Selasa, 6 Mac 2012

Cerita mencari kerja untuk fresh graduates

Kepada adik-adikku sekalian yang bakal tamat belajar dan sedang mencari kerja, disini abang ada cerita sikit sama korang. Ini free punya version, tak perlu bayar dan semua ini berdasarkan pengalaman abang dulu masa nak minta kerja. Dah2, rasa segan lak berabang abang dengan korang. Dengan harapan post yang tak menarik ni dapat menjadi panduan kat korang semua yang bakal menempuhi alam pekerjaan nanti. Sedikit info dibawah sebagai muqaddimah untuk cerita aku.

lebih dari 50 resume ak submit ke company
lebih dari 20 company yang panggil interview
lebih kurang 15 company aku attend interview
hanya 3 company yang sudi tawarkan kerja (seminggu sebelum masuk annjoo).

Ok, aku sempat rehat sebulan je kat rumah selepas habis belajar. Seingat aku, sebulan rehat tu tak bermaksud goyang kaki makan tidur. Asyik-asyik dapat calling untuk attend interview. Pernah dalam seminggu, 5 interview aku pergi dan ada juga dalam sehari sampai 2 interview company yang berlainan. Hujan panas tak payah cerita la, kadang2 rasa macam nak cancel pegi interview sebab terkandas hujan. Maklum la, dulu kesana sini dengan motosikal kesayangan aku yang banyak berjasa.

Pasal resume:

Rasanya semua sudah maklum macam mana format untuk tulis resume kan. Disini aku hanya nak highlight beberapa perkara sahaja. Antaranya resume korang tak perlulah panjang berjela. Sekadar 2 page atau maximum 3 page. Biarlah resume korang kemas, teratur, ringkas tetapi padat dan yang paling penting sedikit kreativiti dalam susunan layout. Janganlah resume serupa buat nota dalam kuliah hanya ada 1,2,3 dan guna point2 ja. Sedikit sebanyak menunjukkan korang kurang profesional dalam menyediakan dokumen rasmi. Masa nak hantar resume jangan lupa sertakan sekali cover letter. Memadai 1 page saja. Dalam cover letter cerita la pasal intern korang ke, pengalaman or kelebihan korang. Kalau nak power lagi cuba kaitkan requirement yang dia nak dengan apa yang korang ada. Ok, dah lengkap 2 perkara iaitu resume dan cover letter. Tak payah la korang sertakan sekali dengan segala bagai sijil yang korang ada. Dalam resume dah cukup lengkap korang nyatakan, sijil tu semua berguna bila dipanggil untuk interview jikalau berjaya. Kalau ada surat sokongan semasa buat intern dulu elok juga disertakan sekali.

Macam mana sampai aku boleh hantar 50 resume?Nak refer kat mana alamat? Dulu masa study week for last semester aku dengan member aku telah jalan-jalan cari kerja. Habis satu Penang kami terjah. Dengan berbekalkan sampul resume yang tebal dan sedikit duit minyak kami mulakan pengembaraan yang memakan masa hampir sehari suntuk. Bagi kawasan utara, kawasan perindustrian Prai, Bukit Minyak, Kulim dan Bayan Lepas adalah lubuk untuk mencari kerja. Tetapi jangan limitkan area pilihan korang sebab rezeki Allah ada dimana-mana walaupon didalam hutan mahupon ditengah laut.

Pasal kerja:

Pasal pemilihan kerja, ramai yang cakap budak fresh ni tak payah la nak demand sangat. Apa yang korang dapat korang sambar. Kadang-kadang perkara ni betul dan kadang-kadang sebaliknya. Sebab nanti aku ceritakan. Sekarang aku nak bagi tau cara aku mintak kerja dulu. Pertama, dengan pos direct ke alamat kilang. Yang kedua submit direct ke post pengawal kilang. Ketiga melalui career fair atau walk in interview. Keempat dengan daftar di jobstreet  dan kelima by email. Bagi aku email adalah perkara wajib yang perlu korang buat walaupon keempat-empat cara diatas korang dah guna. Ini menunjukkan korang begitu serius nak kerja. Tetapi bila korang nak email, janganlah attach sekali cover letter, cukuplah resume sebab cover letter tu korang guna nak compose email. Means korang copy and paste then attach your resume. Understand?


Ok, sekarang cerita pasal pemilihan kerja. Permulaan nak pohon korang janganlah memilih sangat. Takut nanti peluang semakin kecil. Bila interview korang dah berjaya dan mempunyai banyak pilihan, pilih la yang terbaik. Sekadar berkongsi pengalaman member aku. Dalam tempoh 8 bulan, dia telah bertukar kerja dah lebih 3 company sampai la dia betul-betul puas hati. Kalau rasa tak berapa sesuai dengan kerja nanti, better jangan resign selagi korang tak ada backup plan *in case kalau korang dah tak tahan sanagt baik cabut lari*. Korang mesti tertanya pasal gaji kan, berapa nak demand. Apa yang aku tau sekarang average basic salary for fresh engineer around 2500. Paling less pon 2200. Kalau korang dapat less lagi bermakna company tu mungkin kecik or kedekut..hehe. Ataupon position yang ditawarkan assistant engineer atau contract.

