Sekurang-kurangnya pelajar mampu melahirkan idea yang kreatif untuk memajukan perniagaan mereka. Seingat aku, format ekspo ini ialah perniagaan berasaskan makanan tak boleh dijalankan, kalau tak ekspo ni bertukar jadi pasar malam la jawabnya.
Mengimbas kembali kenangan dimana ketika semester 2 1st year (2008), kami merupakan kumpulan pelajar perintis ekspo ini yang akan menjadi kayu ukur untuk junior yang akan datang. Bermakna, sebelum itu senior2 tak sempat nak merasa berniaga. Yang susahnya kami lah sebab tak ada rujukan macam mana nak mula. Tapak ekspo pon dah bertukar, dulu dekat dewan kuliah sekarang dah buat dekat cafe mungkin orang lebih ramai. Tapi kurang best sikit sebab kawasan kecik.
Namun dengan berkat kerjasama ahli eksekutif syarikat kami merangkap pengarah dan juga kuli yang terdiri daripada aku, Azli dan Diana, kami telah berjaya menubuhkan sebuah empayar perniagaan
Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah aku sanggup pergi ke kampus induk sorang2 diri seawal pagi dengan menaiki motor untuk bertemu agen perniagaan yang dilantik disana bagi menambah hasil pendapatan kami. Walaupun untungnya tak seberapa, tapi aku tetap puas hati dengan perniagaan kami. Aku harap ekspo ini dapat dikekalkan untuk subjek ini kerana banyak manfaatnya walaupon penah juga aku mengeluh dulu.
Amacam, style x gerai kami...Maklum la, nak save cost.. - gambar ehsan dari fs aku
|
2 ulasan:
pis..sebelh kiri tu single lg pis..hahaha XD
Catat Ulasan