Jumaat, 14 Disember 2012

Rabu, 12 Disember 2012

Selami jiwa


Bangunkan diri dulu,
baru fikirkan pasangan.

-Prof Dr Muhaya-

Ahad, 9 Disember 2012

Kampung

Aku berasa bertuah dibesarkan dengan suasana kampung.
Udara yang nyaman.
Suasana yang tenang,rilex.
Komuniti yang mesra.
Tenang minda dan fikiran seketika daripada kesibukan kerja apabila dapat menikmati suasana kampung.
Sebab tu la pantang hujung minggu tiba,tak akan lepas peluang pulang ke kampung jika diizinkan waktu.
Lagipun dapat juga menjenguk orang tua. :)

Rabu, 5 Disember 2012

Tingkap Kuasa

Bila turun tak mau naik balik..
Yang penting F.O.C sbb still covered by warranty..nicee

Ahad, 2 Disember 2012

dia.

Jangan habiskan waktu dengan mengejar seseorang,

jika dia memang ditakdirkan untuk kita,

sejauh mana pun kita berlari,dia tetap akan menjadi milik kita.


best man win.

Isnin, 29 Oktober 2012

bacalah.

Kekadang kita terlalu berkira untuk mencari bekalan akhirat walaupon dengan cara yang mudah.

Terlupa seketika yang dunia hanya sementara.

Kita boleh mengeluarkan money untuk urusan seharian yang kadang2 hanyalah untuk kepuasan diri yang seketika. Bukan dinafikan untuk kepuasan diri tapi biarlah ia denagn penuh hikmah. I am try to be on that way.

Tetapi buku agama,majalah soal Islam yang cuma sekitar rm10 endah tak endah dibuatnya.

Bila masa nak baca belakang cerita, yang penting invest dulu untuk saham akhirat walaupun sikit.

Bila sudah ada kemahuan membeli, barulah moving forward dengan mendidik diri membaca walaupon sehari sebaris ayat.

Lagi seperkara banyakkan bersedekah walaupon hanya sempat ditabung jumaat. Janganlah sesekali berkira dengan rezeki tuhan bagi.


Pernah teringat pesanan ustaz keberkatan rezeki bukanlah terletak berapa banyak dikumpul tetapi hasil yg diperolehi dan kearah mana ia digunakan baik atau sebaliknya.


Nasihat untuk diri sendiri.

"iqra'"

Khamis, 25 Oktober 2012

Sabtu, 20 Oktober 2012

budu lawe senapang

Memandangkan ramai komentar x bertauliah dan x rasmi dalam fb, maka aku pon x nak menambah lagi kehangatan piala malaysia.
Alternative aku komen status kat blog.
"ada komen yg lucu,sindir,geram dan x puas hati..berlagak pon ada sebab menang..nasihat gua satu je before update status tu ingatlah sikit perasaan org lain.tahniah game memang terbaik".
via mobile..

Isnin, 8 Oktober 2012

banyak persoalan di minda


dimanakah? bagaimanakah? bilakah? siapakah?

mohon diberi petunjuk oleh Nya

Rabu, 29 Ogos 2012

Ahad, 5 Ogos 2012

salam ramadhan

Dah lama benar x update ni. dah nak dekat raya pon..hehe Dibulan yg mulia dan diberkati,selamat berpuasa diucapkan. Jangan sia-siakan bulan ni tanpa amal ibadat yg banyak,rugi. Maaf la ye dah separuh ramadhan baru sempat nk wish. Aku sedar sekarang org dah mula wish selamat hari raya. Ok la,see u next post..insyaallah ;) -dlm mood cuti 3 hari kt kg..hehe

Khamis, 21 Jun 2012

messanger


To all who have people under u, pls be responsible. thank u.

(sms from my supervisor)

Selasa, 19 Jun 2012

dugaan.

Bak kata pepatah disangkakan panas sampai ke petang,
rupanya hujan ditengah hari.
Jadi disaat kita bergembira ataupun bersuka ria,
jangan disangka tak mampu mengalir air mata.

Sekian.

Jumaat, 8 Jun 2012

selamat malam

Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya
Yang masih belum di huni
Tapi bilakah tiba waktunya
Hanya Nya yang tahu semoga

Dia permudahkan jalan untuk ku pada seseorang....

