Ahad, 24 Februari 2013

Perancangan

Sekolah rendah...

Nanti lepas UPSR, kalau dapat keputusan elok nak apply mrsm lah, sekolah sains ataupun sekolah berasrama penuh. Baru la nampak macam smart student. Lepas tu dapat 5A, boleh mintak hadiah kat mak/ayah, paling kurang pun PS3, samsung s3 atau ipad.perghhh

Sekolah menengah...

Habis SPM, nak apply masuk U ataupun mintak matrik lepas tu boleh sambung buat degree. Tak nak masuk plkn, teruk baq hang. Kalau result cemerlang tahap gaban boleh cuba apply scholarship sambung study kat oversea, boleh jumpa mat saleh. Tapi kalau boleh nak sambung study tempat yang sama dengan pakwe/makwe.errr

Universiti...

3 atau 4 tahun study boring la. Tak sabar nak habis study, nanti boleh mintak keja company besar-besar macam Petronas, Schlumbeger, ataupun paling koman GLC, gaji pun masyuk. Kalau dapat government pun ok jugak, kerja tak teruk. Dah dapat gaji besar, nak beli keta besar spotrim 17", smartphone paling canggih, nak enjoy-enjoy. Tak payah serabut pikirkan asignment macam kat U.ok

Bekerja...

Haishh,penatnya kerja. Kalau dapat cuti seminggu, bonus 12 bulan kan best  dapat pergi bercuti. Paling kurang pun Krabi. Dan yang paling penting nak kahwin. Kenduri nanti kena la grand. Bila dah kahwin, baru la sempurna hidup. Tak perlu lagi hari-hari makan nasi bungkus. Rumah sendiri pun kena beli jugak ni, tak kan nak sewa sampai ke tua.

Kepada semua, ni bukan kisah hidup aku. Cuma sekadar berkongsi pendapat dan tercetus idea bila terdengar khutbah jumaat lepas tentang perancangan hidup. Cuma bezanya disini, perancangan hidup duniawi tapi dalam khutbah lebih terarah perancangan hidup ukhrawi. Apa yang kita rancang sebagai bekalan untuk hidup selepas mati.

Mengenai perancangan duniawi, rasanya semua orang pernah ada perancangan seperti diatas dari kecik sampai la besar. Walaupun mungkin tak semua, pasti salah satu ada dalam kamus hidup korang. Dan tak mungkin semua menjadi kenyataan, betul tak? Kalau semua menjadi kenyataan jadilah korang insan yang beryukur sebab Dia dah kurniakan apa yang korang nak.

Merancang itu tidak salah, tetapi bak kata pepatah yang femes ukur baju badan sendiri. Kalau gaji 3 ribu jangan planning macam gaji 6 ribu, ikut bajet masing-masing. Kalau tak kelaut la planning korang.

Ada hikmah apa yang berlaku, tak semua apa yang kita nak/rancang akan dapat. Kita hanya merancang, Allah menentukan. :)
InshaAllah.


2 ulasan:

Aieda Adnan berkata...

betol sangat..dulu aku beria ria nak beli kete luar, bile pikir byk kali, buat ape nak perabih dekat kereta sedangkan byk bnde lain lagi yang nk kne pkir..

kan2

-apis- berkata...

Bila nk angkat?