Khamis, 4 Ogos 2011

Pengalaman berbuka di office

Bila dah masuk alam kerjaya, banyak perkara baru yang perlu dilalui. Bila bercakap bulan Ramadhan ni, tak terlepas dari bercakap pasal berbuka.

Kalau dulu kecik2, berbuka dengan family kat kampung. Bila dah masuk asrama, berbuka kat dewan makanan plak. Bila dah masuk kolej dan u, berbuka plak dengan kawan2, kadang2 kat pusat Islam (free of charge) ataupon habis malas sorang2 kat bilik.

Sekarang ni, dah masuk 4 hari berpuasa aku belum berpeluang lagi nak berbuka kat rumah, belum sempat lagi nak terjah bazar ramadhan, belum berkesempatan lagi nak berjemaah kat surau apartmen aku tinggal. Ni semua disebabkan oleh tanggungjawab kerja yang tidak mengenal waktu.

Beli nasi bungkus, masuk opis, lepas tu usha kiri kanan depan kalau2 bos belum balik. Memandangkan waktu berbuka aku sorang je yang lelaki melayu terkahir, terpaksa la berbuka sambil dekelilingi oleh file2 yang memenuhi meja, screen komputer yang terpampang luas, dan juga rakan2 sekerja yang tidak berpuasa yang belum pulang, maka tanpa menghiraukan semua tu aku teruskan waktu berbuka dengan tenang dan nyaman dihembus air cond. Kadang2 bila tengah menyuap nasi ke mulut, teringat kembali pengalaman berbuka dulu2. Tak pe la, inilah yang dinamakan pengorbanan dalam kehidupan. Yang penting, perkara yang wajib tetap wajib.

Dalam kepala otak dah terlintas pelbagai juadah yang boleh menggugat ketebalan dompet, murtabak ayam, ayam bakar, air tebu, kuih muih dan tak dilupakan kanji atau bubur lambuk. Dalam tempoh 4 hari ni, aku asyik ulang menu yang sama. Nasi, nasi dan nasi. Kalau lain sikit, nasi goreng. rasa jemu pon dah makin ada. Tak sabar tunggu minggu depan sebab dah masuk shift tengah malam. Jadi waktu siang sempat la lagi nak pegi bazar.

Kepada semua yang senasib dengan aku, harap2 bersabarlah la ye...huhu

5 ulasan:

En Jay berkata...

bro, lu kena amik feel bukak kat rumah, walau bz camne pun keje ko, kena bukak kat rumah gak, baru padu, heh

me suya berkata...

aikk ade shif ke pis?
xpe la.. nt ade la peluang tu nak berbuka dengan famili..suya dah merasa awal poser ritu.. ni tataw bila pulak nk balik nyer

farah wahida berkata...

sabar la yer...

-apis- berkata...

jai, aku skrg tgh kira hari bila nk cuti..cpt2 rempit blk kg..

suya,ni la akibatnya klu keja plant 24/7/365, ada shift n susah nk cuti..lain la klu keja semiconductor..hehe

iPai berkata...

wah .. dasat juga kerja ko ni kena standby ..

bunyi cam sayu je .. takut plak aku .