Sabtu, 19 Mei 2012

Masakan bujang

Bila mood tengah baik disamping tahap boring mula menaik pada hari
tak kerja mulalah tangan ni rasa nak pegang kuali dengan senduk.
Maka dengan desakan itu terhasillah sebuah karya seni masakan yang dinamakan
ayam masak kicap bujang :-p

2 ketul; 1 lunch 1 lagi dinner..hahaha

Rabu, 16 Mei 2012

Kenangan

Bila tgk drama kat astro warna Cikgu Timah Tukar Sekolah teringat lak zaman sekolah. Especially bila tgk scene bab utus-mengutus surat. Siap ada posmen karat lagi.. Teringat zaman cinta monyet dulu..kehkeh update via android

Rabu, 9 Mei 2012

Congratulation to her.


Peluang yang aku ada sebagai pemilik mutlak blog ini, aku nak ucapkan tahniah pada seseorang sempena kejayaan beliau menggengam segulung ijazah pada majlis konvokesyen UPSI yang ke 14 kemarin.

Kemungkinan besar dia tak akan baca ucapan ini tapi itu tak penting, cuma sekadar ingin berkongsikan kegembiraan dengan kejayaan beliau. I'm proud with her :)

Siapakah beliau?? Itu pon tak penting, biarkan kenangan manis lalu disimpan rapi. Dari jauh aku doakan semoga dia berjaya dalam apa yang diceburi especially master yang sedang di tuntut dan bahagia disamping insan-insan tersayang.


Tahniah awak :)

Isnin, 23 April 2012

Isu PTPTN

Sekarang ni isu hangat yang sedang dipermainkan menjelang pilihan raya ialah pemansuhan atau hapuskan ptptn dengan erti kata sesapa yang dah 'terlanjur' berhutang dengan ptptn automatiknya terlepas dari membayar. Macam menarik kan kalau ia menjadi kenyataan. Ia mungkin salah satu agenda sesetengah pihak bagi memancing undi menjelang pilihan raya nanti.

Ok, aku bukan nak membangkang ataupon mengiyakan hal ini sebab aku antara puluhan ribu peminjam ptptn yang masih belum berbayar. Cuma disini aku nak berkongsikan pendapat aku yang berkaitan dengan ptptn. Pertama hal memansuhkan ptptn. Ada pro dan kontranya. Yang pro ialah ramai yang menarik nafas lega kerana tak perlu bayar hutang dan bebas dari cengkaman ptptn dalam hidup. Aku pon akan tumpang gembira, duit yang sepatutnya untuk ptptn dah boleh guna untuk bayar bil2 yang berkaitan. Yang kontranya 'kemungkinan' kerajaan akan menarik kos pemansuhan ptptn kepada kos yang lain, seperti menaikkan cukai bagi menampung hutang peminjam ptptn. Dan dari segi peluang pendidikan especially budak melayu kita nak sambung pelajaran ke ipta mungkin terbantut dek kekangan mencari duit untuk membayar yuran nanti. Lain la kalau mak pak kita jutawan ataupon kerajaan Malaysia sangat berbaik hati dengan sanggup berikan biasiswa kpd semua yang layak ke ipta. Kalau dah anak melayu kita tak berpeluang mendapatkan pelajaran ke tahap lebih tinggi, apa nak jadi dengan masa depan kita?nak merempit kat jalan?

Yang kedua, pasal karenah birokrasi ptptn yang membuatkan aku terkilan. Aku tamat belajar bulan Mei 2011 dan sampai sekarang masih belum mendapat sebarang surat yang menyatakan dengan lengkap bila, bagaimana dan berapa jumlah yang sepatutnya perlu dilangsaikan dalam tempoh berapa tahun. Tapi haram sepucuk surat pon tak sampai. Bila semak secara online ptptn dah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak rm65 sebulan. Dah hampir 10 bulan, tak kan tu pon tak mampu nak buat untuk sediakan detail pinjaman aku dulu. Mungkin diorang boleh bagi alasan, adek tak tak tahu ke ptptn caj perkhidamatan sudah sudah termaktub dalam surat perjanjian yang telah dipersetujui bersama dan akan dikenakan selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman tetapi ingatkah diorang bahawa tu 4 tahun yang lepas bukan 4 bulan yang lepas. Mana la nak ingat semua tu, yang tau cukup sem dapat duit then cucuk atm. Then habis belajar kena bayar balik. Tu je...

