Sabtu, 27 Julai 2013

Ramadhan 1434 - mom cooking

Mom cooking is the best. Anyone can deny it?


Menu minggu lepas..terbaikk!

Less than 1 and half hour to finish my working today, and be ready to balik kampung.
Still thinking what will my mum cooking for today iftar..hahha

Selasa, 16 Julai 2013

Ramadhan 1434

Masih belum terlambat, salam Ramadhan pada semua. Ramadhan yang ke 7, moga-moga amal ibadat kita semua diterima oleh Nya, inshaAllah.

Pejam celik dah 3 tahun menyambut Ramadhan dirumah sewa Juru. Dan seperti biasa masih keseorangan, harap2 tahun depan dah berdua..hehe. Hujung minggu lepas sempat la balik kampung untuk berbuka puasa bersama family. Honestly cakap feel berbuka seorang dengan family memang tak dapat nak compare.

Berbuka seorang sambil makan ayam percik + jus tembikai + kuih seri muka masih belum mampu tandingi feel berbuka dengan  family walaupon menu sambal telur + air oren + murtabak sekeping 2 ringgit.

Pesanan, siapa yang berkesempatan dapat berbuka dengan family jangan lepaskan peluang ini. Mungkin bulan-bulan yang lain jarang makan sekali, jadi bulan ni lah masanya nak duduk semeja menjamu hidangan.

Sekian, selamat berpuasa.(jam ditangan baru 1.30pm, 6 jam 9 minit lagi)


Ahad, 16 Jun 2013

7 Ways of Boosting Your Metabolism

Many of us have a sluggish metabolism. This can make it really difficult to lose weight and extremely easy to gain weight. A slow metabolism can also make you tire out easily so you don’t get to enjoy all that life has to offer. However, there is good news. You can easily boost your metabolism naturally if you know how. Below, you will find 7 ways to increase your metabolism:

1. Early Morning Intense Exercise – A short burst of intense exercise when you first get up can do wonders for your metabolism. Dr. Oz has advocated for this method of speeding up the metabolism. The best part is you only have to do about five minutes of intense exercise to reap the benefit all day. The exercise you do can be really simple. Examples would include running in place, jumping jacks, and lunges. Of course, if you have a stair master or a jogging machine, that would work too. Just get your heart rate up for five minutes and cool down for two minutes.

2. Eat More Spicy Foods – Hot spices like curry, cayenne pepper, black pepper, cumin, and turmeric all help the body speed up your metabolism. There are other “hot” spices that you may not think of as hot but they react in the body in this way. They include cinnamon, cardamon, ginger, and nutmeg. Try adding these tasty spices to your soups, stir-fries, casseroles, and other dishes. Curry goes great in some type of salads like quinoa salads. Some people love the taste of cinnamon in their coffee. Just add it to the grounds before you brew it.

3. Drink Lots of Water – Water is magical in this way. Drink a lot of water and your metabolism will magically increase because the metabolic process needs water to fuel it. It’s even better if you make sure you are drinking alkaline water.

4.Keep Your Thyroid Healthy – To work efficiently, the thyroid needs selenium, zinc, copper, and iodine. However, the American diet is notoriously low in these important minerals. To get more of these minerals, eat more seafood and nuts.
5. Never Skip Breakfast – Unfortunately, in this fast paced world we live in, many of us have a tendency to skip breakfast or grab something nutrient poor on the way out the door. This is one of the worst things you can do for your metabolism. Always eat a healthy breakfast. This should include a healthy protein like eggs from pasture raised chickens and fruit bursting with antioxidants like blueberries or strawberries.

6. Don’t Eat As Much Late In the Day – Unfortunately, most of us eat more at dinner than we do at breakfast. We also tend to snack at night before bedtime. This is exactly the opposite of what you want to do to speed up your metabolism. Try to eat more earlier in the day and less at dinner. Plus, try not to eat for at least three hours before bedtime.
7. Build More Muscle Mass – Weight training isn’t just for body builders. Building muscle mass should be part of all fitness programs. Even if you can’t join a gym or buy fancy equipment, you can build muscle mass. A couple of cans of food or water bottles filled with water can serve as weights for your arms and you can use those big rubber bands (cheap) or your own body weight to provide resistance to your legs to build more muscle mass.    

info source http://www.fitnea.com/7-ways-of-boosting-your-metabolism/3/

Selasa, 11 Jun 2013

Persona Elegance-Schedule Service

Dah 18 bulan pakai kereta, baru sekarang teringin nak share pengalaman tentang servis kereta aku, cisss!!
Ok, first time service aku pada awal bulan Jan 2012 iaitu minor service untuk 1000km pertama bertempat di Juru 3S. Ramai orang cakap 3S Juru ramai orang, silap timing boleh berjam menunggu. Nasihat, call and booking first atau datang seawal pagi sebelum garaj diorang dibuka.

