Sabtu, 6 Ogos 2011

Grrrr. Bengang betul aku !!!! (tiru ipai tapi versi aku)

Bila terbaca blog ipai teringat lak cerita yang sama terjadi gak kat aku tapi dalam suasana yang terbalik. Kalau kes ipai, orang selalu salah anggap yang dia dah kahwin and matured sedangkan baru berumur 23 tahun.

Tapi kes aku, kadang2 orang salah anggap yang aku masih remaja sebaya budak sekolah sedangkan dah berumur 23 tahun gak. Adeii. Penah orang tanya sekolah kat mana sedangkan aku study u dah nak masuk tahun tiga. Paling latest kat apartment aku sewa untuk kerja, ada sorang brader tu tanya belajar lagi ke. Aku cakap dah keja pon skrg..

Sebenarnya banyak pro dan kontra dalam hal macam ni. Dari segi positif nya memang la best kalau kita 'maintain' nampak muda. Kawan2 sekolah aku dulu pon sampai sekarang still cakap yang aku tak banyak berubah, nampak lain sikit pon sebab pandai simpan janggut nipis. Kalau janggut aku buang skrg, then pakai uniform sekolah plak comfirm kalau aku cakap 18 tahun orang leh percaya lagi..hahaha...lagi satu yang best, mungkin nak tackle awek pon senang kot...hehehehe

Then, dari segi kontra nya ialah bila kita mahukan respect dari orang. Sebagai contoh, aku pegi kedai elektrik nak beli peti ais. Dia punya tauke buat tak tahu je, bila tanya berapa harga jawab pon macam tak nak jawab. Bila cakap nak beli cash, baru nak layan. Tapi siap tanya lagi, dah keja ke belum..adeiii..

Dan yang paling penting bila kita kerja & ada orang bawahan yang perlu kita handle. Sebagai contoh sekarang aku ada 5 technician setiap shift under aku, and later bila operation fully start total semua dah jadi 16 orang technician plus bangla 4 orang. Kadang2 terfikir gak dengan keadaan kita yang masih baru dan nampak fresh ala2 kebudakan mampu ke nak berhadapan dengan mereka yang setengahnya berumur dan lebih pengalaman dari kita. Nak ke diorang dengar arahan aku. Tapi sampai hari ni, Alhamdulillah sebab semuanya boleh buat kawan dan respect aku sebagai leader diorang yang baru walaupon aku nampak lebih muda.

So kepada ipai, jangan lah bersedih or tension2. Sebenarnya aku tak bengang pon, cuma copy title entry ja..hehe. Bersyukurlah apa jua yang dikurniakanNya :)

6 ulasan:

farah wahida berkata...

haha...kita sama..
antara aku n adek aku..
muka aku nmpak mcm muka bdak2..
muka adek aku nampk matured ckit.
kdg2 owg keliru yg mna 1 adek @ kakak.

iPai berkata...

heheh .. aku takde laa bengang sgt .. heheh


tp kecewa ye cam ada laa .. hehe .. kalau ko tgk kat komen aku, depa kata umur aku 27 ... hahah

lawak gila kot


tp bila cite part kau ni, hmm tak sangka macam tuh plak kan ..

apa2 pun, memang kita kena bersyukur ..

thanx sebab higlight facts ni

♥suNa husNa♥ berkata...

hahaha.aku pun cam budak3 gak kot..nga dik aku org selalu cakap aku ni adik dia kakak.

tp yg plg best bila p tgk wayang still dapat student price.ngeh2

me suya berkata...

Okew,part kena handle org bawah tu suya mmg terasa jugak.. apis ok lah kalau ade org bawah yg terima arahan.. Suya ni, kadang2 terpaksa jugak la tahan dan sabarkan hati.. Tapi lately, alhamdulillah.. BArakah bulan puasa.. Orang yg dulu buat hal pun semakin boleh terima arahan suya.. Tak boleh ke budak umur 23 tahun jadi leader?? hu3

En Jay berkata...

suna: ea2 je ko, nengok muka tua je, heh

apit: terbaek la awet muda, apa ada hal jadi leader muda2, yg penting confident

-apis- berkata...

suya, 23 tahun bdk lg ke??haha

jujai, tgh build up confident skrg ni

husna, p seoul garden leh guna kad student lg wlpon dh keja..haha