Cadangan, tolonglah kemaskini kan surat pembayaran balik peminjam jangan la duduk diam je then kenakan caj perkhidmatan. Aku bukan nak marah dengan caj tu <walaupon agak tinggi> tapi sekurang-kurangnya informlah dulu supaya aku dapat planning pembayaran dengan teratur. Bukan masalah liat nak bayar, tapi kadang2 sebab macam ni lah ramai ex-student berasa ralat dengan ptptn. Siapa yang patut dipersalahkan? Akhir kata, memansuhkan ptptn bukanlah satu idea yang bernas lagi bijak tetapi sekiranya caj perkhidmatan dihapuskan itu adalah yang terbaik dan wajar. Lagi satu hukum membayar hutang adalah wajib, so renung2 kan lah....

sekian dari peminjam ptptn untuk 1 malaysia...

Rabu, 18 April 2012

Wordless Wednesday

 

 

"And in the end it's not the years in your
life that count. It's the life in your years."

 

- Abraham Lincoln

Selasa, 17 April 2012

The wait is over.

The wait is over (ciplak paultan punya beginning). Manakan tidak dah lama benar aku nantikan model baru Proton ni. Inilah kali pertama aku ikuti perkembangan sejak dari tahun lepas sehinggalah dilancarkan. Tak pernah sebelum ni aku nak ambik tau dengan detail pasal model baru Proton. Ini berpunca kerana taraf hidup aku dh up sikit. Dulu kalau ambik tau pon bukan berguna sangat, bukan boleh beli lagi.

Pernah dalam perancangan nak tunggu hingga tahun 2012 untuk memiliki sebuah kereta gara-gara nak tunggu model baru Proton ni. Tapi apa kan daya, kehendak nak memandu kereta sendiri terlalu kuat menyebabkan tanggal Oktober 2011 'teman baru' dah siap parking kat rumah. Finally tonight this new Proton was launched and sadly I can't live watch it because 'commitment' with my job..hampehh...

Alahai preveee....



si putih ku...

Khamis, 12 April 2012

Ohsem!!

When creativities meets machine, here the results! Best Dressed Ford Fiesta Contest,  was held at Jalan Telawi 3, Bangsar on & 7 April. I love it even I'm not Fiesta fan :)






Jumaat, 6 April 2012

Think it.

"The greatest mistake you can make in
life is to be continually fearing
you will make one."


Selasa, 27 Mac 2012

jalan-jalan-Padang besar, Perlis

Last weekend, memandangkan bos bg greenlight cuti satu hari + restday 2 hari aku telah berkunjung ke Perlis. Matlamat hanya satu, nak pegi Padang Besar beli jersey holland hitam yang memang ohsem..yang tu ja??hampeh. Tapi bak kata orang, selalunya matlamat akan tersasar. ya, aku dah jauh tersasar dari matlamat asal. Bukan jersey ja, periuk belanga, kasut, beg, kekacang, buah limau dan kereta control aku angkut sekali. Lebih 2++ aku abeskan..kahkahh

welcome to perlis.

pemandangan ladang tebu Chuping.
Ni kali kedua kunjungan aku ke Padang besar. First time dulu pegi dengan train, naik di Gurun dan turun di P.Besar.

padang besar..besar ke??

Selain tu, aku saja nak bawa cik putih jalan jauh sikit. Asyik2 kedah penang ja. Sempat juga test mendaki semasa menuju ke Wang Kelian yang bersempadan dengan Satun, Thailand. Pada gear 2 dan 3 bagi kereta bertransmisi auto, cik putih tak ada masalah mengambil selekoh 270 d dengan kecuraman hampir 45 d. So lepas ni boleh planing Cameron ataupon Genting plak.

gua kelam untuk kali ke 2. first time sampai pd 2007, BTN


bukit yang aku tak tau nama but nice.
Lagi satu, kat tempat mana yang boleh dapat beg Deuter 45L dengan hanya 50 ringgit??hehehe

made in S***

Jumaat, 23 Mac 2012

Cerita di Kampung Pelet

Puncak Mutiara Cafe, kampung Pelet nama yang tak pernah aku dengar sebelum kecuali beberapa bulan yang lepas. Tu pon atas hebahan kawan2 lama dan rakan2 kat tempat kerja. First impression bila masuk restoren ni, wow! Dalam kepala otak sebelum sampai ingatkan hanya sebuah restoren biasa macam kebanyakkan kedai Pattani yang bersepah kat tepi-tepi jalan tapi meleset sekali fikiran aku. Menjadi kebiasaan kalau nak makan selalunya gerai2 tepi jalan gak yang disinggah. Mana mampu nk terjah restoren mahal macam ni selalu kan. Menu yang ditawarkan boleh buat korang meleleh air liur masa nak ambik order sampai tak terpilih banyaknya. Apa2 pon boleh dikatakan memang sedap, berbaloi dengan harga....

