Jumaat, 23 Mac 2012

Cerita di Kampung Pelet

Puncak Mutiara Cafe, kampung Pelet nama yang tak pernah aku dengar sebelum kecuali beberapa bulan yang lepas. Tu pon atas hebahan kawan2 lama dan rakan2 kat tempat kerja. First impression bila masuk restoren ni, wow! Dalam kepala otak sebelum sampai ingatkan hanya sebuah restoren biasa macam kebanyakkan kedai Pattani yang bersepah kat tepi-tepi jalan tapi meleset sekali fikiran aku. Menjadi kebiasaan kalau nak makan selalunya gerai2 tepi jalan gak yang disinggah. Mana mampu nk terjah restoren mahal macam ni selalu kan. Menu yang ditawarkan boleh buat korang meleleh air liur masa nak ambik order sampai tak terpilih banyaknya. Apa2 pon boleh dikatakan memang sedap, berbaloi dengan harga....

Aku order yang ni, Puncak Mutiara Special RM19.90
(Set of Nasi Beriani, Ayam Kampung Kismis, Kambing Massalla, Telur Rebus, and Choices of Fruit Juice)
Ni member punya order Nasi Beriani Peha Kambing RM 18.80


Ahli jemaah yang datang.
 Bila tengok suasana restoren yang cantik dengan susunan lanskap yang kemas dan lampu penambah seri, mungkin suatu hari akan aku jejak semula kesini bersama bakal isteri <kalau jodoh dah sampai> baru romantik sikit..kahkahkahh. Dan sesuai gak kalau buat family gathering :)

Apa tunggu lagi, mai la ramai-ramai cuba.

Apa2 pon tenkiu pada korang yang sudi ikut aku secara mengejut, dah lama benar tak lepak-lepak gelak dengan korang. Dapat gak berkongsi isu-isu semasa :)


5 ulasan:

Aieda Adnan berkata...

xnk wish aku supaya dpt bini cun dgn anak cute ke?haha

-apis- berkata...

ok2, aku doakan dpt bini yg cun tapi bini aku mesti cun dari hg ar..hahahaha

wawahida idris berkata...

nasib bek saya dah kenyang. hihi

me suya berkata...

amboi cik lan.. macam tak lama dah tu.. gud moved! hehehe macam sedap je kat sni... tak pernah try pun.. Tapi bila sebut kambing tu.. erm pikit pat belas kali.. hahaha

-apis- berkata...

suya,tggu ja kad jemputan dr en lan..haha
jgn pikir byk sgt, g ja trus :D