Selasa, 16 Julai 2013

Ramadhan 1434

Masih belum terlambat, salam Ramadhan pada semua. Ramadhan yang ke 7, moga-moga amal ibadat kita semua diterima oleh Nya, inshaAllah.

Pejam celik dah 3 tahun menyambut Ramadhan dirumah sewa Juru. Dan seperti biasa masih keseorangan, harap2 tahun depan dah berdua..hehe. Hujung minggu lepas sempat la balik kampung untuk berbuka puasa bersama family. Honestly cakap feel berbuka seorang dengan family memang tak dapat nak compare.

Berbuka seorang sambil makan ayam percik + jus tembikai + kuih seri muka masih belum mampu tandingi feel berbuka dengan  family walaupon menu sambal telur + air oren + murtabak sekeping 2 ringgit.

Pesanan, siapa yang berkesempatan dapat berbuka dengan family jangan lepaskan peluang ini. Mungkin bulan-bulan yang lain jarang makan sekali, jadi bulan ni lah masanya nak duduk semeja menjamu hidangan.

Sekian, selamat berpuasa.(jam ditangan baru 1.30pm, 6 jam 9 minit lagi)


2 ulasan:

Aieda Adnan berkata...

peh, taun depan kawen r teww..

-apis- berkata...

inshaAllah klu jodoh dah sampai.