Aku order yang ni, Puncak Mutiara Special RM19.90
(Set of Nasi Beriani, Ayam Kampung Kismis, Kambing Massalla, Telur Rebus, and Choices of Fruit Juice)
Ni member punya order Nasi Beriani Peha Kambing RM 18.80


Ahli jemaah yang datang.
 Bila tengok suasana restoren yang cantik dengan susunan lanskap yang kemas dan lampu penambah seri, mungkin suatu hari akan aku jejak semula kesini bersama bakal isteri <kalau jodoh dah sampai> baru romantik sikit..kahkahkahh. Dan sesuai gak kalau buat family gathering :)

Apa tunggu lagi, mai la ramai-ramai cuba.

Apa2 pon tenkiu pada korang yang sudi ikut aku secara mengejut, dah lama benar tak lepak-lepak gelak dengan korang. Dapat gak berkongsi isu-isu semasa :)


Rabu, 21 Mac 2012

2012-Ducati Panigale 1199

Akan ku beli kalau jadi jutawan..fuhhh!!




  • Type: Superquadro: L-twin cylinder, 4 valve per cylinder, Desmodromic, liquid cooled
  • Bore x Stroke: 112 x 60.8mm
  • Power: 195hp (143kw) @ 10,750rpm
  • Torque: 98.1lb-ft (132Nm) @ 9,000rpm
  • Exhaust: 2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel mufflers with aluminum outer sleeves
  • Transmission: 6-Speed
  • Clutch: Slipper and self-servo wet multiplate clutch with hydraulic control
Price around RM 160k to 200k..bapak mahalll !!!

Jumaat, 16 Mac 2012

Kolej Matrikulasi Kedah selepas 6 tahun.

KMK merupakan tempat aku belajar semasa program matrikulasi dulu iaitu sesi 2006/2007. Terletak di Changlon Kedah, disinilah aku membentuk diri aku yang memberi kesan sedikit sebanyak sehingga ke hari ini. Dah 6 tahun berlalu, tidak banyak berubah hanya cat diganti baru. Agak rindu dengan kehidupan lama disana dengan kelas yang pack dan tutorial lagi tapi itulah dinamakan pengalaman. Kepada sesapa yang penah std kat KMK, jom layannn.....malas nk ngomen panjang2...







ruang legar lecture hall


bilik aku tingkat 2

komplek tutorial

pejabat lecturer

dewan

pejabat pentadbiran

library

secawan kopi :)

Terima kasih kpd Sallehuddin sbb kasi permission post gambar ni dlm blok (my classmate kat kmk :)

Sabtu, 10 Mac 2012

Nak pegi tapi....


Proton POWER OF 1 automotive showcase



Hopefully one day they will come to Penang...hopefully...

(untung ler jadi org kay el)


Selasa, 6 Mac 2012

Cerita mencari kerja untuk fresh graduates

Kepada adik-adikku sekalian yang bakal tamat belajar dan sedang mencari kerja, disini abang ada cerita sikit sama korang. Ini free punya version, tak perlu bayar dan semua ini berdasarkan pengalaman abang dulu masa nak minta kerja. Dah2, rasa segan lak berabang abang dengan korang. Dengan harapan post yang tak menarik ni dapat menjadi panduan kat korang semua yang bakal menempuhi alam pekerjaan nanti. Sedikit info dibawah sebagai muqaddimah untuk cerita aku.

lebih dari 50 resume ak submit ke company
lebih dari 20 company yang panggil interview
lebih kurang 15 company aku attend interview
hanya 3 company yang sudi tawarkan kerja (seminggu sebelum masuk annjoo).

Ok, aku sempat rehat sebulan je kat rumah selepas habis belajar. Seingat aku, sebulan rehat tu tak bermaksud goyang kaki makan tidur. Asyik-asyik dapat calling untuk attend interview. Pernah dalam seminggu, 5 interview aku pergi dan ada juga dalam sehari sampai 2 interview company yang berlainan. Hujan panas tak payah cerita la, kadang2 rasa macam nak cancel pegi interview sebab terkandas hujan. Maklum la, dulu kesana sini dengan motosikal kesayangan aku yang banyak berjasa.