Korang kena gak consider beberapa faktor pasal kerja yang nak mintak. Antaranya pertama sekali comfirm kan pasal gaji, kedua pasal jenis industri yang terlibat sama ada industri berat atau semikonduktor atau oil & gas atau automatif atau manufacturing atau dan atau. Kalau korang jenis yang tahan lasak tak kisah la mana industri yang minat sebab sememangnya korang dilahirkan dengan daya tahan yang tinggi. Tetapi kalau korang nak yang kerja tak berpeluh, berhabuk, panas dan berminyak, nak sejuk dalam aircond ja mungkin elakkan dari masuk heavy industries. Selain tu masa interview kena la tanya pasal allowances/benefits  yang disediakan, then kerja sama ada normal atau shift sebab aku keja shift, memang kena ada komitmen yang tinggi. So tepuk dada tanya selera masing-masing.

Ok, rasanya dah panjang lak post aku kali ni. Kalau ada apa2 persoalan yang berada di minda jangan segan silu sila hantarkan komen dibawah. Insyaallah aku cuba jawabkan tapi kalau nak minta kerja dengan aku harap maaf sebab aku pon kuli bukan jadi manager lagi. Mungkin boleh tolong rekemenkan application korang untuk bos aku. Sekian dan selamat beramal :)



17 ulasan:

paklah berkata...

nasihat dari yang pakat, APIT~

Aieda Adnan berkata...

mcm knl je kwn abg yg melompat2 smpai 3 kompeni tu..haha

satu lagi tambahan: korang kne la tau kje jenis mcm mane yg korang nak.either hands on job atau planning job atau sebagainya. it's crucial to know what u really want in ur job..takut bile dah kje, akan timbul rase tak minat atau tak puas atau bosan..ni la yg jd pada kwn apit yg melompat lompat tu..

me suya berkata...

nasihat berguna.. 50 kompeni erk.. Suya takde pengalaman anta resume banyak tu.. Sepanjang masa cr kerja dulu.. hnya 8resume anta kat kompeni yg nk je.. seb baik sangkut.rezeki Allah tetapkan.. Alhamdulillah.. yg penting jgn demand sgt.. dah kerja, baru boleh demand sikit.. hahahaha

-apis- berkata...

mmg kenal sgt pon bdk yg lompat keja tu..cuma x leh tag ja..haha

apa2 alhamdulillah dh dpt keja :)

masturah mj berkata...

Salam..tumpang tny...saya minat dlm industri oil and gas...ok ke..klu wanita ceburi bdg ini...? kalau ok..any suggestion what kind of type job women position in this industry...tq...sorry mengganggu..

Tanpa Nama berkata...

thank you so much!!! part yang hantar salinan sijil tu...nearly done it...thank for your blog.... tq..tq..tq....haha

-apis- berkata...

good luck..sory for lat reply :)

Unknown berkata...

Jom buat bisnes tanpa modal....usaha gigih insyaallah menghasilkan pendapatan lumayan

Tanpa Nama berkata...

pandai penulis blog ni menulis. ayat2nya yg puitis. hehee. btw sy mm kt AJ. or mystery man kiki...

Unknown berkata...

hi

Unknown berkata...

salam kpd sesape ingin jd promoter ntwork bjyà hnya sediakn modal rm55 untuk jd ahli.whtsp sy 0172769121 untuk keterangan lanjut

Unknown berkata...

hi

Nurfarah Bt Mohd Shobery berkata...

tq for the tips..sedikit sebanyak buka minda sy mcm mana nk cari kerja...klu x mcm blur2 je... :)

Bangmi berkata...

klau dlm jbstreet tu dh ada 100 lbih org yg apply position tu,mcm mana mjikn nk tgk resume kta? pdahal dh byk resume org lain dh antar

Bangmi berkata...

klau dlm jbstreet tu dh ada 100 lbih org yg apply position tu,mcm mana mjikn nk tgk resume kta? pdahal dh byk resume org lain dh antar

Tanpa Nama berkata...

Bebaloi ke cari keja dkt JobStreet? Ataupun lbh baik cari keja manual, yg main htr by hand tu.
Trimas

-apis- berkata...

salam sejahtera..dah >3 thn post dibuat,harap dpt memberi manfaat kpd pembaca. penulis pon dh 4 thn keja,masih lg 1st company..job street cara yg plg mudah n senang tp chance nk dpt bergantung pd rezeki masing2..aply by hand mgkn susah sket sbb perlukan usaha yg lebih tp company akan dpt direct aplication..hopefuly depa akan priority tgk hardcopy instead dlm online