Ahad, 28 Ogos 2011

Cerita Raya#3: Ucapan

Insyaallah, esok mungkin hari terakhir kita berpuasa and the day after akan sambut hari raya aidilfitri, iaitu hari yang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi kesempatan ini, aku nak ucapkan khusus Selamat Hari Raya kepada insan-insan yang berikut:
  • Family tercinta yang berada dikampung, sanak saudara jauh dekat
  • Tadika Kemas, SK Teroi, SMKA Yan, SMK Guar Chempedak
  • Kolej Matrikulasi Kedah 2006/2007
  • USM 2007/2011 especially geng Mech/Manufac, senior junior geng bola Man U & semua yang aku kenali
  • Pasaraya Aneka
  • Hicom Honda Manufacturing 2010
  • Rakan sekerja Ann Joo Integrated Steel 2011
  • All Bloggers,fb
Dan tak lupa juga kepada mereka tak dikenali yang penah bikin aku panas
  • pemandu keta,lori,bas,treler dan moto
  • celcom
  • pemilik kedai makan
  • kontraktor yang penah aku deal sepanjang bekerja
  • badan2 kerajaan & swasta
  • parti2 politik di malaysia
dan sebagainya.........

For those who will drive back for “balik kampong” please drive safely and
be extra careful on the road
For those who will take other alternative transportation do set a prayer
before make a move.”
“Mata kadang tersalah PANDANG, Telinga kadang tersalah DENGAR, 
Mulut kadang tersalah UCAP, Hati kadang tersalah DUGA, 
Kaki terkadang tersalah LANGKAH,
Tangan terkadang tersalah CUIT,
Minda terkadang tersalah ANDAI, 
Ucapan ku hulur Di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang PASTI ada..”


wish all Muslim Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jumaat, 26 Ogos 2011

Cerita Raya#2 : Cuti Raya

8.30am (kat atas tilam yang empuk)

Bunyi mesej megangu tidur yang nyenyak dipagi buta " hafiz, Mr. Kan suruh cuti pada hari raya 1,
today tlong submit form cuti kat dia" (sms dari senior eng).
Cuti???terbantut terus tido aku...hati dah berbunga kembali nak sambut raya.

6.00pm (kat opis yang sejuk)

"Hafiz, you will be off on 30 and 31, so 2 days ok. And I will aks another engineer to cover ur shift"Mr Kan. Haahh!!2 hari lak cuti...Minggu lepas cakap x dapat cuti. Hati dah kembang mekar tak sabar nak raya.

Kemarin post aku cakap dulu cuti raya sampai nak jemu, tapi sekarang nak cuti raya punya la susah.
Dari tak dapat cuti langsung, dapat 2 hari pon dah cukup bersyukur......


Tak sabar dah nak makan


Khamis, 25 Ogos 2011

Cerita Raya#1 : Dahulu lain sekarang lain....

Dahulu
kutip sampul raya
Sekarang
kena beli sampul raya

Dahulu
dapat duit raya
Sekarang
kena bagi duit raya

Dahulu
cuti raya sampai jemu
Sekarang
raya ke 6 baru cuti

Dahulu
malam raya p jalan2 tengok peniaga lelong kuih raya
Sekarang
malam raya p jalan2 tengok plant/site

Dahulu
taraweh tak penah miss
Sekarang
dah boleh kira berapa hari p taraweh

Dahulu
sebelum raya sibuk tolong mak buat kerja
Sekarang
sibuk gak tapi sibuk 'kerja'

Dulu
pagi raya siap2 nak ke masjid
Sekarang
pagi raya siap2 nak balik keja


Dahulu lain, sekarang lain.....ape cer

Rabu, 24 Ogos 2011

Jom sambung master & phd

Fyi, Dr Salman is my lecturer during I was studied at USM. He email to me this advertisement last evening, so for those who are interested to continue study can apply it.
Semoga berjaya..


aku dah tak berminat nak sambung study buat masa sekarang...harap maklum


Rabu, 17 Ogos 2011

Isnin, 8 Ogos 2011

We are United!!

That is the beginning of our victories.....


Winner final Community Shield 2011 

Sabtu, 6 Ogos 2011

Grrrr. Bengang betul aku !!!! (tiru ipai tapi versi aku)

Bila terbaca blog ipai teringat lak cerita yang sama terjadi gak kat aku tapi dalam suasana yang terbalik. Kalau kes ipai, orang selalu salah anggap yang dia dah kahwin and matured sedangkan baru berumur 23 tahun.

Tapi kes aku, kadang2 orang salah anggap yang aku masih remaja sebaya budak sekolah sedangkan dah berumur 23 tahun gak. Adeii. Penah orang tanya sekolah kat mana sedangkan aku study u dah nak masuk tahun tiga. Paling latest kat apartment aku sewa untuk kerja, ada sorang brader tu tanya belajar lagi ke. Aku cakap dah keja pon skrg..

