Ahad, 18 September 2011

Giliran siapa selepas ini??

Dah lama gua nak komen pasal team gua ni. Tapi bila tiba time nk komen ada je kekangan yang sengaja dan tak disengajakan. Ok, gua terlepas 1st game for the beginning of season. Tapi 2nd game lawan ayam aka Spurs gua start layan. Diikuti dengan team ar-sengal dan Bolton, gua dah mula pasang impian team gua ni ada chance nak kalahkan Barca si belagak di alam muka bumi ini. Jumpa di final!

Feel tengok team gua main awal season ni ada rasa lain sikit, bermula dengan pre-season tour yang sungguh gah menang semua game dan menang piala Perisai. Permainan makin menarik, makin laju dan bahagian tengah yang menjadi buat gua makin syok. Tak sia2 Pak Alex beli Young dan P. Jones, boleh guna gak budak 2 ekor ni. Rooney dgn Hernandez tak payah cakap la, memang berguna sangat pon.

Gua tak mau cakap banyak, tu lah sedikit komen gua yang serba cetek dari segi tektikal (kalau gua main bola pon gua ikut kaki je nak sepak kat mana). Cakap banyak kang nanti riak dan takbur lak, lagipon awal musim lagi ni macam2 boleh jadi. Kalau malam esok si dubuk liar aka Chelsea senang2 team gua kenduri gol, gua boleh cakap besar yang tahun ni gelaran ke '20' dah dalam tangan. Amacam boleh???

Ramalan

Man U : menang    Chelsea: kalah

*gol korang decide sendiri

2 ulasan:

Aleen Aiden berkata...

wa xtau sgt pasal bola nih.tapi klo ikut name 2 2 legend.malam nih klo kalah ade yg menggelupur gamaknye.keh3

-apis- berkata...

chelsea dah menggelupur!hahaha