Selasa, 22 Julai 2014

Part 2: Service Proton Persona Elegance



Assalamualaikum.
Salam Ramadhan. Salam lebaran. Entry kali ini untuk berkongsi sedikit sebanyak info mengenai service kereta aku, Proton Persona Elegance auto. Last entry pada 2013. So ini adalah sambungan entry yang sebelum ini.
Sabtu lepas, selesai service ~50k km tapi dilakukan di workshop luar bukan di sc proton. Reason, warranty dah habis dan murah sikit, dapat la save untuk raya.haha..
Sila rujuk rekod service aku dibawah sebagai rujukan. Baru siap compiled since first service.


Kalau dilihat, ada item yang belum pernah diservice tapi tersenarai. Tujuan utama adalah untuk kemudahan sendiri sebagai check in future berdasarkan survey dalam internet dan buku panduan. 
Sebelum itu, diharap korang jangan terikut bulat-bulat dengan style service pada kereta aku sebab kadang-kadang aku pon tak follow 100% scheduled as recommended. Kereta sendiri, so boleh la nak plan sesuka hati dan teratur tapi kena make sure la kereta still in good condition and no problem. Reason tak follow, kekangan masa, kereta masih lagi ok dan nak bajet.
Ok, antara perkara yang nak diutamakan pada service Sabtu lepas ialah minyak power stering dan brek selain daripada atf. Berdasarkan research, minyak power stering perlu ditukar sekitar 40k tapi aku pada 50k. Korang boleh check condition minyak terutama sekali dari segi colour. Kalau dah bertukar gelap, better flush minyak baru. Kalau masih lagi ok, mungkin boleh topup (dapatkan pandangan pomen masing-masing terlebih dahulu). Kalau service di sc proton, minyak power stering digunakan adalah jenis yang sama untuk minyak ATF atau minyak auto (SP3 atau XP3 yang paling latest dari Petronas). Tapi kalau pergi bengkel luar, diorang akan guna minyak lain dan untuk kes aku, minyak Honda digunakan. Menurut pomen, kalau guna minyak ATF,stereng kereta sedikit berat. Tak pasti la betul ke tak tapi aku masih lagi dalam mood test untuk melihat perbezaan. Bengkel akan flushing minyak lama dengan baru, memerlukan 3 liter (3 botol) dan total kos RM100.00 include labor charge. Tak sampai 15 minit dah siap. Tak pasti harga yang aku kena ini berpatutan atau tak.


Point no 2 untuk share ialah brake. Aku mengaku selama pakai kereta ada ralat sikit dari segi pengetahuan dan penjagaan brake. Komponen brake yang penting dijaga adalah brake disc dan brake pad. Bila first time tukar brake pad(walaupon dalam hati rasa brake boleh guna lagi), barulah dapat info sedikit sebanyak mengenainya. Kesan yang aku terima, brake disc dah dapat kesan tak sekata atau perkataan lain permukaan disc dah tak rata disebabkan brake pad yang dah keras (2 tahun 7 bulan, original brake pad BOSCH). So cara untuk mengatasinya terpaksalah ‘skim’ atau bahasa mudah grind balik permukaan tadi sehalus yang boleh. Kos RM 70 untuk kiri dan kanan.  
Kesimpulan, total kos service pada ~50 k km adalah RM625. Minyak digunakan Shell Helix HX7 10W/40 (RM119), ATF x 5 botol (RM154), air filter (RM24, kat proton lagi murah RM16), oil filter (RM12), Fuel filter (RM38),brake pad (RM78), trim disc brake (RM70), labor cost (RM30), tukar power stering (RM100) total  RM625.
Untuk brake pad , seperti diberitahu oleh pomen tersebut original brake pad BOSCH adalah mahal sekali sekitar 300++, jenama Bandic sekitar 200++ dan paling murah RM78 macam aku guna sekarang. Setiap brand ada pro and contra, BOSCH lembut, berbunyi dan berhabuk tapi lifespan ok. Bandic pon lebih kurang sama, level pertengahan. Tapi yang paling murah ni tak berbunyi sangat tapi makan disc dan lifespan tak lama. So aku kena extra concern la lepas ni, paling kurang 6 bulan sekali kena check. Kalau kena tukar pon 78 ringgit je. Tujuan adalah untuk meminimumkan disc  cepat rosak. Jadi, nasihat untuk korang setiap kali pergi service better suruh bengkel check condition brake macam mana.  Lagi satu tip, selalunya brake belakang ditukar setiap 3 kali brake disc ditukar. Dan penukaran brake ni adalah subjektif, bergantung pada pemanduan masing-masing. Sesiapa yang selalu lenjan area bukit confirm la cepat haus berbanding yang lenjan area highway. Auto dan manual pon ada kesan jugak.
Jadi, itu sedikit sebanyak perkara yang boleh dikongsi. Kos penyelenggaran kereta memang melibatkan kos tapi satu perkara kena ingat, keselamatan pemandu dan penumpang lebih diutamakan. Amalkan amalan preventive maintenance.

Post terdahuku disini Proton Persona
 
Last but not least, pray for MH17 and Gaza. Allahuakbar!!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.



3 ulasan:

mila berkata...

sy baru service gak alza td..brake pad dh haus tp sy amk inisiatif bt kt kedai lua sb kt perodua agak mahal..harapnye x ganggu waranty kete lah.huhu

suria berkata...

Okay boleh cilok table ni.. Btw kenala servis kan.. nak blik raya KB eyh. Nt jemput ar dtg beraya kat rumah :)

Unknown berkata...

selamat hari rayerr pit http://blogtakberapaserius.blogspot.com/