Sabtu, 28 Januari 2012

Peti ais bujang.


Tips: dapat gaji terus p shopping dan penuhkan peti ais untuk stok sebulan.

Rabu, 25 Januari 2012

Celcom gift

Masih aku ingat 2 tahun yang lepas. Perkara yang dinantikan bila besday ialah bonus dari celcom iaitu free sms & calling for 1 week. Oh terasa bahagianya bila dapat calling2 atau perkataan yang lebih tepat lagi ketika itu ialah 'gayut' with x-gf. Pantang je free setiap minit dalam tempoh 1 minggu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Itu cerita 2 tahun lepas. Sekarang celcom gift dibiarkan berlalu tanpa dimanfaat sepenuhnya. Biarlah, bukan nak rugi pon kalau tak guna. Topup celcom pon 3 bulan sekali. Hari-hari berurusan guna phone company. Tapi kemarin sempat juga menghubungi rakan lama sekadar bertanya khabar, bukan bergayut yang selalunya melalaikan seperti dulu.

Jikalau dipanjangkan umur olehNya, aku masih lagi berpeluang untuk menikmati celcom gift untuk 2 tahun sehingga 2014 sebelum uox expired. Sama-samalah kita tunggu apakah kesudahannya nanti. Apa yang boleh disimpulkan sekarang penggunaan telefon lebih 90% untuk urusan kerja dan selebihnya urusan peribadi. Al maklum la kan hidup membujang tanpa teman....hehehe



*update via my android :)

Wordless Wednesday



bagai langit dan bumi.

Isnin, 23 Januari 2012

I miss them.....

Assalamualaikum...


Semua dah bawa haluan masing2. Walaupon dah hampir 4 bulan konvo berlalu, tapi masih segar bugar di ingatan.One of the greatest moments in 2011. Mostly la kan semua dah jadi engineer sama ada engineer besi, simen, buat jambatan, buat tepung dan dedak, serta kereta dan macam2 lagi.

Aku doakan agar diri sendiri dan korang semua berjaya dalam hidup masing2. Dan juga semoga satu hari kita semua dapat berkumpul kembali demi mengeratkan tali persahabatan yang telah terjalin selama 4 tahun...

Oh,kepada yg dah mendirikan rumah tangga dan bertunang, tahniah diucapkan. Semoga jodoh korang berkekalan sampai ke akhir hayat. Jangan lupa hantar kad jemputan sebab ramai yang nak serbu nanti..hehe