Second time, minor service pada mileage 6791km dan atas pengaruh kawan sekerja, aku cuba tempat baru iaitu 3S Proton Butterworh, berhadapan dengan restoren India (nama tak ingat) dan bersebelahan TM office. Sebab utama; cepat dan tempoh menunggu agak pendek kerana tak banyak customer macam Juru. Nasihat, better jangan pergi lepas Jumaat, dah kena sekali pukul 5 baru siap sebab orang ramai. Servis yang aku buat;

-minyak engine Shell Helix  (10W/40)  RM110
-X-1R  RM 48
-oil filter RM 12.2
-Gasket drain plug RM3.32
-Screenwash RM RM5.71
-Service labour FOC

Total = RM179.20

*jika korang nak jimat lagi, X1R & screenwash boleh reject.

Kali ketiga, servis di butterworh pada 12362km dan senarainya seperti berikut.

-Shell Helix (10W/40) RM110
-oil filter RM 12.22
-Gasket drain plug RM3.32
-Battery water x 5btl  RM10
-Spark plug x4pcs  RM38
-Radiator Coolant x2btl  RM59.98
-Screenwash RM RM5.71
-Service labor FOC

Total = RM239.23

Antara benda yang boleh diabaikan sekiranya poket korang cukup2 bajet adalah spark plug, radiator coolant dan screenwash.
Sebelum pergi service, better belek dulu buku maintenace yang disediakan pengeluar. Kadang-kadang sesetengah service center tak ikut 100% apa yang dijadualkan. Lagi bagus search dalam internet, get more information dan ramai orang yang share.

Next entry aku tunjuk service untuk kali ke 4 dan 5. wait.


Ni aku celop dari internet, maaf dah terlupa link tuan empunya.

***********************************

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta


Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg semi-sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalau yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
Minyak mineral biasa - 5000km
(menurut pomen proton minyak semi sebenarnya boleh tahan sampai 10k km tetapi penggunaan yang tidak kerap)

2. Filter-sama seperti minyak hitam.
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!
7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!
12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

******************

Ok, tu sedikit sebanyak penerangan penulis. Sebenarnya ada lagi tapi dah makin complicated dan boleh memeningkan. Apa2 pon, perkongsian ini adalah sebagai maklumat tambahan dan tidak semestinya bulat-bulat perlu diikut. Nasihat, dapat dari pakar yang profesional.

Jumaat, 10 Mei 2013

A Legend at Man U

THANK YOU SIR!


26 years, 38 trophies, total game 1500.

All the red's army around the world wish you happy retirement and enjoyful your rest life.
Glory glory Manchester United!



*welcoming david moyes, harap-harap menjadi.

Sabtu, 13 April 2013

Bawal 7.0

Sudah menjadi tradisi setiap yang datang akan pergi, tak akan kekal. Di tempat kerja, simboliknya jika ada engineer lama yang nak resign pasti akan ada majlis makan-makan yang ditanggug masing-masing kosnya dan official farewell yang (selalunya di sponsor oleh bos).

Tiada tujuan lain, sekadar meraikan dan mengenang jasa yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Ann Joo walaupon yang nak resign dah tawar hati untuk meneruskan khidmatnya.
Bawal 7.0, makan tengah hari ramai-ramai dengan kos sendiri dan kebanyakkannya adalah drpd eng batch awal untuk projek Blast Furnace. Tujuh point kosong, bererti  7 edisi telah dijalankan dan bermakna 7++ engineer yang resign dah diraikan (kalau ikutkan lebih dari tujuh sebab ada yang tak sempat buat). Nama bawal diambil sempena menu restoren di Restoren Nelayan dan menu kegemaran adalah bawal goreng. Idea untuk meletakkan versi 1.0, 2.0 dan sebagainya berpunca daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur kerana ketika itu hangat dibincangkan dipelusok alam. Ini semua salah Ambiga!

