Khamis, 4 April 2013

New experience

Kalau dulunya, sekitar dua tahun yang lepas aku sendiri yang melaluinya sebagai langkah pertama membina kerjaya untuk ditemuduga, tapi sekarang lain sikit keadaannya iaitu sebagai penemuduga.

Dulu dah merasa macam mana perasaan duduk dikerusi sebagai freshie yang megharapkan belas kasihan company untuk mengambil kerja. Tetapi hari ni duduk dikerusi yang berlainan dan dengan selamba memerhatikan riak wajah calon-calon yang bersiap sedia untuk dipanggil. Dalam hati kecil berkata, aku dah rasa apa yang korang tengah rasa sekarang..haha

5 calon untuk mengisi kekosongan 2 jawatan technician, 3 orang ahli panel termasuk aku. Sorang demi sorang masuk dan keluar dan setelah ahmpir 2 jam sesi menyoal siasat akhirnya selesai. Dan seperti biasa soalan-soalan konvensional untuk proses temuduga, boleh berkerja lebih masa?boleh tahan panas?kerja hari raya boleh?gaji nak berapa.

Aku nak minta maaf kat diorang ni andai semasa sesi tadi ter action lebih atau ter over dalam menanyakan soalan. Bukan apa, teringat kisah dulu bila bertubi-tubi diajukan soalan yang entah apa-apa...

Semoga berjaya, harap pilihan aku tepat kalau tak habislah aku nak menjawab nanti..hahaha

2 ulasan:

Unknown berkata...

wah..dah jadi interviewer...:)

-apis- berkata...

hehe..dapat peluang :)