Isnin, 26 September 2011

My Convocation Day :)

Tiada apa yang dapat di banggakan oleh seorang pelajar selain daripada berjaya mengenggam segulung ijazah. Bertarikh pada 24 September 2011 mungkin merupakan detik bersejarah bagi aku dan semua graduan engineering sesi 2007/2008 dimana berlangsungnya majlis konvokesyen USM ke 44. Alhamdulillah, syukur tehadap Ilahi dengan pemberian ini.

Dan individu yang paling gembira dan banyak berkorban tentulah mak dan abah tercinta. Terharu melihat air mata ibu mengalir sambil memeluk erat anaknya ini menunjukkan rasa gembira dan bersyukur. Inilah hasil pengorbanan mak dan abah, aku hadiahkan sugulung ijazah untuk mereka!!

Hasil keringat selama 4 tahun mengharungi pelbagai dugaan sepanjang bergelar pelajar pasti menjadi memori terindah yang tak dapat dilupkan. Hidup bersama kawan-kawan dari mandi setoilet, makan semeja, tido sebilik, main sepadang, belajar sekuliah sekelas, assignmnet secopy dan sebagainya.

Terima kasih diucapkan pada rakan2, pensyarah2, technician, tutor2 dan semua yang banyak berjasa. Semoga talian persahabatan kita semua kekal berkekalan sampai bila2. Buat mereka yang masih belum tamat, teruskan perjuangan sampai ke medan terakhir.Tahniah buat semua!!


Gambar tanpa kebenaran dari En Lan


3 ulasan:

me suya berkata...

kan.. terharu sangat tengok air mata ibu mengalir di saat memeluk kita.. :)

ıʇɐʎɐpıɥ lnɹnu berkata...

tahniah mr engineer :)
sy laaaaaaaammmmmbbbbbbaaaat lagi...

-apis- berkata...

suya- aah kan, nak nangis pon ada time tu..hehe

nurul- sabar la ye, masa awk akan tiba nnt :)