Rabu, 16 Februari 2011

Pengalaman buat bisnes

Petang tadi sempat gak usha2 Ekspo Keusahawanan untuk subjek WUS, iaitu subjek wajib untuk student USM. Boleh tahan gak orang, macam2 barang ada. Ekspo ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada student perihal bagaimana menguruskan perniagaan sendiri walaupon bukan untuk untung berjuta-juta.

Sekurang-kurangnya pelajar mampu melahirkan idea yang kreatif untuk memajukan perniagaan mereka. Seingat aku, format ekspo ini ialah perniagaan berasaskan makanan tak boleh dijalankan, kalau tak ekspo ni bertukar jadi pasar malam la jawabnya.

Mengimbas kembali kenangan dimana ketika semester 2 1st year (2008), kami merupakan kumpulan pelajar perintis ekspo ini yang akan menjadi kayu ukur untuk junior yang akan datang. Bermakna, sebelum itu senior2 tak sempat nak merasa berniaga. Yang susahnya kami lah sebab tak ada rujukan macam mana nak mula. Tapak ekspo pon dah bertukar, dulu dekat dewan kuliah sekarang dah buat dekat cafe mungkin orang lebih ramai. Tapi kurang best sikit sebab kawasan kecik.

Namun dengan berkat kerjasama ahli eksekutif syarikat kami merangkap pengarah dan juga kuli yang terdiri daripada aku, Azli dan Diana, kami telah berjaya menubuhkan sebuah empayar perniagaan yang maju iaitu perniagaan sticker laptop. Pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan oleh student lain ketika itu seperti jual baju, tudung, lagu untuk muat turun ke hp, slipar, perkakasan komputer, alat2 tulis, malah pokok kaktus pon ada. Terdapat juga pesaing yang sama jenis perniagaan mereka dengan syarikat kami tetapi dengan hasil pemasaran yang mantap lagi mesra pelanggan kami lebih popular dari mereka..hehehe

Antara pengalaman yang tak dapat  dilupakan ialah aku sanggup pergi ke kampus induk sorang2 diri seawal pagi dengan menaiki motor untuk bertemu agen perniagaan yang dilantik disana bagi menambah hasil pendapatan kami. Walaupun untungnya tak seberapa, tapi aku tetap puas hati dengan perniagaan kami. Aku harap ekspo ini dapat dikekalkan untuk subjek ini kerana banyak manfaatnya walaupon penah juga aku mengeluh dulu.


Amacam, style x gerai kami...Maklum la, nak save cost.. - gambar ehsan dari fs aku

Suasana Ekspo Keusahawanan 2008. Mamat dua org ni dah berpunya. x dapat den nak nolong

2 ulasan:

shoouk ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

pis..sebelh kiri tu single lg pis..hahaha XD