and it consists of 100 homes.
 2. The Crooked House (Sopot, Holland) 
Others call it as "Crazy House".
 3. Blur Building (Yverdon-les-Bainz, Switzerland) 
The primary building material is water from the lake. Water is pumped from the lake, filtered and shot as fine mist through high-pressure mist nozzles.
 4. The Dancing House (Praque, Czech Republic) 
Or called as 'drunk house'.
 5. Device to Root Out Evil (Vancouver, Canada) 
It was originally proposed to be installed at Stanford University, California but the proposal was rejected. Finally it bought over by a private foundation.

6. Reversible Destiny Lofts (Mitaka, Japan)
The colorful building 
 7. UFO Houses (Sanjhih, Taiwan)
Built in 1978 but the developer went bankrupt before project was completed. There had been rumours that the place was haunted.
 8. Wooden Gagster House (Archangelsk, Russia) 
The 13-floor wooden house is said to be the highest wooden building in the world.
 9. Le Palais Idéal a.k.a. Ideal Palace (Hauterives, France) 
Built in April 1979 and inspired by a stone.
10. Waldspirale Building (Darmstadt, Germany) 
The strange building consists of 1,000 windows, with none of them are of same shape.

Jumaat, 24 Disember 2010

Penantian berakhir..

Dua tiga hari ni aku asyik tunggu hari jumaat ja..

Sebab result sem 7 akan keluar..haha

So pepagi lagi dah bangun punya semangat nak check.

Dan keputusannya syukur Alhamdulillah. Walaupon tak cemerlang mcm Albert Einstein tapi masih ok la.

Terima kasih pada semua. Tinggal 1 sem lagi untuk aku n member2 aku menamatkan perjuangan kami.

Tahniah untuk semua~~~

Khamis, 23 Disember 2010

How to speed your Firefox


1. Buka firefox dan taip kekunci about:config di kawasan url address
2. Kemudian masukkan kekunci ini

network. http.pipelining
network.http.proxy.pipelining

Kemudian double klik setiap satu ini dimana nilainya akan berubah dari false kepada true

3. Kemudian masukkan kekunci ini pula

network.http.pipelining.maxrequests

double klik dan gantikan dengan nilai 8

4. Right-click dimana-dimana dan pilih New –> Integer. Namakan ia sebagai
 nglayout.initialpaint.delay dan setkan nilai kepada 0.

5. Right-click dimana-dimana dan pilih New –> Integer. Namakan ia sebagai
 content.notify.interval dan setkan nilai kepada 500000

6. Right-click dimana-dimana dan pilih New –> Boolean. Namakan ia sebagai
 content.notify.ontimer dan setkan nilai kepada true

7. Right-click dimana-dimana dan pilih New –> Integer. Namakan ia sebagai 
content.switch.threshold dan setkan nilai kepada 250000

8. Right-click dimana-dimana dan pilih New –> Boolean. Namakan ia sebagai 
content.interrupt.parsing dan setkan nilai true

9. Bagi sesetengah OS yang masih belum menggunakan IPv6, adalah digalakan untuk disable kan fungsi ini network.dns.disableIPv6 dengan mencari key ini dan double klik untuk menukarkan nilai false kepada true.

Aku dah try. Not bad..
Tetapi sesapa yg dah try boleh bg komen k..



Kredit kepada ohdaus > yiedpozi > mrfathi 
(Just to share good info with others, if the info owners want me to delete this entry I will do )

Rabu, 22 Disember 2010

Makanan hati...

Dah lama aku cari tapi sekarang baru jumpa sebab taip keyword yg tak tepat. Sungguh syahdu..



Kalau dalam sehari kita boleh mendengar lagu sampai 5 jam apa salahnya kita ruangkan sedikit masa mendengar ayat suci Al-Quran. Tak rugi, siap dapat pahala lagi. Betapa lalainya kita termasuklah diri aku.