Yang baju opis boy adalah ex Bawal 6.0, sekarang di Continental dan yang Barca tu keja night shift masih lagi setia dengan Annjoo.
  Untuk Bawal 7.0, aku doakan beliau akan succces dengan perjalanan kerjaya yang baru. Thank a lot for guidances, jumpa lagi next time.

Persoalannya sekarang bila dan siapakah Bawal 8.0??Tunggu..

Khamis, 4 April 2013

New experience

Kalau dulunya, sekitar dua tahun yang lepas aku sendiri yang melaluinya sebagai langkah pertama membina kerjaya untuk ditemuduga, tapi sekarang lain sikit keadaannya iaitu sebagai penemuduga.

Dulu dah merasa macam mana perasaan duduk dikerusi sebagai freshie yang megharapkan belas kasihan company untuk mengambil kerja. Tetapi hari ni duduk dikerusi yang berlainan dan dengan selamba memerhatikan riak wajah calon-calon yang bersiap sedia untuk dipanggil. Dalam hati kecil berkata, aku dah rasa apa yang korang tengah rasa sekarang..haha

5 calon untuk mengisi kekosongan 2 jawatan technician, 3 orang ahli panel termasuk aku. Sorang demi sorang masuk dan keluar dan setelah ahmpir 2 jam sesi menyoal siasat akhirnya selesai. Dan seperti biasa soalan-soalan konvensional untuk proses temuduga, boleh berkerja lebih masa?boleh tahan panas?kerja hari raya boleh?gaji nak berapa.

Aku nak minta maaf kat diorang ni andai semasa sesi tadi ter action lebih atau ter over dalam menanyakan soalan. Bukan apa, teringat kisah dulu bila bertubi-tubi diajukan soalan yang entah apa-apa...

Semoga berjaya, harap pilihan aku tepat kalau tak habislah aku nak menjawab nanti..hahaha

Jumaat, 22 Mac 2013

Langkah



Ini dinamakan tidak yakin dengan ketentuan takdir dari Nya.
Sampai bila perlu takut? Kalau takut alamatnya single sampai akhir hayat la korang :)

Sabtu, 16 Mac 2013

I'm back USM :)

Just received an email.


Insha Allah kalau tak ada hal urgent, jumpa disana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ann Joo..haha

Selasa, 12 Mac 2013

Sepupu

Kisah benar terjadi pada member aku yang tugasnya menididik anak bangsa..
Dan hasilnya amatlah mendukacitakan.....hahahaha

Sepupu dan tinggi galah. Boleh tahan jugak budak ni troll cikgu.


p/s: bukan salah cikgu yang mengajar.

Sabtu, 9 Mac 2013

Peta.

Ahad yang lepas, sempat hadir kenduri perkahwinan atas jemputan technician tempat kerja. Tahniah diucapkan, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Tapi bukan pasal dia yang aku nak kongsikan, kali ini kisah mengenai macam mana perjalanan nak mencari rumah kenduri.
Mungkin mudah bagi sesetengah orang kalau dah cukup familiar dengan kawasan yang hendak dituju tapi mungkin sukar bagi orang yang tak pernah sampai lagi kawasan baru, diibaratkan rusa masuk kampung (betul ke tak pepatah aku ni??).

Berbekalkan peta pada kad kenduri, pada mulanya nampak mudah nak ke destinasi yang dituju. Bila sampai first 'check point' berpandukan peta, ok senang. Masuk second check point, dah mula rasa ragu-ragu. Tak apa, teruskan mencari mungkin ada petunjuk lain. Jalan punya jalan, confirm aku kena patah balik ni. Silap jalan. Kena ikut jalan alternatif seperti disyorkan peta.

Cari dan terus mencari, buntu seketika. Gunakan talian hayat yang ada dengan mencontact rakan. Ok, cari lagi. Tak jumpa jugak, gunakan talian hayat lagi dengan bertanyakan abang jual sayur tepi jalan. Dah dapat pencerahan sikit. Bila dah masuk kampung pengantin, masih buntu sebab dalam peta jalan lurus tapi depan mata jalan bengkang bengkok dan bersimpang. Talian hayat telefon digunakan buat kali kedua dan akhirnya selamat tiba didestinasi. Tanpa cakap banyak, pekena nasi minyak dulu sebab dah penat pulas stereng, hampir 30 minit tersasar dari waktu yang dirancang.haha...