Pasal resume:

Rasanya semua sudah maklum macam mana format untuk tulis resume kan. Disini aku hanya nak highlight beberapa perkara sahaja. Antaranya resume korang tak perlulah panjang berjela. Sekadar 2 page atau maximum 3 page. Biarlah resume korang kemas, teratur, ringkas tetapi padat dan yang paling penting sedikit kreativiti dalam susunan layout. Janganlah resume serupa buat nota dalam kuliah hanya ada 1,2,3 dan guna point2 ja. Sedikit sebanyak menunjukkan korang kurang profesional dalam menyediakan dokumen rasmi. Masa nak hantar resume jangan lupa sertakan sekali cover letter. Memadai 1 page saja. Dalam cover letter cerita la pasal intern korang ke, pengalaman or kelebihan korang. Kalau nak power lagi cuba kaitkan requirement yang dia nak dengan apa yang korang ada. Ok, dah lengkap 2 perkara iaitu resume dan cover letter. Tak payah la korang sertakan sekali dengan segala bagai sijil yang korang ada. Dalam resume dah cukup lengkap korang nyatakan, sijil tu semua berguna bila dipanggil untuk interview jikalau berjaya. Kalau ada surat sokongan semasa buat intern dulu elok juga disertakan sekali.

Macam mana sampai aku boleh hantar 50 resume?Nak refer kat mana alamat? Dulu masa study week for last semester aku dengan member aku telah jalan-jalan cari kerja. Habis satu Penang kami terjah. Dengan berbekalkan sampul resume yang tebal dan sedikit duit minyak kami mulakan pengembaraan yang memakan masa hampir sehari suntuk. Bagi kawasan utara, kawasan perindustrian Prai, Bukit Minyak, Kulim dan Bayan Lepas adalah lubuk untuk mencari kerja. Tetapi jangan limitkan area pilihan korang sebab rezeki Allah ada dimana-mana walaupon didalam hutan mahupon ditengah laut.

Pasal kerja:

Pasal pemilihan kerja, ramai yang cakap budak fresh ni tak payah la nak demand sangat. Apa yang korang dapat korang sambar. Kadang-kadang perkara ni betul dan kadang-kadang sebaliknya. Sebab nanti aku ceritakan. Sekarang aku nak bagi tau cara aku mintak kerja dulu. Pertama, dengan pos direct ke alamat kilang. Yang kedua submit direct ke post pengawal kilang. Ketiga melalui career fair atau walk in interview. Keempat dengan daftar di jobstreet  dan kelima by email. Bagi aku email adalah perkara wajib yang perlu korang buat walaupon keempat-empat cara diatas korang dah guna. Ini menunjukkan korang begitu serius nak kerja. Tetapi bila korang nak email, janganlah attach sekali cover letter, cukuplah resume sebab cover letter tu korang guna nak compose email. Means korang copy and paste then attach your resume. Understand?


Ok, sekarang cerita pasal pemilihan kerja. Permulaan nak pohon korang janganlah memilih sangat. Takut nanti peluang semakin kecil. Bila interview korang dah berjaya dan mempunyai banyak pilihan, pilih la yang terbaik. Sekadar berkongsi pengalaman member aku. Dalam tempoh 8 bulan, dia telah bertukar kerja dah lebih 3 company sampai la dia betul-betul puas hati. Kalau rasa tak berapa sesuai dengan kerja nanti, better jangan resign selagi korang tak ada backup plan *in case kalau korang dah tak tahan sanagt baik cabut lari*. Korang mesti tertanya pasal gaji kan, berapa nak demand. Apa yang aku tau sekarang average basic salary for fresh engineer around 2500. Paling less pon 2200. Kalau korang dapat less lagi bermakna company tu mungkin kecik or kedekut..hehe. Ataupon position yang ditawarkan assistant engineer atau contract.