Alangkah bagus kalau masjid kita ada imam macam video di atas. Insyaallah pasti ramai yg datang. 
Sesungguhnya ayat suci Al-Quran itu indah. Buat apa malu nak menitiskan air mata apabila dengar bacaan yg syahdu. Itu tandanya walaupon hati kita keras mengalahkan batu ataupon diamond (the hardest material)  tapi masih mampu di lembutkan dengan bacaan Al-Quran.
Sekadar memperingati sesama sendiri termasuk diri ni yg banyak melakukan kesilapan. 
Hepy2 jugak tapi kena ingatlah satu hari nanti pasti kita akan ke sana juga. :)

Fenomena Solstice 21 Disember




 Fenomena Solstice Disember berlaku apabila matahari mencapai pesongan sebanyak -23.5 degree dari Kutub Utara. Dengan kata lain, Kutub Utara berada pada kedudukan 23.5 degree menjauhi dari matahari. Mengikut calendar Gregorian, fenomena ini berlaku secara tahunan antara 20 dan 23 Disember. Pada tarikh ini semua tempat pada kedudukan atas latitude 66.5 degree ke utara berada dalam keadaan gelap(musim sejuk) manakala kedudukan bawah latitude tersebut iaitu bahagian selatan menerima cahaya matahari selama 24 jam(musim panas).
  


 Tetapi pada 21 Disember 2010, fenomena ini berlaku serentak dengan gerhana bulan. Kali terakhir fenomena solstis berlaku serentak dengan gerhana bulan tidak dicatat kerana terlalu lama iaitu 1638 Sebelum Masehi. Ada juga pakar yang mendakwa ia berlaku lebih awal iaitu 1544 Sebelum Masehi. Ia akan berulang lagi pada 21 Disember 2094.


SubhanAllah..Kuasa Maha Pencipta....

Isnin, 20 Disember 2010

FYP (3)


Time: 3.01 am
Date:12/20/2010
Playlist song: Just a dream by Nelly (memang sesuai sgt time ni nak dream)


Di sebabkan game Man U dgn dubuk liar aka Chelsea ayam di tunda sebab keengganan both team tak nak pakai snood so aku ambil masa yang sepatutnya bersorak ke masa yang lebih berguna iaitu siapakan report FYP aku. 
Tambahan plak entah macam mana boleh tertidur tadi lepas isya. Ni semua gara2 journal yang aku baca. 
Bila bangun tengok lantai ja yang bacakan untuk aku.
For chapter 1 and 2 currently about 90% is done!!Maybe tuesday can submit to my big bos. And tomorrow planning is going to bengkel.

Dan tak lupa jugak, musim final exam dh habis so sekarang musim menuai hasilnya. Entah menjadi atau tak. Antara gomelan member aku:



 Kita tunggu je la pagi sok...

Tak lupa juga Tahniah kpd Harimau Malaya, antara defend terbaik di dunia. Jumpa final nanti dgn Indon smoga berjaya. Nanti jgn lupa baca doa b4 main sbb takut Indon jampi..haha (gambar tanpa kebenaran dari Berita Harian)

Ok, selamat malam (ala2 lagu faizal tahir)


Previous post about fyp

Ahad, 19 Disember 2010

Apabila budak baru belajar ambil gambar-PART I

Inilah hasilnya apabila budak baru belajar ambil gambar guna camera DSLR. Gambar berkelajuan cahaya yang penuh dengan mistik dan karya seni akan tercipta. Bukan senang nak tengok gambar macam ini, comfirm punya tak akan ada dalam fb atau twitter.

So aku bawakan exclusive untuk tontonan umum yang belum pernah lihat..Free of charge!


Waris jari hantu



Alam bunian..





Ramai yg cakap inilah rupa sebenar Ghaffar Ghaib (peserta akademi bomoh dlm Oyeahh!)



Penunggu parking kereta.Sesapa tak bayar dia ikut sampai ke rumah



Adik Ghaffar Ghaib yg di kenali sebagai Hollow Man


Tunggu PART yang seterusnya pada hari dan waktu yang tak sama......



Jumaat, 17 Disember 2010

Korean Addicted

Snow Queen
 


3 hari 2 malam masa aku terbuang melayan drama ni...masa main terpaksa di korban, masa untuk fyp di kurangkan. Ini semua gara2 rumate dan kawan2 aku yang layan drama Korea. Salahkan orang kan lain pulakk..Lepas ni kena fokus buta keja pulak..hehe

Moral of story, be yourself and life must go on even its difficult to face.

