Tak dinafikan, apabila sampai satu peringkat usia kita tak boleh lari dari membincangkan hal ni. Aku dan member2 yang lain kebanyakkannya sudah mencecah usia 23 dan akan grad tak lama lagi, Insyaallah. Mungkin sape yang tahu kan lepas grad nanti ada di kalangan kami yang akan mendirikan rumah tangga dulu. So tunggu dan lihat je la. Rasanya boleh la kot sedikit sebanyak buat planing dari sekarang bila target mau bina masjid, or mungkin dah mula kumpul duit untuk wang hantaran ke...hehe
Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai perkahwinan. Bagi member aku ni yg lunch bersama kat cafe kelmarin,dia planning nak kahwin umur +- 30 thn. Alasan dia nak kumpul harta cukup2 dulu lepas tu baru nak kahwin. Aku pun tak sure dia ni dah kapel atau tak. Lagi satu dia cakap, bila umur macam tu plus dengan keta dan rumah sendiri, memang senang nak cari pasangan hidup sebab dah cukup lengkap dari segi material. Silap2 boleh dapat muda lagi dari dia, kalau boleh biar beza umur 5 tahun dia cakap..haha
Yang sorang lagi member aku ni, kapel sama umur. Tak tahu plak bila dia nk planning. Pesan member aku, beruntung kalau kahwin dengan cikgu sebab banyak masa yang terluang untuk family nanti. Tambah lagi dengan pelbagai kelebihan sebagai kakitangan kerajaan. Aku syak dia ni mesti kapel dengan bakal cikgu. Lagi satu hal, pasal wang hantaran. Sekarang nak kahwin pun dah ada loan yang boleh apply. So sesapa yang rasa tak cukup bajet boleh la try apply. Nanti lepas kahwin jangan lupa bayar lak skali dgn duit pt.
Apa2 pun pesan aku, perkara yang baik tak perlulah dilengahkan, kalau sudah mampu apa salahnya dirikan masjid. Sekurang-kurangnya dapat elakkan maksiat especially kpd pasangan yang tengah kapel sekarang. Dan kata-kata nasihat yang paling famous apabila bercakap pasal jodoh ni "ajal maut jodoh pertemuan ketentuan Allah, kita hanya merancang. Kalau si dia telah ditakdirkan untuk kita Insyaallah bertemu juga jodoh satu hari nanti"..cewaahhh....
Oh ya,kepada member2 aku yang sudah mendapat tauliah
3 ulasan:
betul tu..
setiap org pun perlu ada perancangan masa depan.. Nt kalau suya nk kawen kite kasi up jemputan untuk geng blogger.. Hikhikhik
peh, me suya ada dimana2.
apit: ko bila pulak? ke bercadang nak kawen lari? ;p
suya-nnt rombongan geng blogger smpai kenduri suya k..hehe
jay-x penat ke nak kawen lari2, duduk bersanding kn bgus...hahaha
Catat Ulasan