Sebenarnya banyak pro dan kontra dalam hal macam ni. Dari segi positif nya memang la best kalau kita 'maintain' nampak muda. Kawan2 sekolah aku dulu pon sampai sekarang still cakap yang aku tak banyak berubah, nampak lain sikit pon sebab pandai simpan janggut nipis. Kalau janggut aku buang skrg, then pakai uniform sekolah plak comfirm kalau aku cakap 18 tahun orang leh percaya lagi..hahaha...lagi satu yang best, mungkin nak tackle awek pon senang kot...hehehehe

Then, dari segi kontra nya ialah bila kita mahukan respect dari orang. Sebagai contoh, aku pegi kedai elektrik nak beli peti ais. Dia punya tauke buat tak tahu je, bila tanya berapa harga jawab pon macam tak nak jawab. Bila cakap nak beli cash, baru nak layan. Tapi siap tanya lagi, dah keja ke belum..adeiii..

Dan yang paling penting bila kita kerja & ada orang bawahan yang perlu kita handle. Sebagai contoh sekarang aku ada 5 technician setiap shift under aku, and later bila operation fully start total semua dah jadi 16 orang technician plus bangla 4 orang. Kadang2 terfikir gak dengan keadaan kita yang masih baru dan nampak fresh ala2 kebudakan mampu ke nak berhadapan dengan mereka yang setengahnya berumur dan lebih pengalaman dari kita. Nak ke diorang dengar arahan aku. Tapi sampai hari ni, Alhamdulillah sebab semuanya boleh buat kawan dan respect aku sebagai leader diorang yang baru walaupon aku nampak lebih muda.

So kepada ipai, jangan lah bersedih or tension2. Sebenarnya aku tak bengang pon, cuma copy title entry ja..hehe. Bersyukurlah apa jua yang dikurniakanNya :)

Khamis, 4 Ogos 2011

Pengalaman berbuka di office

Bila dah masuk alam kerjaya, banyak perkara baru yang perlu dilalui. Bila bercakap bulan Ramadhan ni, tak terlepas dari bercakap pasal berbuka.

Kalau dulu kecik2, berbuka dengan family kat kampung. Bila dah masuk asrama, berbuka kat dewan makanan plak. Bila dah masuk kolej dan u, berbuka plak dengan kawan2, kadang2 kat pusat Islam (free of charge) ataupon habis malas sorang2 kat bilik.

Sekarang ni, dah masuk 4 hari berpuasa aku belum berpeluang lagi nak berbuka kat rumah, belum sempat lagi nak terjah bazar ramadhan, belum berkesempatan lagi nak berjemaah kat surau apartmen aku tinggal. Ni semua disebabkan oleh tanggungjawab kerja yang tidak mengenal waktu.

Beli nasi bungkus, masuk opis, lepas tu usha kiri kanan depan kalau2 bos belum balik. Memandangkan waktu berbuka aku sorang je yang lelaki melayu terkahir, terpaksa la berbuka sambil dekelilingi oleh file2 yang memenuhi meja, screen komputer yang terpampang luas, dan juga rakan2 sekerja yang tidak berpuasa yang belum pulang, maka tanpa menghiraukan semua tu aku teruskan waktu berbuka dengan tenang dan nyaman dihembus air cond. Kadang2 bila tengah menyuap nasi ke mulut, teringat kembali pengalaman berbuka dulu2. Tak pe la, inilah yang dinamakan pengorbanan dalam kehidupan. Yang penting, perkara yang wajib tetap wajib.

Dalam kepala otak dah terlintas pelbagai juadah yang boleh menggugat ketebalan dompet, murtabak ayam, ayam bakar, air tebu, kuih muih dan tak dilupakan kanji atau bubur lambuk. Dalam tempoh 4 hari ni, aku asyik ulang menu yang sama. Nasi, nasi dan nasi. Kalau lain sikit, nasi goreng. rasa jemu pon dah makin ada. Tak sabar tunggu minggu depan sebab dah masuk shift tengah malam. Jadi waktu siang sempat la lagi nak pegi bazar.

Kepada semua yang senasib dengan aku, harap2 bersabarlah la ye...huhu

Selasa, 2 Ogos 2011

Tinggal di kubur

Aku pernah tonton sebuah rancangan agama di television dan aku tertarik dengan satu kenyataan:

Terdapat hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa rumah yang dihuni tapi sunyi dari bacaan ayat2 suci Al-Quran boleh diibaratkan seperti kubur.

So, kalau takut nak tido di'kubur' malam2 rajin2 lah baca Al-Quran ye.


Salam Ramadhan