" Terus hidup, hidup dengan lebih baik, kadangkala keseorangan, kadangkala bersama...biarpun tak boleh selalu bersamajuga tak apa..."

Khamis, 16 Disember 2010

Seruan Azan

Setiap hari kita mendengar azan di laungkan sama ada di tv, radio, surau ataupun masjid. Aku tak nak tulis2 banyak, jadi aku ringkaskan beberapa perkara mengenai azan. Kalau buat entry panjang2 pon rasa macam malas ja nak baca kan macam aku.Rasanya korang semua mesti pernah tonton tayangan di Astro Oasis mengenai laungan azan dengan persembahan audio yang menarik. Antara faktanya ialah;

1. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur.

2. Akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
 
3. Belum pon sempat azan selesai di Indonesia, tiba pula di Malaysia di ikuti Burma dan Dacca di Bangladesh (selepas sejam azan di Jakarta).

4. Seterusnya ke Calcutta dan ke Srinagar di barat India. 

5. Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan.

6. Belum sempat selesai di Pakistan, azan bermula di Afghanistan dan Muscat (di Oman) seterusnya dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. 

7. Berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa bermula dari Indonesia hingga ke timur Atlantik ialah 9-1/2 jam.

8. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.    

Di petik dari http://kongsakongsi.blogspot.com/2010/06/adab-mendengar-azan.  tanpa kebenaran. Harap maaf tuan blog, kalau tak dibenarkan saya akan delete.



Sedikit info tambahan. Tak nak baca pon tak mengapa.

1. Menjawab azan dengan yakin akan di janjikan syurga. Rujukan disini. Tetapi hukum bukanlah wajib. Rujukan di sini

2. Disunnahkan bagi orang yang mendengar azan adalah bila selesai menjawab azan, ia berselawat untuk Nabi Muhammad S.A.W.Rujukan disini

3. “Ada dua doa yang tidak ditolak –atau sedikit sekali ditolak– yaitu doa setelah adzan dan doa ketika perang saat sebagian mereka merapat dengan sebagian yang lain.” (HR. Abu Dawud no. 2540, hadits ini dishahihkan dalam Shahih Abi Dawud). Erti kata lain waktu antara azan dan iqamat. Rujukan disini

Maaf kepada pembaca kalau entry ni panjang gak. Aku dah cuba ringkaskan... :) 


Rabu, 15 Disember 2010

FYP(2)

Dah masuk minggu ke 2 aku menjalankan final year projek atau cukup popular dgn FYP. Progress sehingga entry ini ialah dalam peringkat testing atau main2 . Terdapat perbezaan yang ketara antara aku dan member2 dari segi perkara baru yang di pelajari. Kebanyakkan mereka perlu study perkara yang belum pernah wujud dalam kepala otak diorang sebelum ni seperti:

-software Abaqus
-software Patran
-software Nastran

Paling kurang pon C++,Matlab,Catia,Solid work atau Ansys.. Diorang dah pro ke..haha
Ada juga yang kena bakar sampah. Korang jangan la ingat dia main bakar ja tetapi sebenarnya untuk projek biomass untuk study new alternatives power source. Penting gila tu untuk masa depan anak cucu kita. 
Tetapi aku plak main dengan benda yang tiap2 hari kot korang akan guna or nampak. Kadang tak terlintas kt fikiran pon seperti berikut.

-pemadam yang aku jumpa
-tikar getah bilik aku
-getah bungkus nasi cafe
-ranting basikal kedai apek
-kertas surat khabar lama yang member aku punya
-polystyrene yang lapik mesin basuh rumah aku mak aku tak tau lagi
-gam gajah bukan untuk hisap
 pasir bukan nak buat rumah
-printer free max computing taman pekaka
-lilin main2 api


Dah macam rekacipta sekolah menengah...Tapi itu semua masih dalam peringkat awal...Bak kata member aku "rilex duluu...."
Previous post about fyp.

