Khamis, 24 Januari 2013

Utusan dunia.


People said no body perfect on this world.
But I hope they not forget for the past 1434 Hijrah ago,
the special one, perfect in everything was born as a messenger to the world.

Salam maulidur rasul.

Selawat dan salam junjungan keatas baginda Rasulullah, Muhammad S.A.W dan keluarganya.

Hanya satu doa, moga ku temuimu ya Rasulullah yang dikasihi di sana kelak.amin.


hafiz.

Selasa, 22 Januari 2013

Happy birthday

21 January 2013 - Secara rasminya umur mencapai 25 tahun.Ok, muda lagi.

Terima kasih kepada semua yang wish dan doakan yang terbaik untuk diri ini.
Hanya Allah yang mampu membalasnya dan aku kirimkan doa untuk kalian.
Tak perlu berkarang panjang, cukuplah entry-entry yang lepas sempena  Birthday di imbas. :)

Moga di beri petunjuk dalam meneruskan kehidupan yang akan datang.
Moga tidak lalai dalam mengejar hal keduniaan.
Moga cepat di pertemukan jodoh.
Moga dapat meneruskan bakti kepada keluarga, agama dan bangsa pada sekadar yang mampu.
Moga dikurniakan rezeki yang di berkati dan menjadi insan yang bersyukur.

Dan yang penting moga hidup ini di berkati oleh Nya hingga ke akhir hayat.
Syukur Alhamdulillah pada Ilahi kerana mengurniakan hingga ke saat ini bernafas di muka bumi.



Khamis, 17 Januari 2013

Sepetang

Today my first annual leave for the year 2013 even only half day leave. Macam awal sangat ambil cuti walaupun baru awal bulan, tapi disebabkan oleh my bos telah mengeluarkan arahan terbaru dimana engineer under him mesti clear leave at least 3 hari dalam tempoh 3 bulan,jumlahnya setahun 12hari tak termasuk cuti yang tahun lepas dibawa ke tahun ini sebanyak 5 hari.

Dan sekiranya arahan ini tak dipatuhi, performance appraisal akan terjejas atas alasan poor management..cisss.. Aku tahu tujuan utama bos untuk mengelakkan kami clear leave hujung tahun sampai berebut hari. Sampai dia sendiri tahun lepas terpaksa postpone cuti sebab ada orang lain kebas hari dia..haha

So sebagai langkah pertama,aku apply half day today dan tengoklah next month kalau ada hari yang sesuai untuk next planning cuti.

So,tak ada apa2 perkara nak buat balik rumah rehat-rehat. Dan semestinya tido dulu,tengok tv, basuh pinggan, lipat baju. Macam boring ja kan...hahaha. Untung kalau ada orang rumah ;)

Dan peluanag yang aku tak akan lepaskan kalau lepak petang dirumah, kegemaran sepanjang hayat...

Khamis, 10 Januari 2013

Adam & Hawa

Tak terdetik bagi aku nak layan drama bersiri yang mencecah 80 episod. Dan malam ni tamatlah episod akhir. Pada awal tayangan,aku buat tak pandang je drama ni walaupon melibatkan hero malaya.
Pernah cuba nak layan tapi jalan cerita yang slow dan melerek-leret. Tapi entah macam mana tersangkut plak bila dah nak habes..haha
Siapa kaki novel rasanya mesti dah tahu ending macam mana kan. Sweet. Bercinta lepas perkahwinan memang indah *berdasarkan apa yang ditayangkan*.
Jauh disudut hati moga Allah kurniakan saat yang sebegitu sweet dalam hidup aku nanti.aminn..

p/s: contohilah kebaikan,hindari keburukan.

Isnin, 7 Januari 2013

Rasa.

Dalam kehidupan ;

kejap rasa bahagia
kejap rasa sedih

kejap rasa gembira
kejap rasa duka

kejap rasa tenang
kejap rasa gelisah

kejap rasa cukup
kejap rasa belum

kejap rasa sayang
kejap rasa benci

kejap rasa rindu
kejap rasa bosan

Itulah kehidupan.kejap ok kejap tak ok.

Kejap diatas, kejap dibawah.

Yang penting istiqamah lah dalam kebaikan.

Khamis, 3 Januari 2013

Dia bukan jodohku.

Seseorang menegur pagi tadi di office 'eh hafiz why u look moody this morning'. Dengan sepantas kilat aku hanya mampu senyum tanpa sebarang kata dan terus menyambung kerja. Because of someone dude, thats my answer.

Nampaknya aku gagal nak sembunyikan sedikit perasaan kecewa didalam hati. Betul kata orang,kita boleh tipu orang lain tapi tidak diri sendiri. Why??Mungkin yang sedang membaca entry ni pasti tertanya. Aku sebenarnya berbelah bahagi sama ada nak kongsi atau tak hal2 yang berkaitan peribadi tapi bila difikirkan balik, apa salahnya kan sbb ada ke yang nak baca blog aku ni. Syok sendiri ja, sekurangnya terluah apa isi hati aku..hehe

Sekarang hati sedikit 'terasa' bila orang yang kita suka akan bertunang tak lama lagi. Perghhh..biar betik..Tapi silap aku juga dah tau sudah berpunya time berkenalan dulu,buat apa simpan perasaan kat dia. Kan sekarang dah makan diri sendiri. Tapi tak la kecewa sangat sebab memang dijangkakan perkara ni akan berlaku cuma waktu sahaja yang belum tiba. And finally yesterday she told me the time has come. Sekarang aku doakan yang terbaik untuk dia. Nothing to regret, i will find another one and thank for everything because being my friend :) so sesapa yang single boleh la contact k..haha

Tapi tak mengapa lah,mungkin ini antara ujian dariNya dalam proses mematangkan kehidupan aku. Memandangkan tahun baru 2013 telah membuka tirai,tiada azam baru yang perlu difikirkan. Cukup lah azam tahun lepas di bawa ke tahun ini. Apakah?? Cari bini!!!hahaha...seorang insan yang dapat menjadi makmum ketika solat,insan yang dapat share susah senang..

Ok la,doakan yang terbaik untuk aku. Kepada yang mengenali disana doa aku sentiasa bersama kamu semua.

Thank sebab sudi baca entry 'jiwa kacau' :)

SELAMAT TAHUN BARU 2013