Khamis, 1 Mac 2012

Kerja oh kerja

Bulan Mac 2012. Cepat masa berlalu meninggalkan kita. Kali ini tak ada bahan yang menarik bagi pembuka bulan Mac. Cuma apa yang ingin di kongsi ialah sedikit kisah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi Allah ini.

Bekerja shift memerlukan komitmen dan jati diri yang kuat especially bila shift malam. Normal manusia mencari rezeki di siang hari dan malam beristirehat dan mendekatkan diri dengan Dia. Tetapi bagi aku kalau shift malam bermula dari pukul 8 malam hingga la ke 8 pagi esok, 12 jam.

Yang nak dikongsi ialah perkara yang terjadi kemarin. Pergi keja macam biasa tapi dalam kepala otak dah fikir apa yang akan aku harungi malam nanti. Berbekalkan tidur yang kurang cukup di siang hari gara-gara keretaku yang ingin bermanja menyebabkan konsentrasi mood untuk kerja malam sedikit terjejas.

Tak apalah, hopefully nothing happen *nak sedapkan hati*. Kebetulan malam tu production baru nak jalan sebab shutdown hari sebelumnya. Menjadi lumrah kalau production nak mula balik memang berpeluh dibuatnya sementara menunggu stabil. Pukul 8, 9, 10. Baru sempat dinner kat kantin kilang. Pukul 11, 12, 1 keadaan masih terkawal. Dan berganjak pukul 3 pagi dah mula semacam. Maklum la, time macam tu memang sedap bangat tido kat katil. Kerja pon makin bertambah. Sedar tak sedar subuh pon dah tiba. Kerja sesibuk mana tahap gaban pon aku tetap aku, mesti tinggal kerja pegi solat dulu. Biarlah nak jadi apa sebab panggilan ilahi lebih penting dari segalanya.

Sedar tak sedar dah pukul 8. Yess!!masa yang aku nantikan. Partner aku pon dah sampai, hand over walkie talkie pada dia then masuk opis lepas penat 2 3 minit terus blah scan out. Dalam keadaan separuh sedar disebabkan letih dan mengantuk tambah pulak sinaran matahari pagi yang terang benderang mata rasa berat macam ada ketul batu. Nyaris-nyaris nak dilanggar treler. Syukur nyawa masih panjang. Berbekalkan nasi lemak 2 bungkus untuk sarapan pagi aku melangkah masuk rumah dengan langkah perlahan. Masuk bilik terus terduduk hanya beralaskan mozek lantai bagi menghilangkan penat. Entah macam mana sedar2 dah pukul 10.

Inilah kali pertama dalam hidup aku kerja selama hampir 8 bulan balik kerja terus lesap. Selalunya aku mandi bersihkan badan then brekfast. Sebelum lelap buka tv tengok mhi atau kopi O nasi lemak dulu ke. Paling kurang pon masuk toilet basuh muka kaki baru baring jap. Tapi semalam aku totally out. Dah sedar pukul 10 bergerak lak ke katil, terlelap lagi untuk kali kedua. 10 minit kemudian barulah ada kudrat untuk bangun mandi dan brekfast.

Jadi, nasihat aku korang kerja lah macam mana sekalipun tapi kesihatan dan tanggungjawab pada Tuhan jangan diabaikan. Selamat menempuhi dunia yang penuh pancaroba :)



Keretaku yang nak bermanja-manja. Dah out saving aku bulan ni.


Korang bosan post ni??harap  maaf...


2 ulasan:

Azmil berkata...

aku tak bosan pun. suka ja hehehe..

chii chikaaa berkata...

Karna Di SEKOPPoker Sedang ada HOT PROMO loh!
Bonus Deposit Member Baru 80,000
Bonus Deposit Weekend 50,000
Bonus Referral 20% (berlaku untuk selamanya
Rollingan Mingguan 0.3% (setiap hari Kamis)
Daftar sekarang juga hanya di Sekop88poker.com
sekop poker
sekop 88
poker 88
poker 88 domino
deposit via pulsa
uang asli indonesia
daily gift
weekend gift
bonus jackpot x3