Selamat Hari Lahir

Hari ini entry aku special sikit sebab aku nk wish besday pd seseorang..Dia bukan adik beradik aku, bukan mak sedara dan bukan juga gf sbb aku tak ada  gf & masih single.Jgn gosip k..hehe. Yang penting dia memang antara insan istimewa penah aku kenal. Semoga dirinya dapat luangkan sedikit masa untuk coretan yg tak seberapa ini..Maaf la ek pd sesapa yg rasa entry ini tak sepatutnya di buat ikut suka la blog tuan blog..



"Long time I not hear about you..
Hopefully you in good health and happiness..
Today is your special day & I don't want miss to wish for you.
Happy birthday for you, now you are kept growing by time.
I pray the rest of your life will be blessed by Allah.
Always in happiness especially in what are doing, with your family, friend and people around you.
Hopefully, with this growing age, you become more mature and successful in studies and life.
Last but not least from me, always take care of yourself."
 -15 December-

saya tak ada hadiah yg menarik untuk bagi, ini saja yg saya mampu lakukan dan dari jauh doakan yg terbaik untuk kamu :)

Isnin, 13 Disember 2010

Tak sabar nak tengok juara

Sejak 2 3 hari ni aku dok mengira hari yang di nantikan pertembungan 2 klasemen  bak kata sokernet. Harap2 pasukan yang menjadi pilihan aku akan menang perlawanan pagi nanti.
Jangan la nanti meriam meletup kat Old Trafford. Tak sanggup aku nak terima kekalahan pertama BPL musim ni.
Kepada abg tak berambut no 10  dgn abg Berba score la banyak2 sikit (mcm lwn team ayam plak nk score byk2..haha), baru puas hati aku dan berbaloi bangun awal. Sejuk plak tu,nanti senang2 ja nak dapat flu.

Nanti abg Rooney boleh minta petua dari 2 org engineer bola sepak ni mcm mana nk lebat rambut.Wenger sebenarnya minat Ronaldo sebab tu rambut ala2 macam dia.

Kepada member2 aku, nanti ketuk pintu tak bangun jgn salahkan aku plak. Ingat warden asrama ke nak kejut sampai bangun.

UPDATE.... 

2.09 am. Bajet nak bangun pkul 3.30 tapi entah macam mana sempat tido sejam ja. Lepas terjaga dah susah nak tido balik. Itulah salah satu tabiat aku, susah nak tido tapi senang nak bangun...susah gak mcm ni sbb tido tak cukup...adeeeiiii.....

UPDATE.....

6.00am. Hero filem Korea menjadi pemusnah meriam yang tak meletup...I like J.S. Park...hahaha..So, sekarang boleh tidur dgn nyenyak sebab dah jadi top of the league a.k.a klasemen...Apa2 pon solat subuh dulu...hehe 


Ahad, 12 Disember 2010

Hujan: Auta dan Fakta

Auta
Sesapa yang tinggal di kawasan utara mesti sedar sekarang ini ialah musim hujan yang tak menentu. Tetapi tahukan korang terdapat papatah orang tua yang aku dengar berkaitan dengan hujan.

1. Kalau hujan bermula hari Jumaat selalunya ia akan berlarutan sehingga 2 atau 3 4 hari untuk berhenti.
2. Kalau hujan panas menandakan ada orang meninggal di kawasan setempat.
3. Kalau di hari kenduri tetiba hujan, orang cakap baling ja kain buruk atas khemah kenduri nanti hujan akan stop.

Bagi aku, itu semua hanyalah sekadar kata2 orang lama dan mungkin ia berlaku secara kebetulan. Yang penting hujan itu rahmat dan semua itu berlaku atas kehendakNya..


Fakta
So tadi kita bercakap yang auta mengenai hujan tetapi sekarang yang terang lagi bersuluh mengenai hujan ialah:

1. Kalau main hujan Insyaallah possibility nak dapat demam & selsema adalah tinggi.
2. Kalau dekat kampung aku dulu, hujan yang berlarutan 4 atau 5 jam banjir mesti berlaku.
3. Air hujan adalah satu daripada 7 jenis air yang di bolehkan untuk bersuci dalam Islam.
4. Bila hujan keadaan jadi sejuk. bila sejuk mata pon jadi kuyu. bila kuyu tidur adalah perkara yang paling ideal/best  ketika hujan. setuju?? hehe

Dan banyak lagi fakta mengenai hujan. Nak tahu lebih lanjut gunalah khidmat Uncle G a.k.a google..hehe

Rumah jiran aku yg dinaiki air.
Jalan masuk kekampung aku. Kalau perhati betul2 air yg kelihatan adalah sama paras dgn sungai yg sudah tak kelihatan. sorry gambar tak clear

Rabu, 8 Disember 2010

FYP(1)-Merosakkan yg telah rosak..