Moral of story, tolong bagi maklumat yang lengkap pada peta kenduri korang dan jangan terlalu ringkas. Dalam kad tunjuk satu jalan lurus, tapi bila tiba ada pulak dua simpang tak ke pening nanti. Dalam peta tunjuk jarak rumah dengan jalan macam 10 m tapi realiti 10km. Memang la tak boleh bagi tepat dalam peta tapi 'penskalaan' juga penting, atau letak banyak sikit 'check point'. Senang nak cari.

p/s. untuk ke rumah aku nanti (not confirmed yet when) korang jangan bimbang, senang nak cari dan keberangkalian nak sesat adalah tipis..mungkin koordinat GPS akan disertakan jika perlu..hahaha


Selasa, 26 Februari 2013

Berhati-hati

Semalam aku ada beli 2 helai jersey, yang tujuan asasnya nampak smart dimata. Tapi aku terlupa nak check satu perkara dimana sebelum ni memang aku peka dalam bab-bab ni.

Salah satu jersey yang aku beli Celtic FC,ada cop sponsored by Tennent's dan yang mengecewakan bila google ia adalah syarikat arak. Shame and poor of me before beli tak nak selidik dulu. Biar orang kata aku cerewet ataupon poyo sangat hal ni. Tapi bagi aku, selagi boleh dielakkan aku cuba elakkan.

Note: aku die hard fan manchester united tapi dalam sejarah aku hanya ada sehelai jersey man u,tu pon seingat aku 13 tahun lepas samasa zaman david berckham, sempat pakai 3 kali kot. U know why. Sebab tu sekarang aku beli jersey lain yang friendly user,can wear in anytime and anyplace, no doubt when perform solah. Apabila korang ada sedikit pengetahuan/ilmu,korang akan lebih beware in ur life :)

Ahad, 24 Februari 2013

Perancangan

Sekolah rendah...

Nanti lepas UPSR, kalau dapat keputusan elok nak apply mrsm lah, sekolah sains ataupun sekolah berasrama penuh. Baru la nampak macam smart student. Lepas tu dapat 5A, boleh mintak hadiah kat mak/ayah, paling kurang pun PS3, samsung s3 atau ipad.perghhh

Sekolah menengah...

Habis SPM, nak apply masuk U ataupun mintak matrik lepas tu boleh sambung buat degree. Tak nak masuk plkn, teruk baq hang. Kalau result cemerlang tahap gaban boleh cuba apply scholarship sambung study kat oversea, boleh jumpa mat saleh. Tapi kalau boleh nak sambung study tempat yang sama dengan pakwe/makwe.errr

Universiti...

3 atau 4 tahun study boring la. Tak sabar nak habis study, nanti boleh mintak keja company besar-besar macam Petronas, Schlumbeger, ataupun paling koman GLC, gaji pun masyuk. Kalau dapat government pun ok jugak, kerja tak teruk. Dah dapat gaji besar, nak beli keta besar spotrim 17", smartphone paling canggih, nak enjoy-enjoy. Tak payah serabut pikirkan asignment macam kat U.ok

Bekerja...

Haishh,penatnya kerja. Kalau dapat cuti seminggu, bonus 12 bulan kan best  dapat pergi bercuti. Paling kurang pun Krabi. Dan yang paling penting nak kahwin. Kenduri nanti kena la grand. Bila dah kahwin, baru la sempurna hidup. Tak perlu lagi hari-hari makan nasi bungkus. Rumah sendiri pun kena beli jugak ni, tak kan nak sewa sampai ke tua.

Kepada semua, ni bukan kisah hidup aku. Cuma sekadar berkongsi pendapat dan tercetus idea bila terdengar khutbah jumaat lepas tentang perancangan hidup. Cuma bezanya disini, perancangan hidup duniawi tapi dalam khutbah lebih terarah perancangan hidup ukhrawi. Apa yang kita rancang sebagai bekalan untuk hidup selepas mati.

