Pada malam sabtu, terdengar riuh rendah kat luar bilik. Aku yang sedang asyik melayan drama Korea pon sedikit terganggu oleh suara manusia yang memekik tak tentu pasal. Aku bilang sama roomate mungkin bdk palapes buat latihan kot. Tapi rupanya suara2 penyokong untuk calon MPP USM yang sedang berkempen di cafe. Kebetulan malam tu, informal aku detektif Jay sedang berada di tempat kejadian pekena teh tarik dengan burger kegemarannya, so dia ada melaporkan sedikit apa yang berlaku disana.
Kelmarin, calon mula menyebarkan poster/surat2 kempen hinggalah sampai kebilik aku. Entah bila diorang selit aku pun tak sure. Setakat sekarang baru seorang calon yang aku dapat tau dari wakil konstituensi school civil. Dengan berbekalkan trademark CAT "charity,academic,transformation" aku belek satu persatu senarai perubahan yang ingin dia lakukan.
Tak perlu aku senaraikan disini, hanya 1 daripada 5 sahaja yang menarik minat aku iaitu banyakkan tempat ruang parking sebab moto aku dah 5 6 kali dapat surat 'cinta' dari pihak desa. Bagi pendapat aku, isu-isu lain yang diketengahkan hanyalah isu-su biasa dan tidak dekat dihati student. Maaf jika ada penyokong beliau yang terbaca entry ni. Jujur hati aku cakap, isu2 yang lebih mementingkan kebajikan pelajar seperti member aku cakap naikkan taraf internet (walaupun dah berkali masalah ini dibangkitkan pada kempen2 yg lepas), water filter yang disita dipulangkan, improve sistem penempatan student kat desa yg sekarang banyak menerima rungutan especially awal2 sem, dan sebagainya yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Walaupun nampak remeh tapi cukup bermakna bagi student.
Dah hampir 4 tahun aku disini, baru sekali merasa peluang pergi membuang undi pada 2nd year. 1st dan 3rd year kalau tak silap menang tanpa bertanding, betulkan kalau aku silap. Suasana kempen pon masih lagi ditahap suam2 kuku berbanding suasana kempen di kampus induk berdasarkan apa yang aku dapat tahu. Memandangkan ni sem last aku kat USM, harap2 pilihan raya kali lebih meriah berbanding sebelum ni.Barulah rasa sikit bahang pilihan raya walaupun tiada upah pasang bendera parti time malam2 (teringat suasana mengundi lak kat kampung).
Berbalik kepada calon konstituensi, aku belum mendapat penjelasan dan alasan yang lanjut mengenai isu2 yang dia ketengahkan. Biar apapun, semoga calon2 kempen semua bertanding dengan seikhlas hati untuk berbudi kepada warga kampus bukan sekadar mencari publisiti untuk cepat glamor. Aku harap diorang dapat buat aku tak tidur malam memikirkan siapa yang patut aku pangkah apabila tiba tarikh membuang undi nanti. Jangan sampai student pegi undi sebab wajib atau terpaksa tetapi biarlah student pegi sebab rasa tanggungjwab dan merasakan calon yang dipilih benar2 mampu melakukan perubahan yang telah dijanjikan.
Jari jemari aku lebih senang menaip dari melaksanakan sesuatu..sorry
4 ulasan:
aku xpernah lak p mengundi...kadang2 xperasan pom depa ni..tgk2 da nek jd mpp..hehe
ko lagi teruk dari aku husna..hahaha
sama..
suya 4thn di sini.. takpernah ngundi..
hikhikhik.. Kelakar jek.. Anyway tunaikan tanggungjawab anda sbg pengundi SPR la pasni
haha...ye ke suya
klu x silap thn ni PRU SPR kan,dah lama daftar pemilih..x sabar nk undi 1st time..hehe
Catat Ulasan