Sebelum...

Selepas 2 jam...

Terima kasih kpd Max Computing Taman Pekaka,Nibong Tebal yg sudi sponsor printer free..Sebenarnya ini semua salah satu kaedah aku mencari ilham/idea untuk final year project or FYP aku...

Aku dan blogger...

Sudah genap sebulan aku menceburi dunia blog ni.Aku pun tak pasti ke arah mana contents blog aku ini. Tapi yang penting semuanya hanyalah sekadar coretan peribadi yang terlintas di fikiran aku. Main tulis ja. Aku masih baru dan harap dapat perbaiki dari masa ke semasa.

Sampai sekarang banyak jugaklah blog yang telah aku view. Kalau di bandingkan sesetengah blog dengan blog aku ibarat langit dengan bumi. Follower sampai beribu riban sedangkan aku baru mencecah angka puluh. Terfikir gak aku macam mn diaorang boleh sampai angka macam tu sedangkan friend fb aku pon cuma beratus ja. Mungkin salah satu faktor ialah topik dan page yg menarik dan hot. Ditambah pulak tuan empunya cantik or hensem kot. Jangan marah ek....hehe

Terima kasih kepada sahabat aku idea-mix, alkisah dan  sarzli.net kerana merekalah yang banyak membantu dari segi teknikal dan sebagainya. Semoga dapat memperbaiki kelemahan entry aku dan harap blogger di sana memberi tunjuk ajar. 

Tak lupa terima kasih kepada blogger yang menjadi follower dan memberikan sokongan. Thanks a lot!




Selasa, 7 Disember 2010

Terima kasih Bambang Pamungkas!!

Tahniah untuk skuad Malaysia yg layak ke separuh akhir Piala Suzuki..last game menang 5-1 dgn Laos walaupon 3 gol Malaysia di sebabkan kesilapan defense Laos...walaupun awal2 pertandingan nmpk mcm berkubur ja harapan Malaysia tapi inilah peluang kita..Semoga berjaya di semifinal..
Dan x lupa terima kasih untuk Bambang score 2 gol untuk kalahkan Thailand...So secara automaticnya kita layak ke separuh akhir....

Malaysia boleh!!!!!

Tak lupa juga peminat Man U pg ni ada match champion league..marilah sokong beramai2..hehe
dengar khabar abg botak akan turun pg ni..sesapa minat mamat ni boleh la tgk..



Maaf la ek, entry ni untuk kaki bola ja..bkn kaki bangku

Dont try it


What do you feel when you in sadness or heartbroken??



Whatever we act, it must be rational and not breach the rule..We must confront the life with
strength and fortitude even it hard for us...
I'm just sharing with what I have felt before...

Semalam pegi dgr ceramah sempena Maal Hijrah..Antara ucapan ustaz yg aku x boleh lupa bila dia bg tau cara untuk ke syurga. "Adakah tuan puan mahu ke syurga?"tya ustaz pd audience dan di balas "nakkkkk......".."Apa syarat utama nak ke sana?"tya ustaz lg....semua tetamu diam seketika...Lalu ustaz memberikan jwpnya.."Syarat utama nak ke syurga mesti kena mati dulu..Tuan puan mau mati x??".....


Isnin, 6 Disember 2010

Maal Hijrah 1432

Selamat menyambut Maal Hijrah yang ke 1432H. Semoga dgn tahun baru Hijrah ni kita semua dapat memperbaiki kelemahan dir masing2 ke arah yang lebih baik.



Pesanan dari sahabat aku, malik



Dan kepada sesapa yg tinggal dekat Putrajaya boleh datang beramai2.

1 Malaysia 1 Ummah