Korang kena gak consider beberapa faktor pasal kerja yang nak mintak. Antaranya pertama sekali comfirm kan pasal gaji, kedua pasal jenis industri yang terlibat sama ada industri berat atau semikonduktor atau oil & gas atau automatif atau manufacturing atau dan atau. Kalau korang jenis yang tahan lasak tak kisah la mana industri yang minat sebab sememangnya korang dilahirkan dengan daya tahan yang tinggi. Tetapi kalau korang nak yang kerja tak berpeluh, berhabuk, panas dan berminyak, nak sejuk dalam aircond ja mungkin elakkan dari masuk heavy industries. Selain tu masa interview kena la tanya pasal allowances/benefits  yang disediakan, then kerja sama ada normal atau shift sebab aku keja shift, memang kena ada komitmen yang tinggi. So tepuk dada tanya selera masing-masing.

Ok, rasanya dah panjang lak post aku kali ni. Kalau ada apa2 persoalan yang berada di minda jangan segan silu sila hantarkan komen dibawah. Insyaallah aku cuba jawabkan tapi kalau nak minta kerja dengan aku harap maaf sebab aku pon kuli bukan jadi manager lagi. Mungkin boleh tolong rekemenkan application korang untuk bos aku. Sekian dan selamat beramal :)



Khamis, 1 Mac 2012

Kerja oh kerja

Bulan Mac 2012. Cepat masa berlalu meninggalkan kita. Kali ini tak ada bahan yang menarik bagi pembuka bulan Mac. Cuma apa yang ingin di kongsi ialah sedikit kisah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi Allah ini.

Bekerja shift memerlukan komitmen dan jati diri yang kuat especially bila shift malam. Normal manusia mencari rezeki di siang hari dan malam beristirehat dan mendekatkan diri dengan Dia. Tetapi bagi aku kalau shift malam bermula dari pukul 8 malam hingga la ke 8 pagi esok, 12 jam.

Yang nak dikongsi ialah perkara yang terjadi kemarin. Pergi keja macam biasa tapi dalam kepala otak dah fikir apa yang akan aku harungi malam nanti. Berbekalkan tidur yang kurang cukup di siang hari gara-gara keretaku yang ingin bermanja menyebabkan konsentrasi mood untuk kerja malam sedikit terjejas.

Tak apalah, hopefully nothing happen *nak sedapkan hati*. Kebetulan malam tu production baru nak jalan sebab shutdown hari sebelumnya. Menjadi lumrah kalau production nak mula balik memang berpeluh dibuatnya sementara menunggu stabil. Pukul 8, 9, 10. Baru sempat dinner kat kantin kilang. Pukul 11, 12, 1 keadaan masih terkawal. Dan berganjak pukul 3 pagi dah mula semacam. Maklum la, time macam tu memang sedap bangat tido kat katil. Kerja pon makin bertambah. Sedar tak sedar subuh pon dah tiba. Kerja sesibuk mana tahap gaban pon aku tetap aku, mesti tinggal kerja pegi solat dulu. Biarlah nak jadi apa sebab panggilan ilahi lebih penting dari segalanya.

Sedar tak sedar dah pukul 8. Yess!!masa yang aku nantikan. Partner aku pon dah sampai, hand over walkie talkie pada dia then masuk opis lepas penat 2 3 minit terus blah scan out. Dalam keadaan separuh sedar disebabkan letih dan mengantuk tambah pulak sinaran matahari pagi yang terang benderang mata rasa berat macam ada ketul batu. Nyaris-nyaris nak dilanggar treler. Syukur nyawa masih panjang. Berbekalkan nasi lemak 2 bungkus untuk sarapan pagi aku melangkah masuk rumah dengan langkah perlahan. Masuk bilik terus terduduk hanya beralaskan mozek lantai bagi menghilangkan penat. Entah macam mana sedar2 dah pukul 10.

Inilah kali pertama dalam hidup aku kerja selama hampir 8 bulan balik kerja terus lesap. Selalunya aku mandi bersihkan badan then brekfast. Sebelum lelap buka tv tengok mhi atau kopi O nasi lemak dulu ke. Paling kurang pon masuk toilet basuh muka kaki baru baring jap. Tapi semalam aku totally out. Dah sedar pukul 10 bergerak lak ke katil, terlelap lagi untuk kali kedua. 10 minit kemudian barulah ada kudrat untuk bangun mandi dan brekfast.

Jadi, nasihat aku korang kerja lah macam mana sekalipun tapi kesihatan dan tanggungjawab pada Tuhan jangan diabaikan. Selamat menempuhi dunia yang penuh pancaroba :)



Keretaku yang nak bermanja-manja. Dah out saving aku bulan ni.


Korang bosan post ni??harap  maaf...