Mengenai perancangan duniawi, rasanya semua orang pernah ada perancangan seperti diatas dari kecik sampai la besar. Walaupun mungkin tak semua, pasti salah satu ada dalam kamus hidup korang. Dan tak mungkin semua menjadi kenyataan, betul tak? Kalau semua menjadi kenyataan jadilah korang insan yang beryukur sebab Dia dah kurniakan apa yang korang nak.

Merancang itu tidak salah, tetapi bak kata pepatah yang femes ukur baju badan sendiri. Kalau gaji 3 ribu jangan planning macam gaji 6 ribu, ikut bajet masing-masing. Kalau tak kelaut la planning korang.

Ada hikmah apa yang berlaku, tak semua apa yang kita nak/rancang akan dapat. Kita hanya merancang, Allah menentukan. :)
InshaAllah.


Selasa, 12 Februari 2013

kalau IPT malaysia macam ni...

Kalau la USM tempat study aku dulu macam ni la rupanya, rasa-rasanya boleh dekan kot tiap2 sem.haha
Seriusly memang creative dan kaedah yang mungkin berkesan untuk mengelakkan tido tanpa niat sewaktu lecturer mengajar. Lokasi : Royal Melbourne Institute Of Technology, Australia.




Credit to dezeen and blogserius.blogspot.

Isnin, 11 Februari 2013

Happy CNY

Bertolak ansur. Raya dia, kita cover. Raya kita, dia cover.
That is called win win situation. :)


Hari ahad dah kena masuk keja.
No hal..asalkan cuti raya aku nanti jangan buat2 lupa ye..hehe

Gong Xi Fa Cai

Selasa, 5 Februari 2013

Minggu cirit

Morning gift from AnnJoo Manufacturing Director when I'm want to get his signature.
And he said numbers of limau given must be 2 or 8. Why?Ask your bos.
After get out from his room, crossed in my mind why I'm not asking 8 rather than 2..haha

Breakfast dengan limau pagi ni.



Ahad, 3 Februari 2013

Application's


What I'm doing with my phone.

 

kindly bored right? but the best thing is whatsup..hehe

everyone have their own interest, so its up to you.
honestly, I am not hardcore android user or gamers.
any apps to suggests, pls dont hesitate to drop your comment below :)

regards.

Khamis, 24 Januari 2013

Utusan dunia.


People said no body perfect on this world.
But I hope they not forget for the past 1434 Hijrah ago,
the special one, perfect in everything was born as a messenger to the world.

Salam maulidur rasul.

Selawat dan salam junjungan keatas baginda Rasulullah, Muhammad S.A.W dan keluarganya.

Hanya satu doa, moga ku temuimu ya Rasulullah yang dikasihi di sana kelak.amin.


hafiz.

Selasa, 22 Januari 2013

Happy birthday

21 January 2013 - Secara rasminya umur mencapai 25 tahun.Ok, muda lagi.

Terima kasih kepada semua yang wish dan doakan yang terbaik untuk diri ini.
Hanya Allah yang mampu membalasnya dan aku kirimkan doa untuk kalian.
Tak perlu berkarang panjang, cukuplah entry-entry yang lepas sempena  Birthday di imbas. :)

Moga di beri petunjuk dalam meneruskan kehidupan yang akan datang.
Moga tidak lalai dalam mengejar hal keduniaan.
Moga cepat di pertemukan jodoh.
Moga dapat meneruskan bakti kepada keluarga, agama dan bangsa pada sekadar yang mampu.
Moga dikurniakan rezeki yang di berkati dan menjadi insan yang bersyukur.

Dan yang penting moga hidup ini di berkati oleh Nya hingga ke akhir hayat.
Syukur Alhamdulillah pada Ilahi kerana mengurniakan hingga ke saat ini bernafas di muka bumi.



Khamis, 17 Januari 2013

Sepetang

Today my first annual leave for the year 2013 even only half day leave. Macam awal sangat ambil cuti walaupun baru awal bulan, tapi disebabkan oleh my bos telah mengeluarkan arahan terbaru dimana engineer under him mesti clear leave at least 3 hari dalam tempoh 3 bulan,jumlahnya setahun 12hari tak termasuk cuti yang tahun lepas dibawa ke tahun ini sebanyak 5 hari.

