Ahad, 6 Februari 2011

Ilham

Sedar tak sedar dah masuk bulan 2 tahun 2011. Kejap betol masa berjalan. Dan cuti midsem pon kejap betol habis. Pejam celik makan tido kat rumah dah balik kampus. Dalam kepala otak dok menghitung sisa2 baki aku kat kampus ni..Less than 3 months aku pikir..hmmm...

Cuti bermakna berkubur la aktiviti blogging aku. Sekarang ni aku memerlukan ilham untuk kembali semula blogging dan menghasilkan entry2 yang menarik. Kadang2 ilham tak boleh dipaksa atau dipinta tapi ia akan datang dgn sendiri tanpa disedari. Time cuti kat rumah ada gak terfikir dua tiga perkara nak dikongsikan tapi masih belum cukup sempurna isi yg hendak dihasilkan.

Mood nak blogging pon belum sampai tahap yang sepatutnya disebabkan cuti yang membantutkan connection. Tambah la lagi nak blogwalking,mcm berat ja nak g terjah. Harap maaf kpd sesapa yg berkunjung blog yg tak seberapa ini tapi masih belum dibalas.   

Harapan dalam sehari dua ni aku dapat kembali mood untuk blogging semula, lepas tu baru ilham datang dan seterusnya dapat la dapat jenguk2 bloggers dengan bersemangat. Cukuplah disini sekadar pembuka entry untuk hari pertama aku dikampus selepas cuti dan juga untuk bulan baru, Febuari. Aku akhiri entry ini dengan lirik lagu  'Kau Ilham Ku'....moga2 ilham ku datang dgn cepat..hehehe

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

4 ulasan:

me suya berkata...

welkem back

-apis- berkata...

welkem back :)
dah balik ke suya??

Unknown berkata...

lame toi cuti piz...selamt kembali..hehehe

-apis- berkata...

mn ada lama husna..smggu je..kecuali la mereka yg tambah cuti sndr sbb kls energy x da lg mggu ni..huhu