Kemarin dulu aku dapat sms dari suprvisor fyp aku suruh datang bilik seminar dengar kursus haji. Eh, pelik benar lecturer aku ni. Nak suruh aku pegi haji ke nak buat fyp. Kebetulan aku memang nak jumpa dgn dia, so pegi je la. At least dapat gak ilmu akhirat.
Masuk je bilik seminar,tengok penceramah tak pakai lebai or ketayap pon, tak berbaju melayu tapi siap dengan pakaian formal bertie. Rupa-rupanya bukan ceramah mengenai ibadat haji tetapi taklimat mengenai pengurusan kewangan bagi menunaikan haji. Aku bersama alip, ana (under supervisor yang sama) dan shukran tekun mendengar taklimat. Habis taklimat sempat pekena bihun goreng free..hehehe
So disini aku nak berkongsikan tentang pengurusan tersebut sebab aku rasakan ia agak bermanfaat untuk kita semua. Entry ini tidak ditaja oleh mana2 syarikat k,sekadar berkongsi perkara kebaikan. Kalau korang semua pegi daftar haji di TH sekarang, rasanya 2038 baru dapat pegi!Lama tu..Ini disebabkan oleh waiting lists yang terlalu ramai,difahamkan mencecah 500k dan setiap tahun kerajaan Arab Saudi benarkan Malaysia hantar jemaah seramai lebih kurang 24k. Tetapi ini semua melalui muassasah,bukan melalui pakej. Sebab tu yang ramai.
Apa beza muassasah dengan pakej?Muassasah ialah haji melalui TH sepenuhnya dan harganya lebih rendah manakala pakej ialah agen yang dilantik oleh TH untuk menguruskan jemaah bagi jumlah tertentu tetapi harga lebih tinggi dan perkhidmatan juga lebih bagus. Dan yang penting kita tak akan tunggu lama waiting lists sekiranya pergi melalui pakej, tak perlu tunggu 20 tahun lagi sebab tak ramai yang mampu pergi melalui pakej ini. Sebagai contoh kuota 24k oleh Arab Saudi, maka 4k akan diperuntukkan untuk pakej. Terdapat 40 syarikat berdaftar di Malaysia yang menjalankan pakej tersebut.
Apa kaitan dengan pengurusan kewangan ni?Kalau sesapa bercita2 nak pergi dengan pakej yang lebih selesa dan cepat pasti memerlukan bajet yang besar. Jadi
MAA Takaful Link Hajj telah menyediakan rancangan simpanan yang dikhususkan untuk sesapa nak pergi haji. Dan kadar keuntungan adalah lebih tinggi berbanding institusi kewangan yang lain. Penceramah tu ada terang mengapa keuntungan adalah tinggi tetapi aku lupa lak point2 dia,sorry. Pada tahun 2010, keuntungannya ialah 16% dan makin bertambah dari setiap tahun ke tahun. Bayangkan kalau sebulan simpan 200, dalam masa 10 tahun simpanan kita mencecah 38400. So dah boleh pegi melalui pakej, tak perlu menunggu terlalu lama jika melalui muassasah. Tempoh matang minima ialah 5 tahun, minimum 50 sebulan dan maksimum tempoh simpanan ialah 30 tahun hingga mencecah umur 80 tahun.
Lupa lak,sekiranya kita meninggal dalam tempoh pembayaran tersebut, secara automatiknya akan mendapat upah haji sebanyak 5k. Dan yang penting sekiranya berlaku kemalangan seperti kena air panas,terpijak kaca, apatah lagi accident boleh claim melalui takaful ni. Nama pon takaful, mesti la boleh claim kan.
Kalau nak tau lebih lanjut lagi,boleh la try cari dalam internet or pergi terus ke wakil MAA. Aku nak sambung buat report fyp ok....
Maaf sekiranya fakta ini ada yang kurang tepat dari yang sebenar. Aku menulis apa yang aku ingat.
Selamat Hari Jumaat