Dan sekiranya arahan ini tak dipatuhi, performance appraisal akan terjejas atas alasan poor management..cisss.. Aku tahu tujuan utama bos untuk mengelakkan kami clear leave hujung tahun sampai berebut hari. Sampai dia sendiri tahun lepas terpaksa postpone cuti sebab ada orang lain kebas hari dia..haha

So sebagai langkah pertama,aku apply half day today dan tengoklah next month kalau ada hari yang sesuai untuk next planning cuti.

So,tak ada apa2 perkara nak buat balik rumah rehat-rehat. Dan semestinya tido dulu,tengok tv, basuh pinggan, lipat baju. Macam boring ja kan...hahaha. Untung kalau ada orang rumah ;)

Dan peluanag yang aku tak akan lepaskan kalau lepak petang dirumah, kegemaran sepanjang hayat...

Khamis, 10 Januari 2013

Adam & Hawa

Tak terdetik bagi aku nak layan drama bersiri yang mencecah 80 episod. Dan malam ni tamatlah episod akhir. Pada awal tayangan,aku buat tak pandang je drama ni walaupon melibatkan hero malaya.
Pernah cuba nak layan tapi jalan cerita yang slow dan melerek-leret. Tapi entah macam mana tersangkut plak bila dah nak habes..haha
Siapa kaki novel rasanya mesti dah tahu ending macam mana kan. Sweet. Bercinta lepas perkahwinan memang indah *berdasarkan apa yang ditayangkan*.
Jauh disudut hati moga Allah kurniakan saat yang sebegitu sweet dalam hidup aku nanti.aminn..

p/s: contohilah kebaikan,hindari keburukan.

Isnin, 7 Januari 2013

Rasa.

Dalam kehidupan ;

kejap rasa bahagia
kejap rasa sedih

kejap rasa gembira
kejap rasa duka

kejap rasa tenang
kejap rasa gelisah

kejap rasa cukup
kejap rasa belum

kejap rasa sayang
kejap rasa benci

kejap rasa rindu
kejap rasa bosan

Itulah kehidupan.kejap ok kejap tak ok.

Kejap diatas, kejap dibawah.

Yang penting istiqamah lah dalam kebaikan.

Khamis, 3 Januari 2013

Dia bukan jodohku.

Seseorang menegur pagi tadi di office 'eh hafiz why u look moody this morning'. Dengan sepantas kilat aku hanya mampu senyum tanpa sebarang kata dan terus menyambung kerja. Because of someone dude, thats my answer.

Nampaknya aku gagal nak sembunyikan sedikit perasaan kecewa didalam hati. Betul kata orang,kita boleh tipu orang lain tapi tidak diri sendiri. Why??Mungkin yang sedang membaca entry ni pasti tertanya. Aku sebenarnya berbelah bahagi sama ada nak kongsi atau tak hal2 yang berkaitan peribadi tapi bila difikirkan balik, apa salahnya kan sbb ada ke yang nak baca blog aku ni. Syok sendiri ja, sekurangnya terluah apa isi hati aku..hehe

Sekarang hati sedikit 'terasa' bila orang yang kita suka akan bertunang tak lama lagi. Perghhh..biar betik..Tapi silap aku juga dah tau sudah berpunya time berkenalan dulu,buat apa simpan perasaan kat dia. Kan sekarang dah makan diri sendiri. Tapi tak la kecewa sangat sebab memang dijangkakan perkara ni akan berlaku cuma waktu sahaja yang belum tiba. And finally yesterday she told me the time has come. Sekarang aku doakan yang terbaik untuk dia. Nothing to regret, i will find another one and thank for everything because being my friend :) so sesapa yang single boleh la contact k..haha

Tapi tak mengapa lah,mungkin ini antara ujian dariNya dalam proses mematangkan kehidupan aku. Memandangkan tahun baru 2013 telah membuka tirai,tiada azam baru yang perlu difikirkan. Cukup lah azam tahun lepas di bawa ke tahun ini. Apakah?? Cari bini!!!hahaha...seorang insan yang dapat menjadi makmum ketika solat,insan yang dapat share susah senang..

Ok la,doakan yang terbaik untuk aku. Kepada yang mengenali disana doa aku sentiasa bersama kamu semua.

Thank sebab sudi baca entry 'jiwa kacau' :)

SELAMAT TAHUN BARU 2013